Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif.
Ada yang tanya macam mana aku boleh berubah dari Blogspot ke WordPress. Aku macam Blogger Ini juga ada bermacam-macam fikir untuk berubah ke WordPress … takut trafik jatuh lah … takut Page Rank hilang lah … takut Alexa Ranking kaput lah … dan macam-macam takut. Sebenarnya aku berubah ke WordPress kerana terpaksa rela. Pada akhir 2009 aku dah buat keputusan nak beli domain + hosting sendiri. Dengan bantuan Blogger Super Mom Ini maka aku telah diperkenalkan kepada web hosting terbaik Malaysia Serverfreak. Bila aku dah bayar baru tahu Serverfreak hanya handle blog WordPress je … kah kah kah … apa pilihan aku selain pejam mata hijrahlah dari Blogspot ke WordPress. Bagusnya semua proses hijrah sehingga setup blog wordpress baru Denaihati diuruskan oleh Serverfreak. Peeehhh memang legalah kalau tak siapa lah nak buat sebab masa tu aku tak kenal pun dengan Blogger Hebat Ini.
Seperti yand dijangka trafik blog jatuh, alexa ranking kaput dan paling tak syok Page Rank jadi zero. Tapi tapi tapi … semua tu hanya sebentar sahaja. Page Rank yang sebelum tu PR3 naik jadi PR4 sehinggalah sekarang … trafik yang dulu tak sampai 1k sekarang dah .. tengok lah sendiri kat sini. Jadi kepada Blogger hebat jangan risau nak berubah dari Blogspot ke WordPress melainkan kalau kauorang tergolong dalam 53 Blogger Wanita Jelita Malaysia yang tak perlu beli domain dan hosting sendiri tapi masih terkenal seantaro dunio.
Apa pulak aku dah merepek ni ..sebenarnya nak cerita lain. Apa yang sebenarnya aku nak tulis semenjak 13/7/2008 aku dah kenal ramai Blogger walaupun tak pernah jumpa. Aku dan Ariffshah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa secara bersemuka itu pun secara tak sengaja di Alamanda, Putrajaya. Bestnya bersahabat dengan Rakan Blogger ini bukan masa senang sahaja. 3-4 hari je blog Denaihati tak update entri baru pasti ramai yang akan DM dan email tanya khabar … tanya tak sihat ke … ada masalah ke? Memang terharulah rasa HATI ini.
Atas sebab kehebatan Rakan Blogger yang setia bersama selalu aku fikirkan bagaimana nak balas jasa dan kebaikan semua. Alhamdulillah baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan WordPress Private Training peringkat tinggi dengan yuran penyertaan yang sangat special. Biasa kalau WP private training ni kita kenakan bayaran RM250 tapi yang ini separuh pun tak.
Semuga Blogger Cikgu yang bukan Cikgu, Blogger Emas tapi bukan Genneva, Blogger Anak Dara, Blogger Tertinggal Lap Top, Blogger ni Ensem ke? dan Blogger Banyak Tanya mendapat manafaat daripada Sifu WordPress. Sebagai tanda terima kasih semua telah di masukan sebagai admin di FB Fanpage Denaihati Network. InsyaAllah ramai lagi akan dipilih untuk join dan berkongsi ilmu bermanafaat di Fanpage DHN (kalau kongsi yang majoriti tak suka maaf lah kalau kena tendang).
InsyaAllah di masa akan datang Denaihati Network akan berkongsi berbagai ilmu lain dengan Sifu-Sifu hebat yang lain antaranya ilmu Pelaburan Emas, Pelaburan BSKL, Asas Keluarga Bahagia untuk pasangan baru berkahwin dan macam-macam lagi aktiviti untuk kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada rezeki mana tahu boleh buat Blog TV khas untuk cerita aktiviti Blogger Nusantara.
Rakan Blogger pun boleh bagi cadangan apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan ukhwah dan network antara kita.
177 Comments
Blogging lebih seru utk menambah teman……seronok dehhh!
🙂
Curahan rasa Blogadexme @ ..Cara membuat Template Blog Valid XHTML
Wah! seronoknya… tuan DH next time harap dapat la saya joint pula..
Curahan rasa abangkhai @ ..Hanya di radio.. ku mendengar suaramu..
Jika ada kesempatan di lain masa teringin juga nak join seminar wordpress ni.
Curahan rasa SR @ ..Pelancaran Kawasaki Ninja 250R 2013 & Kawasaki Z800 2013
Ternyata sahabat DH dulunya juga pakai platform blogspot juga rupanya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
pengalaman dari bloger sangat banyak gan terutama yang bersifat positif
Curahan rasa Obat Herbal Miom @ ..Obat Herbal Tipes
Betulla takut nak tukar ke wordpress.. takut de masalah.. masa nak setup lagi.. hmm
Curahan rasa fandyzblog @ ..Kencing kat mulut
Saya nak cadangkan agar aktiviti ‘mencari jodoh’ diketengahkan.
Curahan rasa abangensem @ ..Bila Penyewa Culas
Kah3…Memang sinonim dengan Title Abang Ensem.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..7 Sebab Kenapa Blogger Mesti Menulis Ebook?
Sebuah cadangan dari Abangensem yang sangat menarik
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
aktiviti semacam itu pasti menarik tuh
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
terutama bagi yang masih lajang….
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
kalau begitu tak dapatlah kita ikut serta kang
Curahan rasa Metrolisa @ ..Entri Pembelajaran Untuk yang sudah Berumah Tangga
Iyalah,…. kita hanya memfasilitasi sahabat yang masih lajang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
Tentunya dengan mempromosikan web tersebut kepada mereka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
betul Bang, kita hanya mendukungnya saja…
Curahan rasa Dadan @ ..3 Template Minima Blogger
Bagus boleh megeratkan silaturahim..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..China Travel Tips
alhamdulillah, moga apa yang dirancangkan oleh denaihati untuk kami bloggers menjadi kenyataan dan dipermudahkan Allah SWT
Curahan rasa sweetkurma @ ..wordless wednesday – rindu pun bertandang
di tunggu kabarnya kl mau bikin kegiatan di Indonesia
Curahan rasa ardi @ ..Jeli Gamat Luxor Mengobati Gagal Ginjal
keinginan pindah platform dan punya domain+hosting masih menggelora, tapi….
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Banyak silaturahmi, tentu akan banyak ilmu yang didapat….
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Sama seperti Bang Iwan, hanya keinginan saja yang menggelora untuk bisa becengkrama dengan blogger bertatap muka
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Untuk berpindah platform, keinginan masih ada, namun…..
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Untuk pindah domain + hosting bro Dadan bisa lansung berkomunikasi dengan bro Eizil.
Terima kasih bro, saya sudah berkomunikasi dengan beliau tadi
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Dan sekarang dah selesai, namun belum diekspor datanya, masih belajar dulu tentang wordpress
Curahan rasa Dadan @ ..3 Template Minima Blogger
memang kalau nak jadi blogger tangguh haruslah pakai domain sendiri
Curahan rasa Metrolisa @ ..Entri Pembelajaran Untuk yang sudah Berumah Tangga
memang begitu ya Bang, untuk pengelolaan mulai siap, namun secara finansial saya belum siap
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Kalau menggunakan self hosting banyak fitur yang tersedia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
Kepingin rasanya join untuk setiap kegiatan. Apalah daya karena tempat yang jauh
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
Mungkin boleh suruh bro denaihati anjurkan kegiatan di indonesia pula… 😀
Curahan rasa Eizil @ ..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.
Sebuah ide kreatif,… sekaligus untuk menambah erat silaturrahim dikalangan blogger 2 negara.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
Tuan Denaihati pernah ke Sulawesi tapi menyesal sangat tak sempat nak bertemu muka waktu itu
Curahan rasa Metrolisa @ ..Entri Pembelajaran Untuk yang sudah Berumah Tangga
Saya juga merasa sangat menyesal waktu itu..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Act Of Killing | Kisah Pembantaian PKI Yang Menuai Kontroversi
owh pernah juga bro DH ke Sulawesi..?
Curahan rasa Dadan @ ..3 Template Minima Blogger
Alhamdulillah kalau ada kegiatan itu tapi tentu memerlukan daya dan pemikiran yang tidak mudah
Curahan rasa Metrolisa @ ..Entri Pembelajaran Untuk yang sudah Berumah Tangga
blogger perlu ada disiplin dan prinsip diri…sharing is caring….
Curahan rasa Syarih @ ..Woongjin Group – Pembuat Penapis Air Berjenama Coway Diistihar Muflis (Bankrupt)
Inisiatif yang baik dengan menganjurkan latihan/event kepada para blogger. Mungkin selepas ini boleh anjurkan Denaihati Gathering pula. 🙂
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..7 Sebab Kenapa Blogger Mesti Menulis Ebook?
Dalam perancangan untuk Sepetang Bersama Blogger 2.0
Curahan rasa denaihati @ ..Sudah Nipiskah Pertimbangan Wartawan Hiburan?
Comments are closed.