Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif.
Ada yang tanya macam mana aku boleh berubah dari Blogspot ke WordPress. Aku macam Blogger Ini juga ada bermacam-macam fikir untuk berubah ke WordPress … takut trafik jatuh lah … takut Page Rank hilang lah … takut Alexa Ranking kaput lah … dan macam-macam takut. Sebenarnya aku berubah ke WordPress kerana terpaksa rela. Pada akhir 2009 aku dah buat keputusan nak beli domain + hosting sendiri. Dengan bantuan Blogger Super Mom Ini maka aku telah diperkenalkan kepada web hosting terbaik Malaysia Serverfreak. Bila aku dah bayar baru tahu Serverfreak hanya handle blog WordPress je … kah kah kah … apa pilihan aku selain pejam mata hijrahlah dari Blogspot ke WordPress. Bagusnya semua proses hijrah sehingga setup blog wordpress baru Denaihati diuruskan oleh Serverfreak. Peeehhh memang legalah kalau tak siapa lah nak buat sebab masa tu aku tak kenal pun dengan Blogger Hebat Ini.
Seperti yand dijangka trafik blog jatuh, alexa ranking kaput dan paling tak syok Page Rank jadi zero. Tapi tapi tapi … semua tu hanya sebentar sahaja. Page Rank yang sebelum tu PR3 naik jadi PR4 sehinggalah sekarang … trafik yang dulu tak sampai 1k sekarang dah .. tengok lah sendiri kat sini. Jadi kepada Blogger hebat jangan risau nak berubah dari Blogspot ke WordPress melainkan kalau kauorang tergolong dalam 53 Blogger Wanita Jelita Malaysia yang tak perlu beli domain dan hosting sendiri tapi masih terkenal seantaro dunio.
Apa pulak aku dah merepek ni ..sebenarnya nak cerita lain. Apa yang sebenarnya aku nak tulis semenjak 13/7/2008 aku dah kenal ramai Blogger walaupun tak pernah jumpa. Aku dan Ariffshah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa secara bersemuka itu pun secara tak sengaja di Alamanda, Putrajaya. Bestnya bersahabat dengan Rakan Blogger ini bukan masa senang sahaja. 3-4 hari je blog Denaihati tak update entri baru pasti ramai yang akan DM dan email tanya khabar … tanya tak sihat ke … ada masalah ke? Memang terharulah rasa HATI ini.
Atas sebab kehebatan Rakan Blogger yang setia bersama selalu aku fikirkan bagaimana nak balas jasa dan kebaikan semua. Alhamdulillah baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan WordPress Private Training peringkat tinggi dengan yuran penyertaan yang sangat special. Biasa kalau WP private training ni kita kenakan bayaran RM250 tapi yang ini separuh pun tak.
Semuga Blogger Cikgu yang bukan Cikgu, Blogger Emas tapi bukan Genneva, Blogger Anak Dara, Blogger Tertinggal Lap Top, Blogger ni Ensem ke? dan Blogger Banyak Tanya mendapat manafaat daripada Sifu WordPress. Sebagai tanda terima kasih semua telah di masukan sebagai admin di FB Fanpage Denaihati Network. InsyaAllah ramai lagi akan dipilih untuk join dan berkongsi ilmu bermanafaat di Fanpage DHN (kalau kongsi yang majoriti tak suka maaf lah kalau kena tendang).
InsyaAllah di masa akan datang Denaihati Network akan berkongsi berbagai ilmu lain dengan Sifu-Sifu hebat yang lain antaranya ilmu Pelaburan Emas, Pelaburan BSKL, Asas Keluarga Bahagia untuk pasangan baru berkahwin dan macam-macam lagi aktiviti untuk kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada rezeki mana tahu boleh buat Blog TV khas untuk cerita aktiviti Blogger Nusantara.
Rakan Blogger pun boleh bagi cadangan apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan ukhwah dan network antara kita.
177 Comments
hik3… mak ok jer
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mentega susu lembu dapat mendisiplinkan anak2
informasi yang diberikan disini dapat juga dijadikan referensi yang cukup bagus,,
Curahan rasa rojash @ ..A few things about Backpacking for beginners
Insya’lah ada masa teringin juga untuk berkongsi ilmu yang ada bersama rerakan blogger yang lain.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Tanah Kubur Musim Ke-5, Tok Adi Meninggal Dunia
wah satu perkembangan yg sgt baik dlm dunia blogger ni
tetap sokong walau apa yg diusahakan 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi
memang nak belajar guna wordpress tapi masih tak pandai guna wordpress lagi .. kalau setakat nak beli hosting+domain tu boleh je tapi kalau tak tahu nak selenggara dengan baik tak guna jugak kan ..
p/s: ade sesape bole aja guna wordpress? 😀
Curahan rasa broblogger.net @ ..Diskaun Harga Kereta Myvi dan Viva Untuk Pelajar
WordPress tak lah susah sangat…nasihat saya carilah hosting yang memberi bersama Pre-Installed Scripts wordpress seperti menggunakan softaculous didalam cpanel nya. Jadi dengan cara itu kita boleh membuat installation secara terus tanpa perlua melaluinya secara manual yang serba complicated. contoh http://exabytes.com.my/web-hosting/personal-hosting/
Curahan rasa Syarih @ ..Tiga Tahun Lagi!!
pasal nak tukar dari blogspot ke wordpress, mungkin tunggu hasil dari iklan dulu la kan bro.. nak fikir2 dulu la… x nak tgesa2..
Curahan rasa poruman @ ..Gambar Taylor Swift yang cantik dan menawan
tak update 2,3 hari pun masih boleh dapat ribuan trafik !! perghh mantap la bro
Curahan rasa poruman @ ..Gambar Taylor Swift yang cantik dan menawan
memang traffik sahabat DH banyak sekali sahabat poruman
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
saya pun memang fikir banyak kali sebelum bertukar dari blogspot ke wordpress…bila tengok pr jadi 0, lagilah sedih..tapi lepas tu bila dah nak balik, rasa ok je…pakai wordpress memang best.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Pregnancy Updates | Minggu ke-26
wow ..flash back yg terkesan
akhirnya mengambil keputusan untuk membeli domain dan hosting pribadi, puas rasanya mengelola sebuah blog jika hosting dan domain sendiri.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Silabus dan RPP Berkarakter Mata Pelajaran SBK Untuk SD
wordpress memang banyak juga kelebihannya daripada blogspot
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
Dan menarik pula mempunyai domain tersendiri sesuai dengan tema blognya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
Dengan berhijrah domain + hosting bisa menambah pendapatan ke?
Curahan rasa Dadan @ ..Hikmah Qurban
Pengajaran yg berguna.. Hopefully boleh join lepas nie…
Curahan rasa Fazrol @ ..Jalan – Jalan A Famosa Resort, Melaka – Hotel A Famosa Resort
Join jgn x join.. byk manfaatnya…
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Essentials Tips for the Business Traveler
nak kena berubah la juga.. hehe.. apa nak takut kan2.. :))
Curahan rasa CMRatu @ ..Baik atau Bodoh?
Berubah utk jadi lebih baik apa salahnya.. kena pula boleh tanbah pendapatan
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Essentials Tips for the Business Traveler
Tahniah.memang bagus berkongsi ilmu ni.berkat sesame kita : )
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Menjaga Dan Merapi Kuku Agar Tampak Cantik
Ilmu bila di konsiakan akan berkembang.. jika sebaliknya ia akan hilang..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Essentials Tips for the Business Traveler
Comments are closed.