Blogger bukan hanya menulis sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa entri sebelum ini fokus kepada tajuk buat duit dengan blog setelah semakin ramai Rakan Blogger berjaya menjana pendapatan daripada blog. Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Kalau mengikut entri “sebab mereka berblogging” ada berpuluh mungkin beratus sebab buat blog. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain komen daripada Ibunda Blogger  dalam entri “Google Webmaster penting untuk blog” ini mesti diambil perhatian.

Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja.

Rakan Blogger pernah ke baca biodata Ibunda Blogger yang memulakan kerjaya sebagai seorang Blogger pada tahun 20/9/2005. Kalau belum kenalah baca baru tahu betapa nasihat beliau patuh diikuti. Ini aku quote kan sebahagian biodata yang selalu menjadi alasan untuk kita tidak mahu memajukan diri menjadi seorang Blogger.

[box]
Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.

Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.

Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini.  Sumbangan mereka sangat dihargai.[/box]

Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi. Ramai Blogger termasuk aku yang suatu masa dahulu tidak pernah tahu blog secara teknikal dan non teknikal tetapi mengambil masa berbulan-bulan untuk belajar dengan Pak Cik Google di samping mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan.

Bagaimana blogger perlu mengambil berat pelbagai perkara dan bukan penulisan semata-mata
Pemikiran seorang blogger, gambar asal oleh : allinfographics.org

Menjadi seorang Blogger bukan sekadar menulis dan menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalui Google Webmaster, Google Analytics, SEO tools dan berbagai tool yang lain.  Melalui komen-komen daripada entri lepas masih ramai Blogger yang tidak tahu pun kegunaan Google Webmaster begitu juga kegunaan Google Analytics atau tools yang lain. Paling mengejutkan ada Blogger yang tak pernah tahu pun semua ini.

Blogger juga perlu tahu hal-hal teknikal yang lain seperti loading page, pagerank, alexa ranking, trafik blog, bounce rate dan banyak lagi yang boleh membantu blog kita menjadi hebat berbanding blog yang lain. Dengan kelebihan ilmu teknikal berblog tanpa kita sedari walaupun pada asalnya duit bukan matlamat tetapi perlahan-lahan duit akan mencari blog kita.

 

Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik. Contohnya kita tahu bahawa loading page kita di tahap yang kurang memuaskan, walaupun mungkin kita mempunyai kekangan kemahiran atau ilmu untuk menambah baik, tetapi sekiranya kita dapat mengenalpasti bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah, kita boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut untuk melakukan optimasi tersebut untuk kita.

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak cuba untuk belajar bagaimana untuk mengenalpasti perkara-perkara teknikal ini. Kita seringkali mengambil remeh perkara seperti ini dengan alasan ianya tidak penting atau kita hanya menulis untuk suka-suka dan pelbagai lagi. Namun sekiranya kita sedar bahawa setiap masa yang kita laburkan itu begitu tinggi nilainya, pasti kita tidak akan memberikan alasan-alasan sebegini.

Ini pesanan daripada Sifu Affiliate kepada Rakan Blogger yang memang nak buat duit dengan blog :

Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO itu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar.

Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini; penulisan blog.

Sekiranya anda mungkin tidak gemar untuk menelaah buku atau bahan-bahan rujukan yang lain, pihak Akademi Denaihati menyediakan kelas praktikal yang membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara teknikal dan bukan teknikal dalam menguruskan blog dan menjadikan blog anda lebih baik. Semoga usaha kita untuk menjadikan industri penulisan blog ini sebagai industri yang boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional akan menjadi kenyataan dengan perkongsian ilmu dan pendapat dalam pelbagai sudut.


Spread the love

83 Comments

  1. Betul tu DH..lagi banyak kita belajar lagi seronok berblogging sebenarnya, even tujuan kita berblogging hanya untuk suka-suka. Kita jugak bermula dari zero coz I am not an IT person. semuanya belajar dari google. Dari tak tau pasal coding, template Blog, SEO and macam-macam term lagilah, sekarang dah oklah walaupun tak sebagus yang lain..yang penting terus belajar ..
    Curahan rasa Raudzah @ ..SubhanAllah, Dia Pergi Dalam Keadaan SujudMy Profile

  2. Kadang2x pening pula memikirkan semua termasuk SEo semua, tapi kalau dah minat yang mendalam, Itu semua tak jadi masalah. tinggal malas tak malas je. saya baru beberapa bulan lepas baru daftar webmaster tool + bing, mula2x tu memang tak faham, lama2x fahamlah sikit walaupun tak banyak..Selalu saya tgk pada bahagian search appearance, html improvement..mana yang perlu diperbetulkan ataupun tidak.

  3. memang betul dan tak syak lagi…bukan menulis je..sebab macam kita ada sebidang tanah..kita la yang menentukan apa nak buat di tanah tersebut..:D

  4. menulis cuma main tugas as blogger saje tapi untuk jadi penulis blog yang baik kita perlukan ilmu. macam-macam ilmu kena belajar. seo,teknik pikat pembaca blogger,teknik letak iklan supaya tak buang mood pembaca nak datang baca blog dan macam2 lagi.

    dah masuk tahun ke 5 sebagai blogger, tapi masih byk lagi ilmu yg saya kena belajar. tapi makin lama makin best!! hehehe!!
    Curahan rasa Lizz @ ..Lokasi Speedtrap Musim Perayaan 2013My Profile

  5. Sebab tu lah saya dah daftar di junior wordpress dengan denaihati utk ogos ni.Nak belajar walau umuq dah separuh abad….mencari ilmu x kira usia kan..

  6. mereka yang bersungguh-sungguh cari ilmu dalam bidang yang dia ingin ceburi akan lebih dihargai hasilnya berbanding yang disuap sahaja.
    macam saya sendiri pada awal berblog pun memang tidak mempunya guru kerana nekad mencuba try n error sahaja.
    langkah pertama berblog terus terjun ke arena penggunaan wordpress, memang susah awalnya tapi jadi mudah sebab nekad dan tekad untuk belajar sesuatu yang baru.

    belajarlah demi kepuasan diri, kongsilah ilmu demi manfaat ramai.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!