Blog Review : Hidup Biar Sedap memang Sedap

Ini blog review kedua selepas EmilaYusof dan yang pertama di Denaihati.com. Aku tak ingat sangat macam mana aku boleh kenal Hidup Biar Sedap. Seingat aku mula kenal sebelum contest Weblog Popular 1Malaysia yang juga dimenangi oleh Hidup Biar Sedap.

Ketika mula aku kenal ranking alexa blog Hidup Biar Sedap lebih kurang tiga ratusan ribu dan kini dah mencecah 150 ribuan dan tak mustahil lansung dalam tempoh 6 bulan akan mencecah bawah 100 ribuan. Kalau dulu jumlah komen untuk satu entri hanya 20-30 sahaja tapi sekarang selalunya melebihi 50 komen untuk setiap entri.

Hidup Biar Sedap kalau nak diumpamakan gulai ikan asam pedas memang cukup garam, asam dan gula. Berbagai kisah kehidupan digarap dengan nada yang bersahaja dan santai menyebabkan ramai yang ketagihan untuk terus mengunjungi dan menanti entri baru setiap hari.


Hidup Biar Sedap jujur dalam penulisan tanpa perlu merayu simpati untuk kita datang lagi. Keikhlasan menegur apa yang tak betul dan memuji apa yang baik menjadi keunikan Hidup Biar Sedap. Pemilihan templates yang simple tetapi segar dan pantas untuk di access menjadi kunci utama teman-teman singgah ulang. Yang paling best dan menarik adalah pemilihan tajuk entri yang sering mendatangkan minat kepada pembaca untuk terus menerjah Hidup Biar Sedap.

Selamat maju jaya kepada Hidup Biar Sedap dan tahniah kepada Kak Jie. Terima kasih juga kepada Kak Jie yang sering membantu dan memberi nasihat kepada Denaihati. Apa rasa ANDA bila bersama Hidup Biar Sedap??

~penGOMEL pertama~

Zul – Zulseffort.com

[ad#advertlets336]

40 Comments

  1. blog review ini lebih kurang memberi penghargaan kpd pemilik blog itu sendiri..

    pertama kali singgah blog Kak G terus lekat sampai skrg..

    p/s: salam drp org JOHOR BAHRU

    😀
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..Pergi Tak Akan Kembali… =-.

  2. Ya lah! Dah lama tak jenguk blog Kak Jie (Kakak? hihihiii). Skang jugak nak terjah …
    .-= Precious´s last blog ..Penawar Kepenatan =-.

  3. Denaihati.com pun apa kurangnya – sekejap saja dah bawah seribu.

    Kak Jie hanya menulis hal=hal yang sekitar hidup kerana lebih suka menulis dari pengalaman sendiri- tetapi seringkas yang mungkin .

    Bab suka tegur tu..entah …mungkin rasa diri lebih veteran ( bukan tua..heheheh ). Kadang- kadang nak tahan juga dari tegur blog orang kalau tak berapa kenal sangat..risau nanti tuan blog kecik hati

    Terimakasih kerana review ni.. 2010 mungkin tahun blogger review mereview kot…macam kita dah masuk fasa lebih advance dari tahun lepas.
    .-= Kujie´s last blog ..Kesan seksual waktu membuka bungkusan hadiah =-.

    1. @Kujie, tu pun saya guna tips kak jie sebelum kita dapat kita mesti memberi dan selalunya bila kita memberi kepada si A balasannya daripada si B atau C atau D tapi jangan harapkan sangat dari si A kalau dapat tu bonus.

  4. dah lama lepak di blog kak jie tu.. tp dulu aku cuma jadi silent reader… alhamdulillah skrg ni dah berani tinggalkan komen… mmg sedap entri-entri dia… bnyk aku belajar dari sana…
    .-= kulanz´s last blog ..Perbezaan Individu =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!