Blog Kenapa disable right-click

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Blogger Eizil selalu kongsikan Tips Blogging di Group FB Denaihati untuk perbincangan antara ahli group. Itulah istimewanya ikut serta Group FB Denaihati selain hadiah dapat juga ilmu yang dikongsikan oleh Rakan Blogger.

Berikut antara Tips Blogging yang dikongsikan untuk perbincangan.

Kenapa disable right-click sedang fungsi itu sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita selaku empunya laman web atau blog.”

disable right-click

Antara maklumbalas perbincangan yang diterima daripada Rakan Blogger yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua :

Denaihati Ilhamku Biasa juga jumpa blog yg buat macam tu sedang amalan tu tak di praktik kan majoriti blogger profesional dunia. Adakah kita lokek dengan ilmu yg sepatutnya kita kongsikan.

Hadihaizil Din Aku selaku pembaca, salah satu tabiat adalah highlight keyword dan guna fungsi right click boleh buat carian cepat ke google.

Hadihaizil Din satu lagi kebiasaan, ingin membuka link di new tab dengan right click, walaupun memang tahu boleh guna fungsi ctrl untuk buka di new tab, tapi ini melecehkan terutama apabila kita ingin browsing menggunakan tetikus sahaja.

Ejam Othman Btol tu eizil..mmg perlukan sgt right click tu utk open ke new tab dan peng-google-an pantas.

Denaihati Ilhamku Nak tahu juga apa tujuan sebenar off right click tu

Neo Corvin biasanya supaya pembaca tidak copy perkataan diterbitkan di blog. Juga untuk elak plagiat.

Anarm Khairul utk klik open new tab x jadi masalah pada aku sbb bleh tekan yg scroll kat mouse tu. jgn ingat dia utk scroll page je. dia bleh klik link jugak utk open new tab. yg jd masalah sikit bila nk highland dan buat carian pantas ke google.. memang x patut disable right klik.

Hafiz Rahim Selalu jumpa dalam blog blogspot..biasanya blog tu penuh dengan widget2 yang “syok sendiri”.

Hadihaizil Din kalau tujuan untuk tidak copy perkataan atau nak elakkan plagiat, rasanya disable right click bukanlah jalan penyelesaian, sebab yang ingin menyalin tetap akan menyalin.

Anarm Khairul diorang takleh nk halang org copy paste. walaupun kat blog dah disable right klik kononnya org takleh nk select, tapi kalau bukak feed blog tu tetap bleh copy paste jugak

Hadihaizil Din disebabkan kita nak halang satu dua yang suka copy paste ni, kita kehilangan pembaca yang lebih ramai.

Ku Jie yang buat disable right click tu tak tahu kot, boleh copy walau dia buat mcm tu..atau dia ikut² orang, tak baca sampai khatam bab tu..

Hafiz Rahim Memang diorang tak tau tu kak jie..setakat ikut orang..kalau oranf nak copy, bukan setakat bleh copy melalui feed..inspect element pun dah boleh.

Mohamad Izwan senang nak bukak new tab.

Muhamad Azman Ishak kebaikan dia….selalu saya nak buat backlink, saya akan taip nama domain blogger tersebut. daripada mainpage blog dia, saya akan rightclick pada tajuk entri terbaru untuk copy permalink. jika dia disable right click.. ini sedikit sebanyak melengahkan masa saya untuk meneruskan menyiapkan entri. silap haribulan.. tak jadi nak buat PINGBACK… perkara ini juga membuatkan saya terpaksa klik url entri tersebut sebelum memperolehi PERMALINK. kejadian ini sedikit sebanyak membantutkan proses backlink tadi. dan dalam masa yang sama.. impressi saya terhadap blog tersebut sedikit condong. jika dia tak disable right click, maka dengan itu, dia telahpon mempercepatkan saya untuk memperolehi PERMALINK entri dia… dan memudahkan tugas saya untuk terus menulis di blog. dan perkara disable right click sepatutnya tak berlaku.. kerana, kalau seseorang individu tu memang kaki-copy-n-paste… dia tetap akan copy. percaya lah.

Kepada Blogger yg disable right-click kongsikan kenapa anda buat begitu dan kepada Blogger lain apa yang biasa anda buat jika tersinggah blog yang disable right-click.


Spread the love

128 Comments

  1. banyak benda yg ada di internet… boleh dikatakan manusia kini menggunakan 75% internet sebagai sumber ilmu ataupun info-info..

    PERMASALAH : 1. kenapa disable right click kalau blog hiburan dan berita? bukan ke korang pun copy dari blog hiburan dan berita online?

    2. Blog belambak info pasal tutorial tapi bila nak Copy keluar benda alah ni “hey!!! mau buat apa tu?” “ada masalah sila hubungi admin” “biasa ni copy paste”
    SO WHO WANT TO ANSWER?
    **sebenarnya jika korang (mereka lah)lihat laman2 yg terkemuka ataupon profesional (tak perlu aku nyatakan) tak pernah pun praktikkan benda alah ni… SEBAB??? sebab dia kalau nak copy satu-satu artikel atau apa juga kita masih boleh guna Mozilla dgn dua kali warning disable right click dah tiada lagi… dgn chrome pula bukan ke ada tool VIEW SOURCE… SO secara kesimpulannya disable right click ni tidak praktikal lagi… dan boleh di anggap kuno dan kedekut ilmu.. untuk apa berblog sedangkan blog yg anda buat tu untuk santapan umum…

    saya bersetuju sangat dgn pengomen ni :
    Anarm Khairul.
    Hafiz Rahim .
    Hadihaizil Din .
    Muhamad Azman Ishak
    Curahan rasa Potia Casadelarossa @ ..Belalang Juta Serang IsraelMy Profile

    1. copy paste tu perlu dalam dunia blogger ni… pegi mana2 pun klu artikel pasal INFO dia tetap sama dan takkan berubah INFO nya… so apa yg boleh di pertikaikan cuma susun atur ayat dan olahan serta penggunaan kata je je yg membezakan si Pelagiat dgn yg original… nak jadi pongopy* sekali pun kena lah bijaksana.. klu tak tak guna adanya *COPYRIGHT kat footer blog masing2…

      p/s: sungguh aku tak paham… tapi aku mohon maaflah kalau komen aku ini menyinggung perasaan…
      Curahan rasa Potia Casadelarossa @ ..Belalang Juta Serang IsraelMy Profile

  2. Yang melakukan copy paste terhadap entri di blog kita itu bukan hanya rakan sesama blogger, malah di luar blogger pun banyak yang melakukannya. Misalnya untuk bahan tugasan sekolahnya

    1. saya setuju… dulu sewaktu saya buat kerja sekolah, ia menjadi susah apabila mereka disable right click. susah mahu copy paste.. kita bukan mahu copy bulat-bulat. pensyarah pun marah kalau tiru bulat bulat
      Curahan rasa Datin Tyka @ ..Moden VS TradisionalMy Profile

  3. ha aa rasa tak suka jugak dengan right click disable ni.Rasaya google dah bagi dah copyright dekat blogspot.

  4. sebelum fyna pun terfikir sama disable right click nih elok atau tidak. sebelum ini fyna juga pernah buat. tetapi selepas fikir banyak kali, fyna tidak buat. Mungkin owner yang buat disable right click tue nak jaga isi kandungan entri dia dari ditiru kot. Tetapi dari segi kebaikan untuk tidak guna disable right click, orang yang ambil intipati entri kita boleh beri backlink kepada blog kita semula. itupun kalau diorang bagi backlick. kalau tidak, takpelah.
    Curahan rasa fyna @ ..MENGAPA ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!