Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata Blackberry telah terkubur dengan kehadirana berbagai jenama baru telefon pintar di pasaran dunia. Ramai yang menyangka Blackberry Z30 adalah gajet mereka yang terakhir. Blackberry tetap ada peminat yang setia dengan jenama yang sudah lama menakluki dunia. Terima kasih kepada Blackberry Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati walaupun bukan blog gajet seperti Amanz.my, Vernonchan.com dan Soyacincu.com di pelancaran gajet baru Blackberry Z3.
Pada 24/6/2014 BlackBerry Malaysia secara rasmi telah melancarkan gajet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. BlackBerry Z3 lebih fokus kepada negara-negara membangun terutama Indonesia, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Blackberry Z3 seperti beberapa model sebelum ini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang datang dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM dan lain-lain.
Gajet ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada usahasama Blackberry dengan Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan Blackberry Z3 bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan.
Dengan harga hanya RM699 sudah pasti Blackberry Z3 boleh bersaing dalam pasaran dengan bersandarkan jenama yang sangat berpengaruh berbanding dengan jenama lain walaupun offer harga yang sama. Kepada pembaca yang nak tahu spesifikasi lebih jelas sila ke blog gajet yang tersenarai di atas.
314 Comments
great post..
thanks for the information…
i thinks BB is very good..
Curahan rasa home improvement @ ..The Ultimate Flooring Store
masa ini, saya hanya mampu guna telefon pintar samsung galaxy y, itu pun dapat rebet RM100.
Curahan rasa ikhwan @ ..Strategi Kumpul Hantaran RM50 Ribu
balckberry memang dah tersingkirkan oleh android saat ini ramai yang lepas gadget mereka di jual murah
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
baru pakai 3 hari da boring sbb xada google play…urmmm hadiah dari compony
BB kena kerja keras kalau nak bersaing dengan telefon pintar lain di pasaran
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Comments are closed.