Bitcoin satu skim penipuan yang ramai terperangkap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramai yang berminat dengan tajuk bitcoin, Sebelum ini Abang ada menulis tajuk “mengenali bitcoin dan potensi masa depan“ dan sebelum itu tajuk “hukum duit digital bitcoin“. Kali ini Abang nak berkongi cara meningkatkan nilai bitcoin sebagai aset digital masa depan. Semuga ianya memberi manafaat dan tidak terperangkap dalam skim penipuan bitcoin.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sejak Abang banyak menulis cerita bitcoin ramai yang PM tepi minta penjelasan dan tak kurang juga yang ajak mengopi untuk penerangan yang lebih lanjut. Abang bukan membawa apa-apa platform pelaburan bitcoin tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu duit digital yang sudah menjadi trend teknologi kewangan dunia tetapi masih dipandang sepi majoriti rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya ramai yang tiada ilmu bitcoin tertipu kerana terikut-ikut dengan berbagai skim bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mengopi cerita kejayaan bitcoin

Baru-baru ini Abang di ajak mengopi, antara perbualan kami adalah kisah sahabat kepada sahabat kami yang membeli bitcoin sebanyak seribu keping pada harga USD0.20. Pertama kali Abang tahu cerita bitcoin pada tahun 2009, masa itu harga USD0.30. Bezanya Abang tidak membeli bitcoin ketika itu kerana fokus pada peluang bisnis yang lain. Selain itu keyakinan Abang kepada bitcoin ketika itu sangat rendah kerana masih belum ramai ambil kisah dengan potensi bitcoin.

Ketika Abang menulis entri ini, harga bitcoin terkini adalah USD4200 (klik harga bitcoin terkini untuk mengatahui harga semasa), jadi kawan-kawan pun boleh kira berapa jumlah aset bitcoin yang sahabat itu ada sekarang.

Pada waktu yang lain sahabat bangsa Cina juga ajak ngopi sebab nak tahu sangat apa ke bendanya bitcoin walaupun dia sudah membeli 0.3 btc dari agen rasmi Malaysia, Luno. Abang tanya dia kenapa beli bitcoin kalau tak tahu untuk apa. Dia kata sebab ramai orang beli dia pun beli. Tujuan nak simpan sehingga harga naik nanti baru nak jual.

Kegunaan Bitcoin dalam kehidupan

Bitcoin adalah duit digital yang tiada beza dengan duit kertas seperti ringgit Malaysia dan USD. Memang tidak dinafikan ramai yang masih sangsi dengan keaslian duit digital bitcoin walaupun ianya sudah diterima pakai dibanyak negara maju juga telah di senaraikan dibanyak website kewangan dunia antaranya investing.com. Pembaca di blog ini pun masih ramai yang pandang sipi kehebatan bitcoin mungkin kerana kisah penipuan yang selalu diviralkan di sosial media telah menyerap ke dalam hati.

Kita boleh beli bitcoin seperti beli duit USD untuk digunakan membeli barangan di outlet-outlet yang menerima bitcoin untuk jual beli. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyimpan bitcoin didalam akaun blockchain yang kita uploadkan di smartphone. Pembayaran boleh dibuat di kaunter dengan hanya scan bar code bitcoin yang dipaparkan di kaunter outlet-outlet tersebut. Setiap kali pembayaran dibuat kita akan mendapat email pengesahan jumlah pembayaran yang sudah dibuat. Bitcoin boleh dibeli dari agen seperti Luno atau dari sahabat-sahabat yang menyimpah bitcoin.

Scan bar code untuk pembayaran bitcoin

Selain menggunakan aplikasi blockchain untuk berbelanja, bitcoin boleh juga dimasukkan kedalam kad debit Visa atau Master. Bila dah masuk dalam kad debit bolehlah kita berbelanja dimana-mana kedai yang menerima kad Visa dan Master. Cuma biasanya kawan-kawan hanya masukkan jumlah yang diperlukan sahaja ke dalam kad debit. Contoh kalau kita ada empat bitcoin, jangan masuk semua kedalam kad debit, masukkan jumlah yang kita perlu guna sahaja. Jika kita masukkan satu bitcoin ke dalam kad debit maka yang masuk ada nilai USD semasa bukan nilai bitcoin. Kita masuk satu bitcoin maka yang masuk USD4200 (harga ketika entri ini ditulis). Bila sudah masuk maka nilainya akan tetap sama walaupun nilai bitcoin sudah melambong tinggi.

Ramai kawan-kawan yang membeli US dollar untuk disimpan, ketika harganya jatuh contohnya dahulu nilai US dollar hanya RM3.25 dan kini harga US dollar sudah meningkat kepada RM4.35. Dengan satu US dollar kini kita sudah boleh membeli lebih banyak barang kerana harga sudah meningkat. Sama juga dengan bitcoin, beberapa bulan lepas satu bitcoin harga hanya USD2500 tetapi kini sudah meningkat kepada USD4200, maknanya kita sudah boleh membeli lebih banyak barang dengan setiap satu bitcoin. Ramai para analisa bitcoin meramalkan harga bitcoin akan naik melebih angka USD5K dalam masa terdekat.

 Cara menggandakan bitcoin

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengandakan bitcoin :

Penyimpan bitcoin

Kita beli bitcoin masa harga rendah dan simpan. Apabila harga melambong tinggi bolehlah kita jual kepada agen, keluarkan di mesin ATM bitcoin atau masukkan ke dalam kad debit. Kalau masa kita beli harga sekeping adalah USD4200 dan semasa kita jual semula harga sudah meningkat kepada USD10K maka keuntungan kita adalah USD5800. Bayangkan kalau kita beli pada harga USD0.20 dan sekarang sudah meningkat kepada USD4200, berapa banyak keuntungan yang diperolehi.

Trade bitcoin

Bitcoin boleh juga jadi modal untuk trade bitcoin sama seperti trade saham atau trade forex. Risikonya boleh tahan tinggi juga tapi kalau pandai trade hasilnya sangat hebat seperti kawan Abang yang bermula dengan modal 3 bitcoin sekarang dah dapat 46 bitcoin. Yang penting mesti pilih platform trade yang asli jangan sampai tertipu dengan platform yang palsu. Abang masih belum bersedia untuk trade bitcoin kerana lebih fokus kepada trade saham. Bukan mudah nak fokus trade pada dua bidang berbeza sebab banyak kajian perlu dibuat bukan macam main tikam-tikam je.

Melombong bitcoin

Bitcoin boleh juga buat modal membeli mesin melombong bitcoin. Contohnya kalau modal satu bitcoin boleh beli tiga mesin yang boleh lombong bitcoin hari-hari. Anggaran hasil melombong dalam tempoh 3 – 4 tahun dari modal satu bitcoin bolehlah beranak jadi 3 – 4 bitcoin.

Lombong bitcoin kepunyaan BitClub Network di Iceland

Kawan Abang tanya, Abang buat yang mana, simpan atau trade atau melombong. Abang lebih suka yang melombong jadi aset bitcoin akan bertambah sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Melombong bitcoin memang perlukan kesabaran kerana ini lebih kepada pelaburan jangka masa panjang. Abang telah melombong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Kalau tak faham sila PM tepi. Kenapa Abang pilih melombong bersama BitClub Network kerana syarikat ini tersenarai top 20 melombong terhebat bitcoin. Jangan tersalah pilih melombong sebab banyak juga penipu yang mencari peluang terutama mangsa yang tidak ada ilmu tentang bitcoin.

Senarai Top 20 pelombong bitcoin dunia

Kawan Abang kata menarik juga melombong sebab kurang risiko, kalau sekarang modal melombong satu bitcoin lebih kurang USD4200, selepas empat tahun katalah dapat tiga bitcoin sudah berganda tiga. Nilai juga berganda tiga, 3 x USD4200 (harga sekarang) tapi pasti harga bitcoin akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang, jika ketika itu  harga bitcoin naik ke USD20K maka jadi lah 3 x USD20K dengan modal hanya USD4200. Menurut para analisa bitcoin tidak mustahil ianya boleh meningkat kepada USD100K dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dulu masa harga bitcoin USD0.20 bila orang kata kalau nanti jadi USD4K, masa tu ramai tak percaya termasuk Abang. Begitu juga bila kata nilai bitcoin akan naik melebih USD20K masih ramai yang tidak percaya.

Dan nilai bitcoin terus meningkat. Jangan malu untuk belajar apa itu cypro currency supaya kita selamat daripada penipuan. Airasia dan CIMB bank antara syarikat besar Malaysia yang bakal terlibat dalam teknologi kewangan crypto currency, kita bila lagi?

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

58 Comments

  1. Assalamualaikum.. Saya org baru dekat blog ni, saya nk tanya sikit pasal satu organisasi ni BITKINGDOM.. Mereka ni dah tukar BITCOIN kami menjadi matawang baru iaitu AUREUS.. Sekarang ni kami x dapat apa² profit pun.. Dulu semasa saya join mereka ni, dpt la juga profit bitcoin selepas bitcoin saya matang dalam akaun wallet saya.. Soalan saya, ADAKAH ORGANISASI BITKINGDOM NI SCAMMER PALING BESAR DALAM ASIA?? Saya perlu tahu jawapannya, sebab ramai org tua yg beli benda ni x dapat balik modal mereka walaupun sudah 3 – 4 bulan matang.. Terima Kasih..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!