Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8 hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baca: Biodata Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 10.33 pagi.
Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.
Turut menyaksikan istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri Muhyiddin iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan pagi tadi. Semoga Negar Malaysia terus aman dan maju di bawah pentadbirannya. Aminn
sumber: Awani
3 Comments
Semoga negara kita Malaysia akan terus maju di masa akan datang di bawah pemerintahan Perdana Menteri baharu.
Agong sudah membuat keputusan. Jangan jadi penderhaka dengan mempertikaikannya. Jika tidak setuju, gunakan saluran yang betul. Apa pun saya percaya mereka yang ikhlas mahu mentadbir negara sahaja yang akan ‘menang’ akhirnya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Kerja Kerajaan – Sektor Awam
Comments are closed.