Dr. Zakir Naik. Siapakah dia?
Beliau merupakan salah satu pembicara muslim yang berasal dari India dan juga merupakan ahli perbandingan agama. Salah satu tokoh paling berpengaruh di India.
Selain itu beliau juga merupakan seorang penulis yang banyak menulis buku mengenai islam dan perbandingannya dengan agama lain.
Biodata Dr. Zakir Naik
Nama Lengkap : Dr. Zakir Abdul Karim Naik
Lahir : 18 Oktober 1965 di kota Mumbai, India
Bapa : Abdul Karim Naik
Isteri : Farhat Naik
Anak : Fariq Zakir Naik, Rushda Naik
Pendidikan : St. Peter’s High School (ICSE) , Kishinchand Chellaram College, Topiwala National Medical College, University of Mumbai (Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery)
Jabatan : President of Islamic Research Foundation, Pengasas Peace TV, Peace TV Bangla dan Peace TV Urdu
Penghargaan : King Faisal International Prize for Service to Islam tahun 2015, 10 Guru Spiritual Terbaik di India, 100 Orang India Terkuat 2009.
Biografi Dr. Zakir Naik
Nama lengkapnya adalah Zakir Abdul Karim Naik. Zakir Naik dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 1965 di Kota Mumbai, India.
Ayahnya bernama Abdul Karim Naik. Zakir memulai pendidikannya dengan bersekolah di St. Peter’s High School (ICSE) di kota kelahirannya iaitu Mumbai.
Dari sana beliau kemudian belajar di Kishinchand Chellaram College dan kemudian ke Topiwala National Medical College. Di kolej tersebut, beliau banyak mempelajari mengenai ilmu kesihatan.
Daripada Seorang Doktor Menjadi Pendakwah
Zakir Naik kemudian melanjutkan kuliahnya di University of Mumbai, India di jurusan Ilmu Kedoktoran dan memperolehi gelaran MBBS (Bachelor of Medicine Bachelor Of Surgery) setelah itu ia bekerja sebagai doktor di kota Mumbai.
Namun kemudian pada tahun 1991, beliau mengambil keputusan dengan berhenti sebagai doktor dan kemudian beralih menjadi seorang pendakwah Islam.
Keputusannya menjadi seorang pendakwah terinspirasi dari Ahmed Deedat yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif melakukan dakwah selama 40 tahun lebih.
Berdakwah kelilingi dunia, jemputan ramai
Selain itu tujuan dari dakwah yang dilakukan oleh Dr. Zakir Naik adalah untuk menghilangkan pandangan negatif tentang Islam oleh banyak orang anti-islam setelah tragedi serangan 11 September 2001 yang terjadi di Amerika Serikat.
Selama aktif menjadi seorang pendakwah, Dr Zakir Naik sudah banyak mengelilingi dunia, mengunjungi banyak negara.
Dalam perjalanannya sebagai seorang pendakwah, debat atau ceramahnya paling banyak dilakukan di India dan rata-rata di hadiri oleh puluhan ribu orang dalam setiap ceramahnya.
Yang di-Pertuan Agong kelima dan ke 14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr. Zakir Abdul Karim Naik pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 November 2013.
Mengislamkan ribuan orang dengan dakwah
Sejak Zakir Naik aktif mengadakan ceramah dan debat, banyak jurnalis dari India dan luar India yang menulis mengenai Dr. Zakir Naik, rata-rata mereka menulis kata-kata yang biasa dikeluarkan oleh Dr. Zakir Naik seringkali ‘kejam’, ada juga yang mengatakan bahawa Zakir Naik terkadang sering mencerca kepercayaan lain dan dunia barat secara umum.
Namun sejak aktif melakukan dakwah, Dr. Zakir Naik sudah banyak mengislamkan ribuan orang dengan dakwahnya. Rata-rata mereka masuk islam setelah mendengar ceramah dan juga selesai melakukan debat dengan mengajukan pertanyaan kepada Zakir Naik.
Semua itu di jawab dengan luar biasa sesuai dengan ilmu dan logika oleh Zakir Naik serta terkadang penonton banyak memberi tepuk tangan atas jawaban Dr. Zakir Naik.
Ingatan kuat pelajari pelbagai kitab
Salah satu kemampuan yang dimiliki oleh Dr. Zakir Naik dalam melakukan dakwahnya adalah ia ingatannya yang kuat iaitu hafalan tentang alquran dan hadis bukhari dan muslim.
Beliau juga memiliki hafalan yang kuat terhadap kitab-kitab agama lain seperti kitab injil, weda, tripitaka, bhagavad gita.
Bahkan dalam banyak videonya di Youtube, Dr Zakir Naik terkadang mengupas ayat dalam Injil atau Bible yang biasa diajukan oleh penonton yang menghadiri ketika sesi bertanya. Dalam hal ini beliau juga memiliki pengetahuan atau hafalan yang baik terhadap kitab tersebut.
Sumber : Wikipedia, Biografiku, Amir Hassan, Karangkraf
6 Comments
Ilmu dan ingatan beliau yang kuat memang mengagumkan orang bila beliau menjawap sebarang kemusykilan.
Curahan rasa Sani @ ..Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA!
Semoga sentiasa di rahmati dan diberkati.
Antara insan hebat dalam memperjuangkan agama Islam
Curahan rasa sharimah @ ..RAWAT STROKE DENGAN VKEN
Malaysia patut bersyukur kerana beliau memilih negara ini untuk didiami selepas India sebagai kampung halamannya
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Haziq Aziz Mengaku Bersama Azmin Ali Dalam Bilik Hotel Sewaktu PRK Sandakan
antara insan hebat yang saya suka tonton videonya dan di TV
mempunyai keupayaan berhujah dengan fakta yang mengkagumkan..
memang terbaik insan yang bernama Zakir Naik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Blog Obses Buku Untuk Peminat Buku
Allah memberikan karunia-Nya kepada dr. Zakir Naik. Alhamdulillah… Semoga Beliau selalu diberi kesehatan dan kemudahan dalam berdakwah. Amin Ya Allah…
Semoga beliau selalu diberikan kesehatan oleh Alloh SWT agar bisa terus berdakwah di jalan-Nya. Aamiin
Curahan rasa Hasan @ ..Cara Parse Html Kode Iklan Adsense
Comments are closed.