Sering Mimpi Mengaji, Lelaki Ini Memeluk Islam

Sering bermimpi mendengar bacaan Al-Quran selain diri sendiri mengaji mendorong Woo Sheng Xiang atau nama Islamnya, Ahmad Fauzan Woo Abdullah memeluk Islam sejak lebih sebulan lalu.

Lebih mengharukan, keputusan diambil pemuda berusia 19 tahun dari Kampung Tiruk, Kuala Terengganu itu dibuat ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, pada 24 Mac lalu.

Dia yang lebih mesra dipanggil Mad berkata, kali pertama bermimpi mendengar suara mengaji semasa berumur 16 tahun ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu.

Menurutnya, pada malam itu, dia dikejutkan dengan mimpi ada suara membaca ayat suci Al-Quran dan mimpi sama kembali berulang selama hampir dua minggu berturut-turut.

Baca : Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Selepas dua bulan berlalu, mimpi sama datang kembali, tapi kali ini berbeza iaitu saya sendiri yang membaca Al-Quran dan tempohnya sama iaitu hampir dua minggu berturut-turut.

Selepas mimpi kali kedua ini, saya mula berfikir kenapa dipilih untuk diperdengarkan bacaan al-Quran dan saya cuba untuk menceritakan kepada rakan, namun perasaan malu menghantui diri.

Pada masa sama, saya mengkaji agama Islam termasuk daripada segi kehidupan, pemakanan dan pergaulan. Selepas hampir empat tahun berlalu, saya mula membuka cerita kepada rakan karib, Fahmi Othman dan meluahkan hasrat memeluk Islam.

Keesokannya Fahmi bersama bapanya dan bapa saya pergi ke Pejabat Agama Daerah Marang untuk mengucap dua kalimah syahadah dan dengan sekali lafaz, saya berjaya memeluk Islam,”

Menurutnya, selepas selesai mengucap, dia hampir menangis kerana begitu terharu dan sebak serta tidak menyangka diterima sebagai umat Islam.

Katanya, ketika itu hatinya terasa amat tenang dan bersyukur diberi hidayah yang dianggap rahmat menjelang Ramadan dan ketika tempoh PKP.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui bapa serta ahli keluarganya tidak menghalang, malah menyokong tindakannya memeluk Islam.

Baca : Setiap Saat Dan Detik Itu Adalah Rezeki

Mengenai puasa pada tahun ini, Mad yang kini menjadi jurulatih juruselam di Pulau Redang, berkata dia tidak menghadapi masalah untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.

Saya tidak berdepan masalah berpuasa walaupun baharu masuk Islam kerana sebelum ini sudah kerap kali menjalani ibadah itu sejak di Tingkatan Satu.

Tambahan pula, saya mempunyai ramai kawan Melayu, pernah satu tahun saya berpuasa penuh selama sebulan, oleh sebab itu saya tidak menghadapi masalah untuk berpuasa,”

Difahamkan, beliau juga sering mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Ebit Lew dalam YouTube sejak beberapa tahun lalu.

Baca : Kita Tak Pernah Terlepas Daripada Buat Dosa, Tapi Itu Bukan Alasan

Sumber : Harian Metro

4 Comments

  1. Hatinya bersih, penuh dengan sifat mahmudah yang dituntut Islam sebab itu hidayah jatuh pada dirinya. Hidayah itu hadir dangan pelbagai cara.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!