Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kisah diusha lembaga memang kisah seram yang tidak pernah akan hilang dimakan zaman. Kalau lembaga itu berbentuk hantu atau lembaga misteri boleh juga dibawa bomoh untuk menghalau atau mengeluarkan daripada badan yang terkena serangan. Teringat kisah blogger Shakiddo ternampak lembaga misteri di pagi raya.
Yang nak diceritakan dalam entri ini bukan lembaga misteri yang menyeramkan tetapi kisah seorang blogger hartanah yang telah diusha Lembaga sejak nama beliau menjadi sebutan para gadis di Malaysia. Mungkin inilah padahnya menggunakan jenama glamour Abang Ensem lelaki Melayu terakhir paling ensem di Malaysia.
Aku masih ingat beberapa tahun yang lepas sekembali dari mengendalikan kelas hartanah pertama di Kuching, AE terus menghubungi aku ajak ngopi. Katanya dalam kelas tersebut ada dua orang peserta yang merupakan wakil daripada Lembaga siap ajak minum malam lagi selepas selesai kelas. Sebenarnya sebelum daripada kelas ini AE sudah diusha oleh Lembaga tapi tidak melihatkan susuk tubuh, secara rahsia untuk mendapatkan informasi.
Sehinggalah akhirnya beliau mendapat surat rasmi daripada Lembaga untuk temujanji dan bermulalah kisah penyelongkaran semua aktiviti perniagaan Abang Ensem dengan gadis-gadis cantik Malaysia. Daripada penganjuran kelas hartanah sehinggalah penjualan eBook hartanah yang nilainya hanya AE dan Lembaga sahaja mengetahui.
Banyak yang telah AE pelajar sepanjang berbulan-bulan mengadap Lembaga segala salah dan silap sebagai usahawan online dan idola hartanah Malaysia. Cuma nilai yang perlu dibayar sangat mahal kerana memandang ringan segala sistem yang sepatutnya perlu dipatuhi.
Daripada pengalaman mahal tersebut AE tidak mahu bakal usahawan offline dan online serta rakan blogger terperangkap seperti beliau kerana kesilapan sendiri. Nilai yang perlu dibayar sepatutnya 50% lebih rendah daripada nilai yang dikenakan hanya kerana jahil ilmu percukaian.
Untuk membantu rakan-rakan yang tidak begitu faham dengan sistem percukaian maka Abang Ensem telah menulis sebuak eBook yang bertajuk “Aku Di Usha Lembaga” kisah pengalaman diselongkar oleh LHDN dan cara bagaimana untuk mengelakkan denda cukai yang tinggi. Jadilah antara yang pertama membaca eBook terbaru Abang Ensem dengan klik eBook Aku Di Usha Lembaga. Jangan ambil ringan kerana kalau sudah terkena pasti berdarah hidung. Daripada bacaan eBook pasti kita akan tahu samada kita sepatutnya buat tak layan sahaja Lembaga atau perlu membuat pengistiharan secara rela dari awal.
Beringat sebelum terkena kerana hakikatnya tidak akan ada sesiapa yang boleh lari daripada tanggungjawab Akta Cukai Pendapatan 1967.
Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu klik link –> INI.
31 Comments
Kita yang buat bisnes online ini pun kena berhati hati, banyak mata mata yang memerhatikan dari jauh…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Bagus juga buku ini untuk bisa kita baca karena banyak memberikan manfaat bagi kita ……
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Semoga buku ini banyak memberikan manfaatnya dan menjadi panduan pembeljaranpembeljaran bagi yang lain
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Buku yg dapat memberi manfaat untuk org ramai bg mempelajari sesuatu bnde yg baru dan mendapat maklumat2 yg bergune.
Curahan rasa T Shirt Printing Cetak Baju Murah @ ..Kedai Cetak Tshirt | Kilang Print Baju | Tempah T Shirt Printing Murah
Sepertinya membuat pemandangan yang baik, semoga tidak terjadi pada usaha saya kelak
Curahan rasa Home Design Ideas @ ..Creative Option for Comfortable Small Kitchen Ideas
Comments are closed.