Assalamaulaikum dan Salam 1Dunia, betullah dunia sudah dipenghujungnya rasanya baru semalam berselfie dengan Datuk Roslan Hamid sahabat seperjuangan ketika belajar di UKM di Big Bad Wolf 2013. Big Bad Wolf 2015 datang lagi dengan kapasiti yang lebih besar. Kepada yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf jangan risau ini bukan kisah manusia bertukar menjadi serigala jadian apabila bulan mengambang atau drakula mencari mangsa tetapi pameran buku terbesar di Malaysia.
KLIK BUKU BLOGGING TIPS PANDUAN UNTUK BLOGGER BARU
Big Bad Wolf 2015 adalah pameran buku yang menghidangkan sebanyak 3.5 juta buku berbagai judul dengan diskaun sehingga 85 – 95% bermula pada 2/2/2015 – 9/2/2015 dari jam 10.00 am hingga 11.59 pm setiap hari. Lokasi Big Bad Wolf 2015 hanya beberapa minit sahaja dari rumah aku iaitu di MIECC The Mines. Kepada yang tak pernah sampai MIECC The Mines hanya 20 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA (kalau tak jem lah). Kepada yang menaiki kendaraan umum boleh menaiki Komuter berhenti di Stesen Serdang atau naik bus Metrobus no 8, 22 atau 68 atau bus RapidKL U41. Kepada yang menaiki kenderaan kali ini lebih banyak tempat parkir di luar bagunan hanya perlu ikut arahan.
Membaca adalah gerbang ilmu untuk memacu perubahan kita ketahap yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk menjengah Big Bad Wolf 2015 dan sebaiknya jangan datang hujung minggu kerasa kesesakannya tersangat hebat. Tahun lepas aku datang selepas jam 12 am itu pun masih ramai lagi peminat buku. Tips paling penting nak shopping di Big Bad Wolf 2015 adalah membawa beg beroda supaya tidak rebeh lengan membawa berpuluh buku yang dibeli. Diskaun buku terhebat ini menerima bayaran secara tunai atau kad debit atau kad kredit.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Seni menulis 101 impian hidup menuju kejayaan! Klik Sini
Buku panduan lulus temuduga yang telah membantu ramai calon! Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Semuga kali ini bertemu lagi kawan-kawan kaki baca di Big Bad Wolf 2014. Kepada yang nak singgah Big Bad Wolf 2014 jangan lupa PM aku mana tahu ada peluang kita mengopi.
143 Comments
ingatkan movie filem, rupanya pameran buku terbesar, dengan nilai diskaun yang menarik memang boleh beli banyak buku yang best best
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Pengalaman Guna 2 Web Hosting Terbaik Di Malaysia
Memang ramai macam tahun-tahun lepas. Jangan lupa bawah beg/bakul/kotak untuk isi buku yang dibeli.
Curahan rasa Adam @ ..Manisnya Cinta di Cappadocia: Nilai peluang kedua
banyak sangat buku sampai tak tau nak beli buku apa…
Curahan rasa Syami @ ..Bagaimana Hendak Buat Blog Perniagaan Yang Berkesan?
wah good info from your blog
salam perkenalan dari saya
sudi ke blog saya
Curahan rasa hendrawati @ ..KOLAGEN SHAKLEE PROMOSI PALING GEMPAK ABAD INI DISEMBER 2014!!!
Best sangat pergi BBW macam-macam buku ada…
Lagipun masa yang sesuai untuk beli buku-buku sekolah anak-anak
Curahan rasa Mrs. A @ ..Al-Fatihah
sapa-sapa yang berminat dalam hobi membaca harus pergi ke BBW ni..siapkan duit poket penuh-penuh hahhaa
Curahan rasa adna2029 @ ..GA Cipta Nama Album RedBandage
ingat lagi 2 tahun lepas punye BBW..jam wo! Kejang kejung kaki jadiknye…terbukti rakyat Malaysia masih ramai yang minat membaca! 🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
Big Bad Wolf memang best. Rambang mata memilih buku. Rasa nak beli semua yang berkenan… 🙂
Curahan rasa Fatihah Salleh @ ..Tidur tak cukup punca berat badan naik
Tahun lepas dah p, tahun ni belum lagi. Memang best. Rugi sapa blom p
Big Bad Wolf, Kuasa Buku yang menarik ramai orang untuk pergi ke sana. 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Demam Tapi Tak Nak Makan Ubat
Belum berkesempatan lagi pergi ke BBW. Teringin nak pergi
PETUA ATASI BAU KAKI
Curahan rasa Zainah @ ..Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap Di Makan Bila-bila Masa
Kalau tau mahu bawak beg baju yang style tarik-tarik tu … memang mudah nak bawa buku … bakul tarik tu lagi mudah
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014
wow sama hensome sama kacak dan bergaya hihihii jangan marah..BBW macam best jer
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
BBW sungguh the best, tak sabar nak pigi sana, maybe ada buku yang saya cari
Tak sabar nak ke BBW nie… Pestime nak join ..haha
Curahan rasa Niza Yusof @ ..Testimoni Set Hamil
Comments are closed.