Assalamaulaikum dan Salam 1Dunia, betullah dunia sudah dipenghujungnya rasanya baru semalam berselfie dengan Datuk Roslan Hamid sahabat seperjuangan ketika belajar di UKM di Big Bad Wolf 2013. Big Bad Wolf 2015 datang lagi dengan kapasiti yang lebih besar. Kepada yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf jangan risau ini bukan kisah manusia bertukar menjadi serigala jadian apabila bulan mengambang atau drakula mencari mangsa tetapi pameran buku terbesar di Malaysia.
KLIK BUKU BLOGGING TIPS PANDUAN UNTUK BLOGGER BARU
Big Bad Wolf 2015 adalah pameran buku yang menghidangkan sebanyak 3.5 juta buku berbagai judul dengan diskaun sehingga 85 – 95% bermula pada 2/2/2015 – 9/2/2015 dari jam 10.00 am hingga 11.59 pm setiap hari. Lokasi Big Bad Wolf 2015 hanya beberapa minit sahaja dari rumah aku iaitu di MIECC The Mines. Kepada yang tak pernah sampai MIECC The Mines hanya 20 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA (kalau tak jem lah). Kepada yang menaiki kendaraan umum boleh menaiki Komuter berhenti di Stesen Serdang atau naik bus Metrobus no 8, 22 atau 68 atau bus RapidKL U41. Kepada yang menaiki kenderaan kali ini lebih banyak tempat parkir di luar bagunan hanya perlu ikut arahan.
Membaca adalah gerbang ilmu untuk memacu perubahan kita ketahap yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk menjengah Big Bad Wolf 2015 dan sebaiknya jangan datang hujung minggu kerasa kesesakannya tersangat hebat. Tahun lepas aku datang selepas jam 12 am itu pun masih ramai lagi peminat buku. Tips paling penting nak shopping di Big Bad Wolf 2015 adalah membawa beg beroda supaya tidak rebeh lengan membawa berpuluh buku yang dibeli. Diskaun buku terhebat ini menerima bayaran secara tunai atau kad debit atau kad kredit.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Seni menulis 101 impian hidup menuju kejayaan! Klik Sini
Buku panduan lulus temuduga yang telah membantu ramai calon! Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Semuga kali ini bertemu lagi kawan-kawan kaki baca di Big Bad Wolf 2014. Kepada yang nak singgah Big Bad Wolf 2014 jangan lupa PM aku mana tahu ada peluang kita mengopi.
143 Comments
kali ni tak dapat pergi ke big bad wolf, ada kehadiran gathering syarikat dengan agen-agen affiliate.
Curahan rasa ikhwan @ ..Jaguh Dari Utara Rembat RM40000 Guna Blog
Teringin sangat nak berkunjung ke Big Bad Wolf 2014, tapi belum berkesempatan.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Aiseh…tahun ni saya terlepas. suka pegi hari pertama sebab kalau pegi lambat alamatnya buku dah bersepah2. huhu…
Curahan rasa sharmien @ ..Giveaway: Layan Video Ni Senang-senang Dapat Duit Geli-geli
assalamulaikum…. Cik Ash datang terjah blog denaihati…. wahhh bestnya brgambar dengan datuk roslan… terbaik bro….
Curahan rasa Cik Ash @ ..Selamat Hari Lahir Abang
Nak pergi tapi belum berkesempatan lagi…Lebih2 lagi nak membawa 3 anak2 kecil sekali..Hehehehe
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kids Meal bersama AirAsia
wow..sangat beruntung kalau dapat pergi…pilihan buku yang begitu banyak!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Siri Mula Bisnes Kedai Jahit
bestnya kalau dapat pi jualan buku kat Mines ni…mesti banyak buku-buku yang terbaik….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Malaysia Naib Juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia
Yeah..ada seminggu lagi. Anak sunat ni, tak boleh bersesak.. Ada chance ada chance.. Bersedia untuk let go, buku2 yang dah habis baca untuk masuk stok baru.
Curahan rasa Ida @ ..Pengalaman sunat konvensional yang hampir ‘ngeri’
meriahnya. tak pernah lagi pergi kat situ. teringin juga. insyaallah. akan juga jejak ke sana.
ramai juga orang yang serbu ke Big bad wolf ni setiap tahun.. kena cari masa untuk ke sana juga..
Curahan rasa KiD @ ..Blogger Hensem kembali Sibuk
Seronoknya kalau berpeluang ke sana. Mesti best kan pesta buku besar-besaran macam Big Bad Wolf ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ini adalah syurga buat ulat buku…pasti ramai orang yang takkna lepaskan peluang ini..aku ada sorang memeber yang beitu minat membaca..rasanya kena bagitahu dia program nie
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wow pesta buku besar besaran. Tapi malangnya jauh dari tempat saya.. hehe
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Jom Aktifkan Mykad
Tak boleh lepaskan peluang ni, untuk mencari buku yang bermanfaat. Dah lama tak pergi expo buku macam ni.
Curahan rasa Imran @ ..Sikap pengguna jalan raya
Tahun lepas sempat borong buku di Big Bad Wolf book semasa Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia anjuran Blogrrr. … byk lagi buku-buku yg dibeli tapi masih belum sempat di baca.. tahun ni ada perancangan nak pegi juga pada minggu depan.. tapi x tahu lagi, nak borong buku ataupun tidak. .. sebab isteri dah runsing, setiap kali balik pesta buku, kena beli rak buku yang baru..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Comments are closed.