Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “blog juru cakap tanpa henti“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Beza usahawan Multi Level yang berjaya.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang berkawan dengan ramai usahawan Multi Level Marketing (MLM) yang berjaya. Juga berkawan dengan ramai leader dan ahli Multi level yang dari dulu masih belum berjaya.
Kita fokus kepada yang berjaya untuk sedut aura positif mereka. Sifat usahawan MLM yang sangat berjaya semuanya hampir sama, yang tiada pada mereka yang belum berjaya.
- Mereka anggap Multi Level Marketing sebagai bisnis bukan skim jadikan mereka kaya secara tiba-tiba seperti skim cepat kaya.
- Mereka berani keluar modal sendiri bukan mengharap belas kasihan syarikat untuk memberi akaun percuma. Majoriti mereka bermula dari zero bukan sudah sedia kaya raya.
- Setiap bonus yang mereka perolehi paling tidak 20% akan digunakan untuk membesarkan bisnis seperti memberi insentif kepada rakan niaga yang berjaya capai target.
- Berusaha seperti bisnis ini mereka yang punya dengan merancang berbagai aktiviti sendiri ditambah dengan aktiviti yang disediakan oleh syarikat. Bantuan dari leader atas atau kawan-kawan yang memperkenalkan sebagai bonus.
- Bekerja dengan etika yang betul mengikut disiplin usahawan seperti mempunyai jadual masa yang tersusun untuk bertemu klien baru contohnya tidak lebih dari jam 9 malam, tidak menjanjikan bulan dan bintang melebihi apa yang telah ditetapkan oleh syarikat dan memaksa klien berulang-ulang untuk menyertai bisnis.
Ini hanya sebahagian daripada disiplin jutawan MLM yang berjaya yang tiada pada pemain MLM yang belum berjaya. Majoriti masyarakat melihat keburukan MLM kerana silap pemain yang tidak ada disiplin dengan memanupulasi sistem dan juga kurangnya faham kepada kemampuan hebat bisnis MLM. Jutawan MLM bukan sekadar menayang kereta mewah dan rumah mewah tetapi yang lebih penting menunjukkan kepimpinan sebagai usahawan MLM yang boleh dicontohi anak-anak didik.
Kunci kejayaan untuk buat duit dalam MLM ada dalam diri dan kita sendiri perlu keluarkan kemampuan yang ada bukan dibiar terpedam begitu sahaj. Sifu dan mentor hanya inspirasi.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
37 Comments
tak pernah cuba pasal multillevel ini banyak juga yang berhasil karenanya namun juga tak sedikit yang meradang
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Masakan – Botok Ayam
Untuk maju ke depan semua usahawan kena ada sikap positif seperti mereka tak kira MLM atau tidak. Sebenarnya usahawan yang terlibat dalam bisnes MLM ni hebat-hebat belaka. Bukan calang-calang orang sebab bisnes MLM ni kena ada tahap kesabaran yang tinggi contohnya nak kena deal dengan prospek, follow-up prospek, bukan boleh sembarangan. Kena ada ilmu dan kena praktik terutamanya communication skill supaya dapat meyakinkan prospek.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Menurut saye pribadi, MLM adalah konsep dagang yang paling menguntungkan karena biaya promosi dapat dipangkas dengan menjadikan para downlinenya sebagai “sales” secara langsung. Cuma pada prakteknya banyak oknum yang bermain sehingga kondisi bisnisnya jadi kurang sehat.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..XL Break The Box, Ikuti Live Streaming Game Pertama di Indonesia
tak dinafikan MLM ni mmg boleh jana pendapatan lumayan.. kena rajin je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix
tepat sekali pendapat abang tu, ramai yg join MLM berperasangka mrk tak perlu berusaha dan malas nak tuntut ilmu walaupun di beri secara percuma, pas tu marahkan leader
Tips yang bagus untuk berjaya dalam MLM. Betul tu, MLM memerlukan kerja lebih keras, dan tak mengharapkan 100% kepada syarikat. Usahasama berkumpulan memang perlu untuk berjaya ke peringkat lebih tinggi
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Multi Level Marketing adalah salah satu peluang untuk pendapatan pasif juga..
Cuma mula2 kena bekerja keras terlebih dahulu.. 🙂
Curahan rasa Aya @ ..WooXpress: 7 Fakta Yang Perlu Anda Tahu!
Ya setuju..
Nak berjaya dalam MLM kena mula dari bawah… Bersusah-susah dahulu… Kemudian baru bina empayar perniagaan…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Sebelum berjaya kena pastikan network cukup kuat… Kena wujudkan leader-leader di bawah jaringan kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Kena pastikan setiap leader mampu memainkan pernanan untuk membimbing mentee di bawah setiap leader…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
kena wujudkan satu sistem yang mantap yang boleh di Duplicate oleh leader-leader di bawah jaringan kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Kemudian kena train leader-leader ni supaya mereka dapat sampaikan dan train leader-leader yang lain di bawah jaringan mereka…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Apabila keadaan ini berjaya dilaksanakan, baru lah seorang ejen MLM berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan secara berterusan… Dengan syarat sistem penyampaian dapat terus disebarkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Saya setuju pendapat ni.. setiap leader perlu lebih ke hadapan dan sedia berkongsi ilmu dengan networking di bawahnya. Tak membiarkan ahli bawahan tiada arah tuju dan langsung tenggelam.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
MLM adalah bisnes yang sangat cantek..
Modal kecil tetapi untung besar..
MLM memberi peluang orang susah tahap tegar boleh berjaya tahap super
Sebab faktor kejayaan terletak pada diri sendiri selain izin dari Allah SWT
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
Sistem MLM itu yang cantik sebenarnya..
Ada sediakan bonus kereta, bonus rumah, bonus pencapaian, bonus mengerjakan haji dan umrah, tabung pelancongan dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Tapi kalau setakat sistem sahaja yang cantik tidak mencukupi kalau produk tidak terus diperlukan oleh pembeli..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Betul tu ramai pemain MLM yang penting diri sendiri dan memburukkan industri network marketing. Hehehee.. emo sikit la sebab saya sendiri dah alami.
Curahan rasa Cahaya Diana @ ..Kenapa Pencuci Muka Mary Kay tak Berbuih?
Betul.. saya setuju…
Ramai yang memandang negatif terhadap MLM adalah disebabkan oleh segelintir sikap usahawan2 MLM itu sendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Sikap terlalu cepat nak kaya… sehingga kononnya “matlamat menghalalkan cara” sehingga menyebabkan mereka tersalah percaturan..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Jangan pernah kecewa sebab pengalaman akan terus mengajar kita untuk berjaya. contoh tidak baik dari pemain MLM jangan kita tiru yang baik kita contohi.
Curahan rasa denaihati @ ..Denaihati kembara ke Krabi Thailand
Benar admin. Yang positif seperti sikap rajin, rapat dengan kawan-kawan sejak join MLM kita boleh contohi.
Curahan rasa Haidar @ ..Pinjaman Peribadi Koperasi Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Saya pernah menceburi bisnes MLM, walau pun tidak berjaya, banyak pelajaran yang saya dapat untuk kentalkan hati mengharungi cabaran bisnes yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen
Samalah kita hehehe…
Lps habis degree saya dan kawan saya duduk dekat KL dan menceburkan diri dalam bisnes MLM..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Tumpang duduk dekat rumah upline… sambil buat bisnes MLM, sambil buat kerja part time…
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Bila difikirkan balik.. semuanya hanya tinggal kenangan… rakan seperjuangan saya pada ketika itu sekarang ni sedang mengetuai satu organisasi keusahawanan besar di Sarawak..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
ternyata dengan usaha MLM pun jika ditekuni bisa berjaya ya bang,,
tapi memang sangat sulit untuk mencari anggota2 baru supaya bisa cepat naik.
Terima kasih di atas 5 tips yang diberikan untuk menjadi usahawan MLM yang berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Sebenarnya ramai usahawan MLM yang telah berjaya… Rahsianya adalah dengan memberi nilai tambah dalam kehidupan orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Bila sebut MLM… baru saya teringat..
Baru-baru ni saya ada baca sebuah ebook bertajuk “Sorry bos saya terpaksa berhenti kerja”
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
ebook tersebut mengisahkan tentang seorang engineer yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah menceburkan diri dalam bisnes MLM selama 4 bulan..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Semasa beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja, pada ketika itu pendapatan yg diperolehi melalui MLM baru 1/4 daripada gaji beliau sebagai seorang engineer..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Tapi beliau nekad untuk berhenti kerja disebabkan beliau nampak perjalanan bisnes yang beliau ceburi mempunyai masa depan..
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Disamping sokongan dan galakan yang diberikan oleh suami tercinta untuk melihat beliau berjaya dalam bidang perniagaan.
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Kisah kejayaan engineer ni terus mendapat liputan akhbar dan media.. selepas team Richworks menemuramah suami beliau
Curahan rasa anuar @ ..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
Comments are closed.