Beza Sendiri, Bercinta, Bertunang, Berkahwin …Bermadu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sendiri, bercinta, bertunang, berkahwin dan bermadu apa bezanya? Tajuk ni memang dah lama berlegar-legar dalam benak hati ini untuk dibincangkan. Mungkin apa yang aku fikirkan tidak sealiran dengan apa yang majoriti amal dan fikirkan. Mungkin disini menjadi ruang untuk kita memberi pandangan untuk kita fikirkan.

1. Bersendiri : Memanglah best tiada siapa yang nak control jadi kita boleh buat pilihan tanpa perlu merujuk pada orang lain kecuali Ibubapa. Tapi kekadang rasa sepi bila bersendirian terlalu lama sesekali bolehlah. Sangat digalakkan kepada suami dan isteri sesekali bersendirian muhasabah diri untuk menilai pencapaian hidup.

2. Bercinta : Alam penuh khayalan. Zaman percintaan aku mudah sahaja antara kami bebas untuk keluar dengan siapa bila masa yang perlu hanya maklumkan sahaja. Aku tidak percaya dengan budaya berkepit sana sini setiap masa ketika bercinta seperti tiada dunia lain dalam hidup ini sehingga kawan-kawan pun dilupakan.

3. Bertunang : Waktu yang paling mencabar kerana berbagai bisikan akan kita dengar di telinga hingga kita menjadi was was dengan keputusan yang kita buat. Adakah ini pasangan yang sesuai dengan kita? Sebab tu kalau nak bertunang jangan lama sangat paling paling pun 6 bulan sahaja.

4. Berkahwin : Mudah sangat nak kenal suami isteri kalau jawab call pun macam tak ada mood je terutama suami, bila pergi shopping sorang depan sorang belakang. Masa bercinta kalau berjalan tu ada batu kecil pun dialihkan.  Masa bercinta dulu sms setiap saat sekarang satu sehari pun susah.  Sepatutnya masa inilah nak berkepit siang malam bukan masa bercinta.

5. Bermadu : Belum ada pengalaman … ada yang nak tolong cerita ke???

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu: “Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya.”

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: “Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati lelaki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya.”

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini

Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini

Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]


Spread the love

426 Comments

    1. Cinta boleh menjadi suatu penjara yg lebih teruk daripada alam perkahwinan walaupun sebenarnya tiada ikatan… ruginya masa yang kita buang untuk menghambakan diri dengan cinta yg belum tentu penghujungnya.

  1. semua ada kelebihannya baik bersendiri,bercinta,bertunang,berkahwin mahupun bermadu yg menjadikan hidup itu indah macamana kita menjalani dengan manafaat dan penuh syukur terhadap allah yg maha esa.

  2. Sejenak tafakur dalam kehingan……..
    Memaknai arti hidup dalam seraingkaian khilaf dan dosa…..
    Lisan kadang tak terjaga,….
    Jannikadang terabaikan,……
    Hati kadang berprasangka,….
    Sikap kadang menyakitkan,…..
    Harapan ini akan menjadi indah…..
    Jika maaf & silahturrahim ada diantara kita.
    Selamat menempuh bulan suci Ramadhan 1431 Hijriah.
    Mohon maaf lahir dan batin.
    Semoga Allah selalu memberikan
    Taufiq, Hidayah, Maghfirah dan Ridho-Nya untuk kita semua.
    Amiiiii….n !
    Curahan rasa Eyangresi313 @ ..DATANGNYA WAKTU UNTUK KEMBALIMy Profile

  3. salam…hehe baru nak bc…

    sy masih bujang…emm hidup bujang yang bestnye satu je..bebas tanpa kawalasn tp masih di bwh pemerhatian mak ayah, then tak yah nk pk masalah hal rumah tangga..

    pengalaman bertunang sy sudah masuk kali kedua…semoga pertunangan ini kekal hingga ke jinjng pelamin..memang byk dugaan…masih igt pertunangan yg pertama, hampir cecah 2 thun tapi putus demi kehendak family…alasan?? biar lah rahsia…

    dan untuk pertunangan kedua ini..family sudah sepakat untuk sekejp sj..paling lama 6buln..insya-allah hujung tahun kami akan disatukan..

    cume beza untuk kali ini, kami jarang berjumpe..namun itu yg terbaik buat kami…

    pengalaman kawen masih belum ada..dan bermadu sy bukan tidak mahu tp sy takut untuk mengelak perasaan cembruu dan saya takut suami tidak dpt berlaku adil…=)
    Curahan rasa cikgufarha @ ..Perancangan Allah Yang Kita Tidak TahuMy Profile

  4. Salam,best jadi single,tapi kalau dah nikah 2 tanggungjawab amat berat :).Tanggungjawab bukan pada bibir mulut,kadang2 kita rasa ilmu agama dah cukup bagi kat anak,anda terlepas pandang jugak,heheh :).
    Curahan rasa AyieBlog @ ..Aku Dilamar Nikah Free!!My Profile

  5. 1. Ttg bersendiri(membujang) ia tak digalakkan dlm islam. Malah seorg sahabat Nabi s.a.w pernah mengungkapkan” jika usiaku berbaki 3 hari nescaya aku akan berkahwin, kerana aku malu menemui Tuhanku dlm keadaan bujang.”

    2. Ttg kawhin, ia sunnah bagi org islam. ITU hukum secara umum, sebab lebih terperinci ia amat bergantung kepada individu yg ingin berkahwin. kekadang, jatuh haram hukum kahwin atas sebab2 trtentu. Contohnya pesakit HIV( kecuali jika kedua2 bersetuju dan mengambil langkah pencegahan jangkitan kpd anak2)

    3. Ttg bermadu, ia sunnah yg sering disalhfahami. dislahfahmai dan dislahgunakan oleh pengamalnya. disalhfahami oleh aktivis feminisme spt sister in islam.

    sekadar pandangan dari saya.
    Curahan rasa shameel @ ..JaNgAn JaDi KeCuNdAnGMy Profile

    1. semua kalau disalah tafsir mmg lah jadi salah, sebenarnya semuanya indah indah belaka termasuk bermadu, cuma jalan dan cara kena betul… ramai yg hidup bermadu lebih bahagia dari yang tidak……apa2 pun jiwa kena lah selalu indah
      Curahan rasa indahjiwa @ ..Doa Jika Diri BuntuMy Profile

    1. memang banyak sunggu gangguan masa bertunang ni sebab tu tak boleh lama-lama dan satu lagi bila nak bertunang macam dah ada lesen boleh angkut sana-sini sampai terangkut sekali…bahaya tu…

  6. 1 sampai 5, aku dah melaluinya… memang setiap satu ada perbezaannya dan setiap satu itu juga ada keseronokan dan hikmah yang tersendiri….yang penting bagaimana dan macamana kita mengatur setiap satu yang kita lalui itu….. setiap yang berlaku ada alasan tersendiri…. Alhamdulillah AKU BAHAGIA hingga KINI
    Curahan rasa indahjiwa @ ..Doa Jika Diri BuntuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!