Beza Sendiri, Bercinta, Bertunang, Berkahwin …Bermadu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sendiri, bercinta, bertunang, berkahwin dan bermadu apa bezanya? Tajuk ni memang dah lama berlegar-legar dalam benak hati ini untuk dibincangkan. Mungkin apa yang aku fikirkan tidak sealiran dengan apa yang majoriti amal dan fikirkan. Mungkin disini menjadi ruang untuk kita memberi pandangan untuk kita fikirkan.

1. Bersendiri : Memanglah best tiada siapa yang nak control jadi kita boleh buat pilihan tanpa perlu merujuk pada orang lain kecuali Ibubapa. Tapi kekadang rasa sepi bila bersendirian terlalu lama sesekali bolehlah. Sangat digalakkan kepada suami dan isteri sesekali bersendirian muhasabah diri untuk menilai pencapaian hidup.

2. Bercinta : Alam penuh khayalan. Zaman percintaan aku mudah sahaja antara kami bebas untuk keluar dengan siapa bila masa yang perlu hanya maklumkan sahaja. Aku tidak percaya dengan budaya berkepit sana sini setiap masa ketika bercinta seperti tiada dunia lain dalam hidup ini sehingga kawan-kawan pun dilupakan.

3. Bertunang : Waktu yang paling mencabar kerana berbagai bisikan akan kita dengar di telinga hingga kita menjadi was was dengan keputusan yang kita buat. Adakah ini pasangan yang sesuai dengan kita? Sebab tu kalau nak bertunang jangan lama sangat paling paling pun 6 bulan sahaja.

4. Berkahwin : Mudah sangat nak kenal suami isteri kalau jawab call pun macam tak ada mood je terutama suami, bila pergi shopping sorang depan sorang belakang. Masa bercinta kalau berjalan tu ada batu kecil pun dialihkan.  Masa bercinta dulu sms setiap saat sekarang satu sehari pun susah.  Sepatutnya masa inilah nak berkepit siang malam bukan masa bercinta.

5. Bermadu : Belum ada pengalaman … ada yang nak tolong cerita ke???

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu: “Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya.”

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: “Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati lelaki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya.”

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini

Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini

Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]


Spread the love

426 Comments

    1. Aik, hans dah tukar nama ker ni? Memang single tu senang sebab tiada yang nak dikawal dan tiada yang mengawal kita. cuma kesunyian la jawabnya.
      Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

        1. Yer la.. kita dah berjanji nak hidup dengan pasangan kita sampai mati, mesti la kena setia.. tu la, sebelum kahwin, kena pastikan samada dia tu betul2 untuk kita ker macam mana.
          Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

  1. ermm memang banyak beza…
    1. setuju dgn DH..bersendiri membuatkan kita cuba menghargai saat2 kebersamaan
    2. bercinta semua manis.. kentut pun wangieee huhu
    3. bertunang..setuju gak ngan DH, time tunang sikit2 merajuk nk putus..:-p
    4. berkahwin… ermmm ssh nk ckp, sbb semua pun dah berubah, yg dulu kentut wangieee….dah kawin tak kentut pun dikata kentut..walhal bau dr luar ekekekek (cerita member opis nihhh) hampeh btl kan …
    5. errmm blm ada pengalaman tp mcm ada potensi hadoiiiiiii…. tp sebaiknya si suami berlaku adil baik pd isteri tua ataupun isteri muda.kalau jd yg muda, jgn la demand sgt..sedar2 diri tu dah tumpang kasih.. dpt bimbingan agama, makan pakai cukup pun da memadai…soal s**s bukan keutamaan..
    Curahan rasa tpinky @ ..Ramadhan Al-MubarakMy Profile

  2. setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin.

    1. Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

    1. setuju ngan zuriey..
      biasanya lelaki.. time b’cinta sibuk nak pegang tangan kalau jalan bersama.. tp bila dah kawin automatik berubah, apa lg kalau dah ada anak..kdg2 pelik juga walhal bila da kawin kan halal dah nk buat mcm tu huhuhu….konpius btl la
      Curahan rasa tpinky @ ..Ramadhan Al-MubarakMy Profile

      1. tidak payah konpius tu.. memang semua pun macam tu juga.. time dah beranak pinak pulak dah jadi malu2 berpegang tangan.. padahal sebelum kahwin, tidak malu..
        Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

    2. tu la.. time nak berkenal2 tu la harus mencari yang terbaik punya.. biar satu kepala dengan kita.. baru la tambah sayang lepas kahwin.. (macam berpengalaman pulak ni.. hehe)
      Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

  3. kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”

    1. kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah SWT.

          1. Itu makanya sebelum ada komitment harus kita kembara dulu, lihat2 negara orang lain. kalau sudah berkomitmen, susah sikit namun tidak mustahil khan
            Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

      1. steward;
        biasanya lelaki jarang sekali setia pada yg satu… tp bukan semua la. for me, bukan soal setia..cuma ada yg jenis kasih syg nya mencurah2 sampai kena cri tempat lain pula huhuh
        Curahan rasa tpinky @ ..Ramadhan Al-MubarakMy Profile

          1. hahahha lawak meh? i mean is, kdg2 lelaki ni tak mau share dgn wife apa yg ada dlm hati…mereka lebih suka memilih kawan utk meluahkan perasaan..biasanya kawan perempuan…jd bila dah sllu sgt meluah… jd la skandal la, itu la ini la… (bkn semua) segelintirrr….. good lah kalau blh fikir utk setia
            Curahan rasa tpinky @ ..Ramadhan Al-MubarakMy Profile

          2. Yer la.. mungkin lagi comfortable kalau dia luahkan kepada rakan dia berbanding dengan isteri dia sendiri… Isteri dia sibuk buat kerja rumah mungkin tu sampai tidak terlayan2.. heheh
            Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

  4. Wa.. ini fasa kehidupan la ni yah? hehe. Masih bersendirian juga ni.. agak bagus juga bersendirian, seperti kata bro, semua keputusan kita yang buat.. kalau yang sukar pun mesti ada campurtangan keluarga.
    Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

      1. Kebetulan mampir disini pagi ni.. biasanya lewat pagi baru datang.. hari ni rajin sikit. hehe. Pagi Bang Iwan, bro DH, warga Indonesia dan Malaysia..Salam 1Dunia..
        Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

        1. Aku nak kongsi sebuah petuah: Jangan pernah percaya pada ucapan manis wanita, kerana wanita mempunyai dua mulut yang dapat membuatmu terpikat dan tersepit dalam dusta. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan pujuk rayu lelaki, kerana lelaki mempunyai dua kepala yang selalu mencari alasan untuk berdusta.

          1. Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk memcuit segala keburukkan dalam memperoleh kecantikan.

          2. “Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk memcuit segala keburukkan dalam memperoleh kecantikan.”

            Memang benar sangat kata2 Bang Iwan ni. Semuanya terlindung disebaliknya.
            Curahan rasa Steward John @ ..Winner of Harvest Festival Contest 2010My Profile

        1. Kita hidup di zaman yang dipenuhi dengan kefasadan dan keruntuhan moral. Peluang untuk melakukan dosa di bumi Allah ini jauh lebih banyak daripada peluang untuk menghindarinya.

        2. Ruang-ruang di media sentiasa diwarnai dengan warna nafsu dan juga maksiat. Anak-anak mereka yang tinggal jauh dari pandangan, sedang mengecapi kebebasan yang tidak terbatas.

          1. Na, media massa memang selalu memamirkan benda macam ni.. nak dapatkan publisiti.. tapi manusia juga tidak pernah berhenti buat benda yang tidak baik.

          1. @Aura Pelupa: Bang Iwan dan bro Munir kayaknya sudah terpengaruh dengan dikit bahasa Malaysia.. lebih2 lagi bang Iwan, bahasa Malaysianya lagi bagus dari Bahasa Malaysia saya.. haha
            Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!