Sikap Yang Perlu Dicontohi Apabila Ditimpa Ujian Atau Musibah

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bagi orang-orang yang beriman segala musibah yang berlaku mempunyai hikmahnya. Musibah Covid-19 yang sedang merebak sekarang ini adalah satu amaran kecil dari Allah agar manusia kembali kepadaNya.

Apabila ia berlaku ke atas golongan kafirun maka ianya adalah bala. Adapun jika ia terkena juga ke atas orang beriman maka ianya adalah ujian daripada Allah untuk bersabar.

Ini adalah perkara dan sikap yang patut kita lakukan bila ditimpa wabak Covid-19 :

1. Dia bersabar dan tetap baik sangka kepada Allah SWT bahawa sesungguhnya ini bukan azab, melainkan ujian daripadaNya.

2. Dia tidak terlalu panik dan bimbang sebab yakin dengan penjagaan Allah SWT. Namun juga tidak sombong kerana apa pun boleh terjadi jika ALLAH berkehendak. Natijahnya dia sentiasa dalam keadaan berwaspada.

3. Dia menggunakan akalnya mencari jalan untuk tetap beribadah kepada Allah SWT walaupun berada di dalam rumah.

4. Tidak pentingkan diri sendiri. Penting diri dan ego pada waktu sekarang adalah musibah terbesar di kala musibah wabak ini sedang melanda.

Baca : Mencegah COVID-19 Merupakan Fardhu Ain

Maka wabak ini sebenarnya adalah peringatan jelas oleh Allah S.W.T kepada manusia agar kembali beriman kepada-Nya dan juga menuruti jalan agama-Nya yang sebenar.

Ia juga adalah salah satu daripada tanda-tanda hampirnya kiamat sebagaimana yang tercatat dalam banyak hadis-hadis sahih.

Sebelum terlambat, marilah kita memohon keampunan kepada Allah S.W.T serta diberi hidayah dan petunjuk. Tanda-tanda kiamat sebenarnya sudah hampir.

Moga kita semua terhindar dan terpelihara daripada bala, malapetaka dan bencana. Wallahua’lam. Jangan lupa share yee 🙂

Baca : ‘Ujian’ Yang Allah Beri Adalah Jalan Menuju Ke Syurga


Spread the love

2 Comments

  1. Musibah COVID-19 melanda seluruh dunia. Ujian terbesar yang dihadapi umat hari ini. Sabar dan waspada adalah sikap yang perlu dicontohi apabila ditimpa ujian. Harapan kita agar pandemik ini akan terus berlalu dan bermulanya norma bahari kehidupan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!