Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
thanks buat info & ilmunya ?
lam knal & semoga sukses selalu 1
Segala pekerjaan kalau tidak suka dengan apa yang kita kerjakan maka tidak akan membuahkan hasil, sebaliknya jika kita meyenangi pekerjaan tersebut insya Allah klita akan mendapatkan hasilnya.
Curahan rasa Obat Mioma Herbal @ ..Obat Mioma Herbal
jika sudah tahu jalan bisnis dan bisa bertahan maka mungkin bolehlah bekerja mandiri dan berhenti jadi pegawai atau bawahan
Curahan rasa smp3lembang @ ..Dukung Seruan untuk blokir Film Innocence of Muslims
Tak tahan kalau boss panggil F**k etc, kena cepat cepat cari kerja lain atau dapatkan pendapatan passive secepat mungkin dan sebanyak mungkin
Curahan rasa Rem @ ..Pintu Tercabut Dek Manusia
Betul tuh DH.. kami pun selalu tekankan to be kreatif dalam bisnis.. Always have options dan selalu create other options dalam memberikan kepelbagaian dalam perniagaan. thks share.
p/s: about masa, no komen coz terpulang pada usahawan itu sendiri. If smart schedule, banyak lah masa. Saya pun bersara pada usia muda dari dunia korporat, dan mengambil “masa” untuk mendapatkan masa yang diinginkan itu.
memang begitulah dunia bisnis, kl lagi untung bisa untung besar tapi kalo lagi sepi, ya begitulah, hanya saja saya sangat senang di dunia bisnis. tips untuk menyimpan uang selama satu tahun kedepan saya rasa bagus juga untuk persiapan.
Curahan rasa joni @ ..Jaket bandung online #06
best nya kalau kaya..apa-apapun, banyak mana wang yang ada, pastikan rezeki yang berkat–sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan..dan yang penting, family first! 🙂
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Emma Maembong.
Saya pun berangan2 nak bersara awal, kena tunggu habis hutang rumah kot baru bersara.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Amin Berpuasa dan Berhari Raya
Bekerja apapun dan di manapun akan senang jika diniatkan untuk ibadah sehingga hasilnya barokah dan kita tetap on the right track.
Terima kasih pencerahannya
Salam hangat dari Surabaya
Curahan rasa Pakde Cholik @ ..Cara Memilih Kamera Bagi Pemula
kalau rezeki byk, teringin juga bersara awal nie..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
buat macam DH ‘hidup ini kan untuk memberi’ sebab hidup kita tak beberapa hari saja, jika ada rezeki lebih kita memberi kepada yang memerlukan, tak perlu himpun rezeki banyak banyak kemudian kita mati tinggalkan tanpa sebarang manafaat pun.
yang penting rezeki yang halal, jika kita tidak bolih menentukan untuk cara mendapatkan rezeki yang halal walhal kerja sekarang sememangnya halal tidak payah berhentilah, sebab masa sekarang ni pun hendak berniaga dengan cara yang lurus pun susah. nanti takut kita terjebak pula dengan perkara perkara yang mungkar sebab nak jadi kaya raya.
harap2 semua rezeki yg kita perolehi halal2..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
Kebanyakkan mereka ni ia tidak mahu ambil risiko, takut nanti yg dirancang tak menjadi. Nak buka bisnes, nak buat apa eh??? semuanya daha ada org lain yg buat kerja tu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Untuk BudakFelda -1ST Giveaways BudakFelda.Com
Bila bersara awal, segala masa dan tenaga perlu lebih lagi supaya utk jadi kaya sentiasa ada komitmen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Untuk BudakFelda -1ST Giveaways BudakFelda.Com
Yalah dlm pengkhidmatan awan ni byk kemudahan spt pinjaman perumahan, bonus tahunan, bonus raya, elaun tu, elaun ni, dpt duit pencen lagi bila bersara wajib, inu yg membuat ramai yang masih tak mahu bersara awal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Untuk BudakFelda -1ST Giveaways BudakFelda.Com
untung kepada yg bekerja sbg kakitangan awam..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
Comments are closed.