Benarkan penganut Kristian guna perkataan ALLAH

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini isu sensitif yang perlu dibahaskan mengikut fakta bukan emosi tetapi aku terpanggil untuk memaparkan di blog ini kerana bukan semua Rakyat Malaysia baca portal Malaysiakini.

Berikut sebahagian daripada petikan yang terdapat di Malaysiakini :

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. (artikel lengkap di SINI.)

Baitullah al haram - Sumber Google
Baitullah al haram – Sumber Google

Antara komen-komen pembaca :

Hasbullah Bin Osman : Ini bukan soal politik tetapi lebih kepada sensitiviti umat Islam dan agama Islam itu sendiri. DAP juga kena faham.

Mohd Harris Ahmad Jaal : Kalau nak translate, GOD = Tuhan, kenapa nak guna Allah? Kenapa tak nak guna nama tuhan/dewa lain???

Atheros Athlon Radeon : Bila mereka berdoa mereka kata oh jesus….jarang kita dengar dia kata oh Allah…pelik betul…kalau ada agenda disebaliknya baik tak payah bagi.

Ab Wahab Jusoh : Apakah nama sebenar tuhan bagi penganut kristian. Kenapa tidak sama antara satu negara dgn negara lain. Dalam Bible edisi Inggeris disebut sebagai LORD saja. Knpa di Indonesia diterjemah sebagai Allah. Balik kpd basiclah kirannya ai tidak ada kesan kpd penganut2nya.

Shazlan Anwar : Aku setuju, dengan syarat kitab tuh berbahasa Arab. Since kitab tuh bahasa Malaysia, kenapa tak guna ‘Tuhan’? Baru betul bahasa Malaysia. Kenapa insist guna ‘Allah’? Nampak sgt ada agenda untuk mengelirukan and ini yg org lain marah and tentang. Susah sgt nak faham ke?

Isu menggunakan nama ALLAH untuk penganut Kristian di Malaysia tidak pernah tamat cuma sesekali panas sesekali sejuk tetapi perjuangan tak pernah berhenti dan umat Islam juga tidak pernah berhenti menentang. Umat Islam Malaysia masih tidak boleh lupa bagaimana Hajjah Makcik Sitt Al-Wuzara menghina Baitullah Al Haram dan penghinaan-penghinaan Islam yang lain daripada berbagai pihak sebelah sana.

Secara peribadi aku memang tidak pernah akan setuju dengan permintaan ini kerana ianya pasti akan mengelirukan umat Islam terutama yang lemah Tauhidnya. Sudah ramai umat Islam termasuk ilmuan dari Madrasah dan Pelajar Lepasan Mengajian Tinggi daripada Universiti Islam yang terjerumus menjadi songsang inikan pula kita umat Islam yang biasa.

Pengalaman sendiri melihat pendemokrasian agama di Indonesia memberi kesan yang agak berat terhadap Islam. Penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di Indonesia sangat dimanafaatkan untuk mempengaruhi umat Islam terutama yang kurang ilmunya. Mohon maaf kepada Blogger Indonesia sekira pendapat peribadi aku ini terlalu sensitif dah tidak benar tetapi sekiranya benar mungkin boleh dikongsikan permasalahan untuk pengajaran umat Islam di Malaysia.

Ulasan oleh Ustaz Efendi, Mudir Madrasah An Nuur, Muar : Apa yang Noehas ingin sampaikan di sini ialah kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa Allah pasti memelihara AgamaNya dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan mengalahkan perancangan para kuffar, ini adalah akidah kerana ia disebut dalam Al-Quran. (artikel penuh di SINI)

Kita selalu sahaja memberi apa yang mereka inginkan tetapi soalnya mampukah mereka memberi apabila kita meminta??

PERINGATAN: Denaihati tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Denaihati. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab sendiri.


Spread the love

111 Comments

  1. ikut pula memberikan tanggapan akan hal ini, selaku umat muslim saya merasa seharusnya panggilamn tuhan untuk umat kristiani dengan kalimat ‘Allah” lebih di kaji lagi dari sejarahnya agar diketahui mengapa umat kristiani juga mem=nyebut tuhannya hampir sama dengan umat muslim
    Curahan rasa blog kesehatan @ ..Obat Tradisional Untuk Sembuhkan GondokMy Profile

    1. Kurang berpengetahuan dalam setiap istilah..penyebab timbulnya tanggapan-tanggapan serta pendapat yang tidak bernas…perkara sebeginilah kalau kita tengok yang terjadi dunia sekarang… kurangnya pendedahan terhadap agama masing-masing…agama sendiri tidak terjaga tetapi agama orang lain mahu dijaga???…Seperti ibu yang menyusukan orang hutan di rimba anak sendiri terbiar di rumah…..

    1. Pada sahabat jiran kita…boleh sahaja berkomentar disini…kita sama-sama berbahagi pendapat ya…kita negara sejiran dan serumpun…terutamanya pada LAMAN TUAN Denaihati…..

  2. Mereka memang tidak pernah diam utk mengelirukan ummat Islam. Firman Allah yg bermaksud “Tidak akan redha org2 Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikuti cara hidup mereka” Maaf tak ingat surah mana. Tapi inilah menjadi pedoman spy tidk terjebak dgn pkr2 berbentuk Kristianisasi ini. Wallahu a’lam Bissowab. Yang tak Arif lagi bijaksana, Ieta
    Curahan rasa ieta @ ..TAKDE ENTRI LAGI…My Profile

    1. Itulah kaum-kaum nasrani yang sejak dari nenek moyang lagi hingga bercucu-cicit generasi tidak akan berpaling untuk secara halusi menyesatkan orang islam…….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!