Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini isu sensitif yang perlu dibahaskan mengikut fakta bukan emosi tetapi aku terpanggil untuk memaparkan di blog ini kerana bukan semua Rakyat Malaysia baca portal Malaysiakini.
Berikut sebahagian daripada petikan yang terdapat di Malaysiakini :
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah‘ dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. (artikel lengkap di SINI.)
Antara komen-komen pembaca :
Hasbullah Bin Osman : Ini bukan soal politik tetapi lebih kepada sensitiviti umat Islam dan agama Islam itu sendiri. DAP juga kena faham.
Mohd Harris Ahmad Jaal : Kalau nak translate, GOD = Tuhan, kenapa nak guna Allah? Kenapa tak nak guna nama tuhan/dewa lain???
Atheros Athlon Radeon : Bila mereka berdoa mereka kata oh jesus….jarang kita dengar dia kata oh Allah…pelik betul…kalau ada agenda disebaliknya baik tak payah bagi.
Ab Wahab Jusoh : Apakah nama sebenar tuhan bagi penganut kristian. Kenapa tidak sama antara satu negara dgn negara lain. Dalam Bible edisi Inggeris disebut sebagai LORD saja. Knpa di Indonesia diterjemah sebagai Allah. Balik kpd basiclah kirannya ai tidak ada kesan kpd penganut2nya.
Shazlan Anwar : Aku setuju, dengan syarat kitab tuh berbahasa Arab. Since kitab tuh bahasa Malaysia, kenapa tak guna ‘Tuhan’? Baru betul bahasa Malaysia. Kenapa insist guna ‘Allah’? Nampak sgt ada agenda untuk mengelirukan and ini yg org lain marah and tentang. Susah sgt nak faham ke?
Isu menggunakan nama ALLAH untuk penganut Kristian di Malaysia tidak pernah tamat cuma sesekali panas sesekali sejuk tetapi perjuangan tak pernah berhenti dan umat Islam juga tidak pernah berhenti menentang. Umat Islam Malaysia masih tidak boleh lupa bagaimana Hajjah Makcik Sitt Al-Wuzara menghina Baitullah Al Haram dan penghinaan-penghinaan Islam yang lain daripada berbagai pihak sebelah sana.
Secara peribadi aku memang tidak pernah akan setuju dengan permintaan ini kerana ianya pasti akan mengelirukan umat Islam terutama yang lemah Tauhidnya. Sudah ramai umat Islam termasuk ilmuan dari Madrasah dan Pelajar Lepasan Mengajian Tinggi daripada Universiti Islam yang terjerumus menjadi songsang inikan pula kita umat Islam yang biasa.
Pengalaman sendiri melihat pendemokrasian agama di Indonesia memberi kesan yang agak berat terhadap Islam. Penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di Indonesia sangat dimanafaatkan untuk mempengaruhi umat Islam terutama yang kurang ilmunya. Mohon maaf kepada Blogger Indonesia sekira pendapat peribadi aku ini terlalu sensitif dah tidak benar tetapi sekiranya benar mungkin boleh dikongsikan permasalahan untuk pengajaran umat Islam di Malaysia.
Ulasan oleh Ustaz Efendi, Mudir Madrasah An Nuur, Muar : Apa yang Noehas ingin sampaikan di sini ialah kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa Allah pasti memelihara AgamaNya dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan mengalahkan perancangan para kuffar, ini adalah akidah kerana ia disebut dalam Al-Quran. (artikel penuh di SINI)
Kita selalu sahaja memberi apa yang mereka inginkan tetapi soalnya mampukah mereka memberi apabila kita meminta??
PERINGATAN: Denaihati tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Denaihati. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab sendiri.
111 Comments
dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah dan janganlah engkau bercerai berai
kita bimbang apa yang terjadi di singapura akan terjadi di sini pulak, sejarah telah menunjukkan bahawa Lee Kuan Yew sebenarnya merancang untuk bersatu dgn malaysia bukan untuk kemerdekaan tetapi sebagai alasan untuk tidak dijadikan sebagai tanah jajahan seperti Hong Kong …sebab itu beliau menimbulkan pelbagai isu apabila terjadi pembentukan malaysia supaya kabinet malaysia terpaksa memisahkan singapura dari malaysia …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
selepas perpisahan LKY telah mula2 sekali memperkenalkan ISA dll ( undang2 drakonian ) untuk menghalang wujudnya pihak pembangkang di singapura…
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
dan sebagaimana yang dijangka LKY kemudiannya terus berusaha menjadikan singapura sebagai negara cina dengan mengimport pendatang cina dari china dan negara lain…dengan sendirinya orang melayu, india dll menjadi semakin berkurangan jumlahnya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
selepas itu segala legacy bangsa2 lain terus dihilangkan kununnya atas nama pembangunan ..tetapi simbol2 kecinaan di kembangkan supaya kelihatan singapura seperti asalnya adalah cina …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
dan dalam masa yg sama singapura mengadu dombakan suasana politik di malaysia dan indonesia supaya rakyat di kedua2 negara tersebut bergaduh sesama sendiri dan ini memberi peluang kepada singapura untuk menonjolkan diri sebagai negara maju …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
modus operandi inilah yg sedang dijalankan oleh DAP di malaysia dgn bantuan PAP di singapura ….sebab itu mereka menentang keras gagasan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ….mereka membiarkan PAS dan UMNO bertelagah tetapi dalam masa yang sama mereka mengumpulkan kekuatan orang cina supaya bersatu di bawah DAP demi untuk memegang tampuk pemerintahan malaysia selepas pru13 nanti ….malangnya ramai orang melayu terjatuh kali ke dua ke dalam lubang yang sama …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
isu penggunaan kalimah Allah adalah untuk menunjukkan kepada penganut kristian sedunia supaya menyokong DAP ..dan dalam masa sama PAS dan UMNO terus bercakaran …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
kalu nak bergantung dengan info di tv semata-mata mungkin kita akan cepat melatah.Macam kata shbt kita tadi, isu nie dah lama & kita jgn tepu. Secara realitinya bukan shj kalimah Allah di mainkan di bibir mereka, malahan Syukur Alhamdulillah & Astaghfirullahalazim. Fikir2kan…
Curahan rasa zack @ ..AES
Mungkin dah tiba masanya kita meningkatkan dakwah dan bersama-sama berdoa agar mereka terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Sesetengah diaorang nie ada yang free thinker walaupun mengaku beragama kristian.
Curahan rasa zack @ ..AES
masing-masing ada pendapat sendiri..
Curahan rasa khairil @ ..Suasana Ibu Pejabat Google Di London Yang Unik Dan Kreatif (14 Gambar)
Benda ini ada pro dan kontranya yang tersendiri dan setiap orang ada pandangan masing-masing bergantung pada latar belakangnya. Jadi, pandai-pandailah kita jadi penilai yang bijak.
Curahan rasa albaihaqie @ ..Letupan Muzik Islamik
Ghaswul Fikri yang luar biasa untuk mengelirukan
Curahan rasa munir ardi @ ..SMS Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
apa yang aku nampak, adanya agenda lain. sengaja ingin mengelirukan dan menarik umat islam untuk memasuki kristian. dengan kata lain, memurtadkan orang islam.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Blog Popular Malaysia 2012
Kerajaan Malaysia punya kuasa untuk memelihara Islam. Jadi kenalah guna kuasa yang diberikan untuk kesejahteraan umat.
semoga kita ditetapkan dijalan yang benar
Curahan rasa penowo @ ..Penghasilan Tambahan dari Youtube
dalam keadaan tak sebut perkataan Allah pun umat Islam negara ini dah terlalu banyak yang keliru, kalau dibenarkan tak tahulah apa nak jadi…
Curahan rasa lensablogger @ ..Doa Elak Kemalangan Dalam Perjalanan
Saya ada terdengar ceramah ust kazim rasanya, pasal kalimah Allah ni. katanya kita kena pertahankan sebab kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Wallahualam
Curahan rasa Lizz @ ..Video Amalan Penarik Rezeki
Ustaz Zaharuddin (UZAR) ada mengulas isu ini dengan begitu baik di laman sini. Boleh kita sama2 baca dan fahami dgn jelas di entri ini,
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/910-nama-allah-ekslusif-atau-tidak–hukum-asal-dakwah-a-siyasah.html
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Ciri Suami Idaman
Tqvm hafizmd…
Maklumat yang berguna…untuk pencerahan dan kekeliruan…
Curahan rasa hisham @ ..Doa Buat Denaihati
Risau….. takut akan wujud kekeliruan nnt… Setuju dgn pendapat tuan DH.. Sedangkan yg ilmu tinggi boleh terpesong inikan pula mereka yg cetek ilmunya…
Curahan rasa AmiRini @ ..Family Get – A – Way Part 2
Assalam, apa kes lagi nie… perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan… kita kena pertahankan kesucian Islam itu sendiri…
Curahan rasa Noorikmal @ ..12 Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Dan Nur Eilunie Natasha (Leuniey)
Sama2 kita perbaiki diri. Semoga Islam itu semakin kuat bila kita bersatu dan kuat…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Ciri Suami Idaman
Benar sekali sahabat hafizmd…mari kita satukan langkan untuk menjaga Islam ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Vote Blog Pilihan iPhone 5 Gadget Impian
Siapa lagi yang membela Islam kalau bukan penganutnya sendiri
Curahan rasa munir ardi @ ..Memberi dan Menerima dalam dunia Blog
Comments are closed.