Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini isu sensitif yang perlu dibahaskan mengikut fakta bukan emosi tetapi aku terpanggil untuk memaparkan di blog ini kerana bukan semua Rakyat Malaysia baca portal Malaysiakini.
Berikut sebahagian daripada petikan yang terdapat di Malaysiakini :
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah‘ dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. (artikel lengkap di SINI.)
Antara komen-komen pembaca :
Hasbullah Bin Osman : Ini bukan soal politik tetapi lebih kepada sensitiviti umat Islam dan agama Islam itu sendiri. DAP juga kena faham.
Mohd Harris Ahmad Jaal : Kalau nak translate, GOD = Tuhan, kenapa nak guna Allah? Kenapa tak nak guna nama tuhan/dewa lain???
Atheros Athlon Radeon : Bila mereka berdoa mereka kata oh jesus….jarang kita dengar dia kata oh Allah…pelik betul…kalau ada agenda disebaliknya baik tak payah bagi.
Ab Wahab Jusoh : Apakah nama sebenar tuhan bagi penganut kristian. Kenapa tidak sama antara satu negara dgn negara lain. Dalam Bible edisi Inggeris disebut sebagai LORD saja. Knpa di Indonesia diterjemah sebagai Allah. Balik kpd basiclah kirannya ai tidak ada kesan kpd penganut2nya.
Shazlan Anwar : Aku setuju, dengan syarat kitab tuh berbahasa Arab. Since kitab tuh bahasa Malaysia, kenapa tak guna ‘Tuhan’? Baru betul bahasa Malaysia. Kenapa insist guna ‘Allah’? Nampak sgt ada agenda untuk mengelirukan and ini yg org lain marah and tentang. Susah sgt nak faham ke?
Isu menggunakan nama ALLAH untuk penganut Kristian di Malaysia tidak pernah tamat cuma sesekali panas sesekali sejuk tetapi perjuangan tak pernah berhenti dan umat Islam juga tidak pernah berhenti menentang. Umat Islam Malaysia masih tidak boleh lupa bagaimana Hajjah Makcik Sitt Al-Wuzara menghina Baitullah Al Haram dan penghinaan-penghinaan Islam yang lain daripada berbagai pihak sebelah sana.
Secara peribadi aku memang tidak pernah akan setuju dengan permintaan ini kerana ianya pasti akan mengelirukan umat Islam terutama yang lemah Tauhidnya. Sudah ramai umat Islam termasuk ilmuan dari Madrasah dan Pelajar Lepasan Mengajian Tinggi daripada Universiti Islam yang terjerumus menjadi songsang inikan pula kita umat Islam yang biasa.
Pengalaman sendiri melihat pendemokrasian agama di Indonesia memberi kesan yang agak berat terhadap Islam. Penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di Indonesia sangat dimanafaatkan untuk mempengaruhi umat Islam terutama yang kurang ilmunya. Mohon maaf kepada Blogger Indonesia sekira pendapat peribadi aku ini terlalu sensitif dah tidak benar tetapi sekiranya benar mungkin boleh dikongsikan permasalahan untuk pengajaran umat Islam di Malaysia.
Ulasan oleh Ustaz Efendi, Mudir Madrasah An Nuur, Muar : Apa yang Noehas ingin sampaikan di sini ialah kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa Allah pasti memelihara AgamaNya dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan mengalahkan perancangan para kuffar, ini adalah akidah kerana ia disebut dalam Al-Quran. (artikel penuh di SINI)
Kita selalu sahaja memberi apa yang mereka inginkan tetapi soalnya mampukah mereka memberi apabila kita meminta??
PERINGATAN: Denaihati tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Denaihati. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab sendiri.
111 Comments
mereka ini sengaja hendak melaga-lagakan umat islam dgn menimbulkan isu2 sebegini
Masalah islam, kristen, dan yahudi kayaknya tak kan pernah habis hingga hari kiamat. Ini munglin sebuah ujian yang harus disikapi secara bijak
Curahan rasa Julidarma @ ..Three Ways To Fight Diabetes Without Drugs
Macam-macam permintaan pembangkang yang tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Dah nak dekat election ni makin mengarut lak isu diorang ni.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Worldless Wednesday | Kenapa Lelaki Menipu ?
Yang Hajjah tu nyer kes memang menyakitkan hati.. rasa nak penampar je
Curahan rasa halif @ ..Kenapa aku nak masuk bloglist Abang Ensem tahun 2013
Agenda yang tersebut oleh mereka ..
Curahan rasa Mazuhan @ ..Kesihatan Seksual dan Masalah Mati Pucuk
Melayu dan Islam adalah seiring …jika salah satu lemah maka lemahlah yang lagi satu …cara puak2 ni adalah memecah belahkan samada Melayu atau Islam …bila salah satunya lemah ..maka akan tertunailah misi mereka
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 21 )
byk yang kerajaan dah beri kepada puak2 ni tetapi umpama peribahasa ..beri betis nak paha lagaknya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 21 )
kalau semua dia nak ..apa yg tinggal untuk kita ?
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 21 )
Dekat dgn election.. DAP cuma bangkitkan utk raih undi Kristian Evanglist yg makin ramai dan kuat di semenanjung dan dalam DAP terutamanya. Ucapan tu tiada makna dalam ertikata sebenar kerana ia cuma ditujukan buat halwa telinga golongan tertentu shj. Same thing bila PAS, rakan mereka dlm PR memainkan isu Hudud, ia utk halwa telinga penyokong mereka sahaja. Politik bila sudah di campur aduk dgn agama akan mengundang masaalah.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..The Healthcare System and Cancer Treatment for the Elderly : A Follow Up
Berbalik kepada asas penubuhan negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya. Rasanya sudah cukup jelas kenapa kerajaan tidak boleh bersetuju dengan cadangan tersebut!
Curahan rasa anif @ ..Rokok Elektronik – Cerita Kedai Kopi
Untuk itu, rasanya jelas apa tindakan wajar yg kerajaan boleh lakukan…
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #27 Komisyen Pertama!
Kalau untuk masalah ini saya lebih memilih no comment sajalah..
Curahan rasa hybrid car @ ..The Growing Popularity of Hybrid SUVs
cubalah berpolitik tu jgn disentuh bab agama
Curahan rasa hairulafiz @ ..2012 Tahunku Yang Kacak
Sangat tidak relevan. Setelah bertahun-tahun baru kini hendak menggunakan nama Allah menggantikan nama Tuhan mereka. Tak perlu.
Ulasan yang penuh dengan tanggungjawab.
LGE suka sangat nak buat kontreversi…sudah pasti kerajaan BN tidak setuju…
Curahan rasa papa mifz @ ..Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik Ipar
diriku memang tak setuju sebab kang makin keliru jadinya terutama pada golongan yang cetek ilmu & mudah terpengaruh.hmmm
Curahan rasa arelan @ ..BeRaKHiRLaH suDaH
Ini memang sangat sensitif. Tapi satu hal yang tak bisa disangkal adalah umat kristiani menjalankan ajaran nabi isa yang sudah diubah oleh pemuka romawi
Curahan rasa Julidarma @ ..Three Ways To Fight Diabetes Without Drugs
Comments are closed.