Benarkan penganut Kristian guna perkataan ALLAH

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini isu sensitif yang perlu dibahaskan mengikut fakta bukan emosi tetapi aku terpanggil untuk memaparkan di blog ini kerana bukan semua Rakyat Malaysia baca portal Malaysiakini.

Berikut sebahagian daripada petikan yang terdapat di Malaysiakini :

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. (artikel lengkap di SINI.)

Baitullah al haram - Sumber Google
Baitullah al haram – Sumber Google

Antara komen-komen pembaca :

Hasbullah Bin Osman : Ini bukan soal politik tetapi lebih kepada sensitiviti umat Islam dan agama Islam itu sendiri. DAP juga kena faham.

Mohd Harris Ahmad Jaal : Kalau nak translate, GOD = Tuhan, kenapa nak guna Allah? Kenapa tak nak guna nama tuhan/dewa lain???

Atheros Athlon Radeon : Bila mereka berdoa mereka kata oh jesus….jarang kita dengar dia kata oh Allah…pelik betul…kalau ada agenda disebaliknya baik tak payah bagi.

Ab Wahab Jusoh : Apakah nama sebenar tuhan bagi penganut kristian. Kenapa tidak sama antara satu negara dgn negara lain. Dalam Bible edisi Inggeris disebut sebagai LORD saja. Knpa di Indonesia diterjemah sebagai Allah. Balik kpd basiclah kirannya ai tidak ada kesan kpd penganut2nya.

Shazlan Anwar : Aku setuju, dengan syarat kitab tuh berbahasa Arab. Since kitab tuh bahasa Malaysia, kenapa tak guna ‘Tuhan’? Baru betul bahasa Malaysia. Kenapa insist guna ‘Allah’? Nampak sgt ada agenda untuk mengelirukan and ini yg org lain marah and tentang. Susah sgt nak faham ke?

Isu menggunakan nama ALLAH untuk penganut Kristian di Malaysia tidak pernah tamat cuma sesekali panas sesekali sejuk tetapi perjuangan tak pernah berhenti dan umat Islam juga tidak pernah berhenti menentang. Umat Islam Malaysia masih tidak boleh lupa bagaimana Hajjah Makcik Sitt Al-Wuzara menghina Baitullah Al Haram dan penghinaan-penghinaan Islam yang lain daripada berbagai pihak sebelah sana.

Secara peribadi aku memang tidak pernah akan setuju dengan permintaan ini kerana ianya pasti akan mengelirukan umat Islam terutama yang lemah Tauhidnya. Sudah ramai umat Islam termasuk ilmuan dari Madrasah dan Pelajar Lepasan Mengajian Tinggi daripada Universiti Islam yang terjerumus menjadi songsang inikan pula kita umat Islam yang biasa.

Pengalaman sendiri melihat pendemokrasian agama di Indonesia memberi kesan yang agak berat terhadap Islam. Penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di Indonesia sangat dimanafaatkan untuk mempengaruhi umat Islam terutama yang kurang ilmunya. Mohon maaf kepada Blogger Indonesia sekira pendapat peribadi aku ini terlalu sensitif dah tidak benar tetapi sekiranya benar mungkin boleh dikongsikan permasalahan untuk pengajaran umat Islam di Malaysia.

Ulasan oleh Ustaz Efendi, Mudir Madrasah An Nuur, Muar : Apa yang Noehas ingin sampaikan di sini ialah kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa Allah pasti memelihara AgamaNya dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan mengalahkan perancangan para kuffar, ini adalah akidah kerana ia disebut dalam Al-Quran. (artikel penuh di SINI)

Kita selalu sahaja memberi apa yang mereka inginkan tetapi soalnya mampukah mereka memberi apabila kita meminta??

PERINGATAN: Denaihati tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Denaihati. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab sendiri.


Spread the love

111 Comments

  1. Kalau dah nama Allah tidak dpt pertahankan, apatah lagi kalau tentang negara. Lihat saja di Palestine, usahkan nak pertahankan nama Allah, nak pertahankan negara pun, tidak cukup kuat. Contohnya tentang penempatan haram zionis di bumi Palestine. Mereka sewenang-wenangnya membina rumah haram di tanah Palestine.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget ImpianMy Profile

  2. Jangan disebabkan tuntutan politik sampai menggadaikan maruah islam..kita dah sedia maklum Allah digunapakai untuk agama islam..tak perlu diberikan kebebasan kepada kristian untuk sama menggunakannya..ia hanya menimbulkan kecelaruan bagi golongan yang kurang didikan agama lantas berisiko tinggi untuk golongan itu murtad..maaf jika ayat yang seterusnya ini agak kasar..tapi realitinya, di indonesia pemimpinnya tidak peka dengan isu sensitiviti agama..sehinggakan ada yang beragama islam berkahwin dengan agama lain tanpa memeluk islam terlebih dahulu. Sekali lagi..maaf jika terkasar bahasa.
    Curahan rasa hafizrahim @ ..Bapak Borek Anak RintikMy Profile

  3. walaupun saya mempunyai rakan kristian, namun saya juga tidak bersetuju dengan permintaan ni, kerana ia sangat2 membuat orang akan salah faham.. lebih2 lagi anak2 muda yang longgar didikan agamanya, sudah tentu dia akan melihat yang Islam dan Kristian ni sama. Dan mungkin juga dia akan terpengaruh dan terus mengikut ajaran Kristian kerana mereka melihat Kristian dan Islam tiada beza.. Tuhan pun sama.

    kalau tak salah saya, orang Kristian memanggil Tuhan mereka Jesus dan juga LORD. jadi, kenapa tak menggunakan perkataan tu dalam bahasa melayu? generasi kita mungkin takkan terkeliru, tetapi macam mana pula dengan generasi akan datang? dan bagaimana pula dengan anak2 muda kita yang memang lemah pegangan agama dia? Kemungkinan mereka akan terkeliru dan mengikuti ajaran Kristian tu memang besar. Jadi, memang jangan sesekali kita membenarkan permintaan mereka itu diluluskan.. Tuhan agama Islam adalah satu. Dialah Allah S.W.T. Dialah Tuhan kami. Dia bukan tuhan orang Kristian.

    p/s kepada rakan yang beragama Kristian : maafkan aku ye jika pendapat aku ni menyinggung kalian, tetapi bab agama macam ni, aku tak boleh nak berlembut. Apatalagi agama Islam di Malaysia semakin hari semakin dipijak2 dan ditindas. bab agama aku harus mempertahankannya. walaupun aku bukan seorang imam masjid yang mempunyai iman yang kuat. Namun sebagai seorang yang beragama Islam, aku wajib mempertahankan agama tercinta aku ini. sekali lagi aku minta maaf.

  4. kat sekolah kita berikrar ‘kepercayaan kepada Tuhan’

    masing2 sedia maklum bahawa setiap individu ada agama dan kepercayaan yg berbeza, tapi tak ada masalah kerana tiada paksaan dalam agama Islam. Umat islam di malaysia respect kebebasan beragama. no harms ok. TAPI JANGANLAH sampai DAP meminta yg berlebihan kerana umum sedia maklum akan perbezaan agama tersebut.
    Curahan rasa sha @ ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!