Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini isu sensitif yang perlu dibahaskan mengikut fakta bukan emosi tetapi aku terpanggil untuk memaparkan di blog ini kerana bukan semua Rakyat Malaysia baca portal Malaysiakini.
Berikut sebahagian daripada petikan yang terdapat di Malaysiakini :
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah‘ dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. (artikel lengkap di SINI.)
Antara komen-komen pembaca :
Hasbullah Bin Osman : Ini bukan soal politik tetapi lebih kepada sensitiviti umat Islam dan agama Islam itu sendiri. DAP juga kena faham.
Mohd Harris Ahmad Jaal : Kalau nak translate, GOD = Tuhan, kenapa nak guna Allah? Kenapa tak nak guna nama tuhan/dewa lain???
Atheros Athlon Radeon : Bila mereka berdoa mereka kata oh jesus….jarang kita dengar dia kata oh Allah…pelik betul…kalau ada agenda disebaliknya baik tak payah bagi.
Ab Wahab Jusoh : Apakah nama sebenar tuhan bagi penganut kristian. Kenapa tidak sama antara satu negara dgn negara lain. Dalam Bible edisi Inggeris disebut sebagai LORD saja. Knpa di Indonesia diterjemah sebagai Allah. Balik kpd basiclah kirannya ai tidak ada kesan kpd penganut2nya.
Shazlan Anwar : Aku setuju, dengan syarat kitab tuh berbahasa Arab. Since kitab tuh bahasa Malaysia, kenapa tak guna ‘Tuhan’? Baru betul bahasa Malaysia. Kenapa insist guna ‘Allah’? Nampak sgt ada agenda untuk mengelirukan and ini yg org lain marah and tentang. Susah sgt nak faham ke?
Isu menggunakan nama ALLAH untuk penganut Kristian di Malaysia tidak pernah tamat cuma sesekali panas sesekali sejuk tetapi perjuangan tak pernah berhenti dan umat Islam juga tidak pernah berhenti menentang. Umat Islam Malaysia masih tidak boleh lupa bagaimana Hajjah Makcik Sitt Al-Wuzara menghina Baitullah Al Haram dan penghinaan-penghinaan Islam yang lain daripada berbagai pihak sebelah sana.
Secara peribadi aku memang tidak pernah akan setuju dengan permintaan ini kerana ianya pasti akan mengelirukan umat Islam terutama yang lemah Tauhidnya. Sudah ramai umat Islam termasuk ilmuan dari Madrasah dan Pelajar Lepasan Mengajian Tinggi daripada Universiti Islam yang terjerumus menjadi songsang inikan pula kita umat Islam yang biasa.
Pengalaman sendiri melihat pendemokrasian agama di Indonesia memberi kesan yang agak berat terhadap Islam. Penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian di Indonesia sangat dimanafaatkan untuk mempengaruhi umat Islam terutama yang kurang ilmunya. Mohon maaf kepada Blogger Indonesia sekira pendapat peribadi aku ini terlalu sensitif dah tidak benar tetapi sekiranya benar mungkin boleh dikongsikan permasalahan untuk pengajaran umat Islam di Malaysia.
Ulasan oleh Ustaz Efendi, Mudir Madrasah An Nuur, Muar : Apa yang Noehas ingin sampaikan di sini ialah kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa Allah pasti memelihara AgamaNya dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan mengalahkan perancangan para kuffar, ini adalah akidah kerana ia disebut dalam Al-Quran. (artikel penuh di SINI)
Kita selalu sahaja memberi apa yang mereka inginkan tetapi soalnya mampukah mereka memberi apabila kita meminta??
PERINGATAN: Denaihati tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Denaihati. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab sendiri.
111 Comments
Jangan mudah melatah, membantah berdegar2, dia org bertepuk tangan kerana 2 pihak melayu islam saling menyalahkan., dia orang cuma nak menduga kebijaksanaan kita menolak secara hikmah..
Curahan rasa aimaniman @ ..Earning Nuffnang 2012
Jadi apa pendirian anda menyokong atau membantah. Perbezaan pendapat dalam Islam sudah wujud lama dan akan berterusan sampai kiamat.
Soalan? dan jawapan? itu perlu ada…orang bertanya kita menyatakan jawapannya…seorang kristian bertanya kepada kita selaku islam sejati Siapa Tuhan Kamu? ape yang perlu kita berikan jawapanya? Tuhan dalam bahasa mak salleh ape?dalam Al-Quran ape? dalam bible ape? dari situ sudah ada kelirunyanya…lagi2 kepada yang kurang berpengetahuan……..
dlm bible ada ke sebut Allah?…
Curahan rasa lensablogger @ ..Homestay Ungu Di Teluk Batik, Kelainan Yang Menarik
aku rasa dia cuma nak dapatkan political mileage saja ni … boleh review komentar terutama Zul Nordin, Hassan Ali tentang misionari Kristian ni ..
Curahan rasa Bro Yusri @ ..KRIS – Tiara
sikap kita orang Melayu memang terlalu bertolak ansur dengan orang lain hingga tergadai byk benda …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..KRIS – Tiara
benda macam ni …dah senyap dah dulu ..kita serahkan kepada pihak mufti, jakim & sultan utk selesaikannya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..KRIS – Tiara
inilah hasil dakwah yang PAS berikan kepada puak2 DAP ni … hancusss ..
Curahan rasa Bro Yusri @ ..KRIS – Tiara
harus pandai menyikapi agar tidak terjadi kekacauan,,
Curahan rasa penowo @ ..Penghasilan Tambahan dari Youtube
KAlau di sini mereka tidak memakai Allah tapi menyebut Alah
Curahan rasa munir ardi @ ..Profil Olivia Culpo Miss Universe 2012
Kebenaran hanyalah milik Allah…
Bila ada yang coba-coba usik Islam dengan hal-hal yang berbau akidah ini harus dilaraskan dan dibenarkan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mengatasi Kesusahan Hidup
Asyik minta macam2, tapi bila kita minta jangan haraplah mereka memberi
Curahan rasa Kodet @ ..Bila Dajjal Turun Ke Bumi
mantap:D
artikel yang bagus
Curahan rasa Pascalmatlab @ ..Penjelasan Tentang Pemilihan (If-Then) dalam Pemrograman Pascal
aku membantah keras!
Curahan rasa sohoque @ ..Faktor Yang Mendorong Kemenangan Liverpool Ke Atas Fulham
Lge perlu diberi penerangn jelas ttg isu ini. Moga ada pihak yg sudi memberi penjelasan pade lge…
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Ciri Suami Idaman
Ia sesuatu yang mengelirukan. Nanti ada lirik mengunakan perkataan Allah didalam lagu orang bukan islam.
Secara pandangan peribadinya, saya minta kekalkan nama ALLAH untuk orang Islam sahaja. mereka yang menganut agama lain mungkin ada menyebut nama yang sama tetapi berbeza fahaman dan perkara yang disebutnya. isu boleh atau tidak.. ianya sudah diamalkan dan disebut oleh penganut agama yang lain. Cuma kita minta dalam percetakan atau penyampaian di public, ALLAH yang Maha Esa itu untuk muslimin dan muslimat sekalian.. Wallahua’lam..
Curahan rasa KiD @ ..Shopping dan Cirit Birit
Sebenarnya ini adalah tektik agama Kristian untuk mengelirukan agama2 lain dengan menggunakan nama ALLAH dalam ucapan atau agama mereka.. Agama Kristian semakin TAKUT jika tembelang mereka pecah memutar belitkan isian kitab Injil yg sebenar. Orang yang pintar biarpun bukan beragama ISLAM bijak menilai kebenaran ISLAM + SAINS + QURAN sebenar…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Kipi dalam kenangan
saya setuju dengan nurmisnan.. nama ALLAH bagi mereka tak sama dengan apa yang kita ucapkan..
Curahan rasa KiD @ ..20122012 Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 4
Kabarnya di Europe dan Amerika mereka sudah tidak mengawal pengikut mereka yg berbondong sudah melihat kebenaran yg sebenar jadi dakwah mereka telah mengubah arah ke Asia termasuk Malaysia.
Curahan rasa denaihati @ ..Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan
Itu yg kita takuti dan bimbangkan…andai dibiar tnpa kawalan..lebih parah natijahnye
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Ciri Suami Idaman
Sgt jelas ada agenda tersembunyi..
Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan nama Allah untuk agama lain. Mereka dah ada nama masing-masing. Buat apa nak guna nama Allah. Kalau nak guna sangat masuk agama Islam, barulah org yang masuk Islam tu boleh menggunakannya, malah digalakkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru
Comments are closed.