Jumlah Kelahiran bayi Dijangka Bertambah Tahun Hadapan?

Spread the love

Pakar tidak menjangkakan adanya pertambahan jumlah kelahiran bayi sembilan bulan dari sekarang, seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Ketika penduduk di kebanyakan negara diarahkan untuk duduk di rumah bagi mengekang wabak COVID-19, ada yang berpendapat akan adanya peningkatan jumlah kelahiran bayi, pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Baca : 13 Petua Power Ubah Nasib Diri & Keluarga

Namun pakar mengatakan ia berkemungkinan besar tidak berlaku, malah negara besar seperti Amerika Syarikat mungkin akan menyaksikan penurunan jumlah kelahiran, lapor CNN.

“Tidak mungkin bilangan kelahiran akan meningkat. Ini bukan suasana yang sesuai untuk pasangan merancang mendapatkan anak,” kata Kenneth Johnson, seorang profesor sosiologi di University of New Hampshire.

Malah sebelum pandemik ini melanda, taburan demografi menunjukkan gabungan beberapa faktor seperti kelahiran yang sedikit dan jumlah kematian yang tinggi telah memperlahankan pertambahan penduduk.

Dunia dilanda ketidakpastian apabila munculnya satu pandemik, kata Johnson.

Kedudukan kewangan dan ekonomi yang tidak stabil akan menjadi faktor terbesar yang akan membuatkan banyak pasangan lebih selesa untuk tidak mempunyai anak atau menambah anak.

Baca : Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?

“Tahap kesuburan jatuh dengan ketara selepas dunia dilanda kemelesetan, itu perkara biasa,” kata Johnson.

sumber : Astroawani


Spread the love

8 Comments

  1. InsyALLAH, Anak yang lahir datang bersama rezeki. Yang penting ibu bapa bersedia dari segi fizikal dan mental.

  2. Kalau dikira pertimbangan akal, dan ekonomi, memang pasangan nak menambah baby tu risky.

    Tapi banyak benda dalam dunia yg pertimbangan akal kalah dengan naluri semulajadi.

  3. bagus juga ada penambahan dalam mengimbangi mereka yang sudah pergi..

    inilah kebaikan dan hikmah PKP

    banyak masa untuk bersama

  4. gara-gara covid 19 juga pertambahan bayi ni.. ada logik juga kenyataan ni.. suami isteri lebih banyak masa bersama time ni..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!