Beberapa Negara mula salurkan bantuan kemanusiaan di Beirut, Lubnan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Rentetan yang berlaku letupan yang dasyat di Beirut, Lubnan pada Rabu, laporan mengatakan letupan tersebut adalah terkuat dan terbesar selepas Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

Baca: 2,750 Tan Baja Ammonia Nitrat Punca Letupan Di Beirut

Bunyi letupan hampir 3000 tan letupan ammonium nitrate telah memecahkan cermin bangunan sejauh 10 – 15 KM.

Sementara itu, jumlah mangsa meninggal semakin meningkat dan parah mencecah 4000 orang.

Walaubagaimana pun, beberapa negara mula mengerahkan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban negara tersebut.

Baca: Letupan besar di pelabuhan Beirut, Lubnan

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Palang Merah Antarabangsa menzahirkan kerjasama dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UEA), dengan menghantar bekalan bantuan ke Beirut menerusi penerbangan dari Dubai.

Bekalan itu digunakan untuk merawat mangsa yang cedera terkena serpihan kaca susulan letupan.

Bantuan itu termasuk 30 tan bekalan perubatan susulan permintaan Menteri Kesihatan Lubnan dan bekalan itu sampai semalam.

Negara Malaysia juga tidak terlepas menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat di sana yang ditimpa musibah letupan yang dasyat.

Semoga Allah lindungi dan selamatkan semua yang berada di sana. Amiin.

2 Comments

  1. letupan ini memang dasyat, semoga mangsa dapat tempat berlindung orang yang tak bersalah jadi mangsa, semoga bantuan dapat meringankan beban mereka

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!