Taufan Hagibis : Langit bertukar ungu, penerbangan di Jepun dibatalkan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syarikat penerbangan Jepun membatalkan 1,929 penerbangan antarabangsa dan domestik selepas Taufan Hagibis membadai bahagian tengah dan timur Jepun.

Agensi penyiaran NHK melaporkan, Japan Airlines Corporation (JAL), All Nippon Airways (ANA) dan penerbangan murah Peach Aviation mengambil langkah berjaga-jaga selepas Hagibis dianggap taufan paling ganas dengan membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun. Sesi persekolahan di Tokyo turut tutup ditutup hari ini.

Dikategorikan sebagai ‘besar’ dan ‘sangat kuat’, taufan itu juga menyebabkan pembatalan perlawanan Ragbi Piala Dunia selain turut menjejaskan Grand Prix Jepun.

Menurut laporan media tempatan, Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat kuat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991 ketika sistem kategori diperkenalkan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas berada di bawah perintah berpindah bukan mandatori, dengan pihak berkuasa mendesak warga tua dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal.

Fenomena langit berwarna ungu itu telah mengemparkan penduduk di tengah serta timur negara matahari terbit itu semalam. Fenomena langit ungu itu dikaitkan dengan kemunculan Taufan Hagibis yang telah melanda Jepun semalam.

Taufan Hagibis disifatkan sebagai taufan paling ganas kerana ia membawa hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh masa 60 tahun.

Disebakan kejadian tersebut, ramai warga net serta para penduduk Jepun berkongsikan gambar fenomena langit ungu itu. Ia dikatakan sangat cantik dan dimuat naik di laman sosial Twitter.Kata Science Daily, langit ungu merupakan fenomena biasa.

Kejadian ini berpunca daripada fenomena Rayleigh Scattering iaitu penyebaran elastik cahaya oleh zarah mikro atau nano di dalam udara yang lebih kecil jika dibandingkan panjang gelombang cahaya yang terhasil.

Penduduk di Jepun lebih kurang 7 juta telah diarahkan berpindah berpindah kerana risiko banjir semasa taufan Hagibis bakal melanda pada lewat hari ini dengan membawa hujan yang paling lebat serta angin paling kencang dalam tempoh 60 tahun Jepun.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!