Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur perjalanan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan ke Battambang bersama teman-teman pada hari pertama berjalan lancar. Kepada yang belum membaca entri hari pertama bolehlah membaca dan menatap gambar yang menarik di SINI. Kembara Musafir Kemboja kami memang penuh dengan berbagai aktiviti yang telah dirancang oleh rakan niaga, Koperasi Muslim Kemboja.
Hari ke dua kami masih lagi di Battambang dan ini adalah kali pertama kami bermalam di Battambang di Hotel Khemara yang dilengakpi WiFi percuma dari lobi sehingga ke bilik. Paling menarik bertemu dengan Abang Dollah asal Raub, Pahang tetapi sudah menetap di Kemboja setelah berkahwin dengan isteri ke duanya seorang mualaf. Khabarnya isteri pertamanya juga ikut tinggal di Kemboja membantu mengurus menternak lembu.
Di hari kedua, seawal jam 7.30 am kami telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Integrasi Dhia Uddin cawangan ke tiga rangkaian Sekolah Nurul Iman yang diuruskan oleh Koperasi Muslim Kemboja. Sebahagian dana pembinaan sekolah ini adalah hasil sumbangan Rakan Denaihati .. jutaan terima kasih daripada pihak pentadbiran sekolah kepada semua yang telah menyumbang semuga Allah mengurniakan rezeki yang luas kepada mereka.
CEO dan COO eQurban wakil semua Rakyat Malaysia yang telah sudi infaq untuk untuk pembinaan Sekolah Dhia Uddin menerima Cenderahati daripada YB Zakaria Adam.
Majlis perasmian Sekolah Dhia Uddin oleh YB Zakaria Adam, MUfti Datuk Kamaruddin dan wakil eQurban.
Setelah Solat Jamak Zuhur dan Asar kami bergerak menuju ke Phnom Penh menaiki van Koperasi Muslim Kemboja mengharung perjalanan lebih kurang lima jam. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Asrama Anak-anak Zahiddin iaitu anak-anak yang bapanya hanya solat sekali seminggu dan ibunya tidak pernah solat Semuga usaha Koperasi akan menghasilkan generasi baru yang akan dapat mendakwah ibubapa mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Khabarnya beberapa Jutawan dari Arab Saudi sudah mengumpulkan dana berjumlah USD1juta untuk membina kompleks baru yang boleh memuatkan 400 anak-anak Zahiddin. Semuga ALLAH SWT permudahkan.
Sebelum sampai Phonm Penh sempat singgah tepi jalan makan jagung rebus. Kami sampai lokasi tujuan Hotel Holiday Villa agak lewat kerana kesesakan jalanraya yang hebat.
62 Comments
kebahagian mereka kebahagian kita jua..
Curahan rasa ivy @ ..MINI GIVEAWAY BY SYIERA & LIENDA
bahagia rasanya jika berada ditengah-tengah kebahagiaan mereka
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download Soal Latihan CPNS Tenaga Honorer Kategori 2
Sekolah yang cantik. Great..
Curahan rasa yusep sugianto @ ..Loan for Home Buyer
alhamdulillah 🙂
semakin bertambah ilmu budak2 ni
Curahan rasa BeritaKaki @ ..Video Gol Pahang 1-1 Lions XII 17 Mei 2013
semoga Sekolah Integrasi Dhia Uddin bisa membawa kebaikan bagi para muslim kamboja
Curahan rasa Bali @ ..Beautiful tourist area of Kintamani like painting
Semoga semakin mengembangkan Islam di satu dunia ini
Curahan rasa metrolisa @ ..Wordless Wednesday/Motor Sekaligus Koran
so team DH kira jadi vip la ye kat sana…hehe
Curahan rasa PerenLee @ ..Kartun Lucu Sempena Hari Guru
In Shaa Allah .. segala kerja dan niat yang baik pasti akan mendapat ganjaran dan hasil yang baik..
Curahan rasa BUNDA @ ..Cuaca Panas..
Semoga asrama anak-anak zahidin bisa berjalan dengan lancar dalam rangka pembinaan Islam yang baik
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pendaftaran CPNS Tahun 2013
Semoga ukwah yang terjalin diberkati Ilahi.. AMIN.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Pemakanan Ibu Mengandung
bermusafir dan berkelana mencari redha ilahi … semoga di permudahkan usaha2 dakwah di sana … amin
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Hanya gambar … yg dapat menceritakan (ii)
melihat kesusahan umat di Kemboja sepatutnya umat di Malaysia banyak2 bersyukur …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Hanya gambar … yg dapat menceritakan (ii)
Semoga saja kawan usaha ini dimudahkan aminn
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Tanda Anak Autis
Untuk itu dibutuhkan pengorbanan dan perjuangan yang tidak mudah juga dalam hal ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Tanda Anak Autis
Comments are closed.