Assalmualaikum dan Salam 1Dunia, pada 10/10/2014 Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan belanjawan negara untuk tahun 2015. Bajet 2015 sangat penting kerana ianya akan menentukan hala tuju ekonomi Malaysia untuk tahun mendatang. Berikut adalah antara bajet 2015 yang menarik yang telah dikongsikan oleh masyarakat twitter Malaysia.
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km) bernilai RM5 billion – PM Najib
@ZahidaZarik: Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang akan dibina dengan peruntukan RM5.3 bilion #bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015:Kerajaan sedia RM100 juta untuk Dana Industri Kandungan Digital di bawah SKMM (animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya)
@mscmalaysia: High Speed Broad Band di kwsn ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan meliputi ibu negeri & bandar-bandar terpilih #infrastruktur #Bajet2015
@rizalzulkapli: #bajet2015 @501Awani PM: Pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya – RM23 bilion
@aufa_angel_04: #bajet2015 dgn pelaksanaan GST pada 2015, hasil kutipan dianggarkan berjumlah RM23.2 billion #MelakaMajuF2
@dhanyaraam: Pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi dan pembinaan kabel dasar laut – RM2.7 bilion #bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur – Hubungan Timur (EKVE) (36km) bernilai RM1.6 bilion – PM Najib
@kosmo_online: #Bajet2015 [LANGSUNG]: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) (47 Kilometer) bernilai RM4.2 bilion. – Najib
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang bernilai RM9 bilion – PM Najib
@SinarOnline: Pinjaman mudah kepada Usahawan PKS kepada kaum Cina sebanyak RM50j & RM30j untuk penjaja & peniaga kecil #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Semua jenis buah tempatan dan diimport, roti putih, roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko tidak dikenakan GST
@barisanasional: #Bajet2015:”Ubat-ubatan untuk 30 jenis penyakit, bahan bacaan – buku latihan, rujukan, teks & surat khabar tidak dikenakan GST” -@NajibRazak
@bernamadotcom: #Bajet2015: Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun tidak dikenakan GST – PM Najib Razak
@khalednordin: #bajet2015 cukai pendapatan individu dikurangkn cukai sehingga 3 mata peratusan.”
[box type=”shadow”]@barisanasional: #Bajet2015: Petrol 95′ & Diesel tidak akan dikenakan GST[/box]
@khalednordin: RM50 juta diperuntukan untuk Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional
#bajet2015
[box type=”shadow”]@rizalzulkapli: #bajet2015 @501awani PM: Golongan bekeluarga dengan pendapatan RM4000 ke bawah tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.[/box]
@SinarOnline: BR1M akan diteruskan selaras dengan program rasionalisasi subsidi. Peralihan dari sistem subsidi pukal kepada sistem bersasar. #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama – PM Najib
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina 12 sekolah baru terdiri daripada 3 Sekolah Rendah, 3 Sekolah Menengah, 2 Sekolah Berasrama Penuh – PM Najib
@rizalzulkapli: #bajet2015 @501awani PM: Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, 1,663 km dengan kos RM27 billion.
@ismealan: Rebat 10% untuk peminjam yg membayar PTPTN selama 12 bln sehingga dis 2015.. #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM1.9 bilion melalui JPA untuk tajaan pelajaran pelajar yang layak ke peringkat pengajian tinggi – PM Najib
@fantasipolitik: Dana RM30j untuk latihan & bantuan teknikal kpd belia India dr keluarga kurang kemampuan #Bajet2015 #Pekerjaan #Belia #anakKL
@mscmalaysia: RM75k allocted for Malaysia as the preffered destination for Startups. Good news for Startups. #Budget2015 #bajet2015
@JKRJohor: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM356 juta untuk buka empat lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis, satu mini UTC di Kedah
@JKRJohor: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM356 juta untuk buka empat lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis, satu mini UTC di Kedah
@BuletinTV3: #bajet2015 Bermula April 2015, perkhidmatan ‘Electric Train Service’ atau ETS Ipoh-Butterworth dilaksanakan
@khalednordin: Kerajaan beri rm200/bulan utk 2 tahun pertama, 50% pengecualian duti setem serta jaminan pinjaman #skim perumahan belia #bajet2015”
@Ismail_Mamat: “@angsaemas2: Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 #Bajet2015” #Kelat”
[box type=”shadow”]@UMNOGelangPatah: Kerajaan meningkatkan BR1M :
RM 650 ke RM 950 pendapatan RM 3,000 ke bawah
RM 450 ke RM 750 pendapatan RM 3,000 – RM 4,000
#bajet2015
[/box]
@BuletinTV3: #bajet2015 Elaun sara hidup nelayan zon A naik kepada RM300 daripada RM200 sebulan @IsmailSabri60
@barisanasional: #Bajet2015: “Kadar bantuan untuk OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200” -@NajibRazak
@yogendrans: Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250 #Bajet2015
@barisanasional: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM30 juta untuk bina Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi
@BuletinTV3: #bajet2015 Kerajaan akan teruskan insentif untuk penanaman baharu dan penanaman semula getah dengan peruntukan sebanyak RM41 juta.
@501Awani Elaun Ahli-ahli Parlimen: Ahli Dewan Negara dinaikkan kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C #Bajet2015
Pembentangan bajet pada tahun ini merangkumi banyak sektor, pasti ada yang mendapat keuntungan daripada bajet 2015 ini dan tidak kurang juga yang tiada perubahan atau mendapat kesan secara langsung. Secara tidak langsung, keseluruhan rakyat akan perlu bersiap sedia untuk beberapa perkara antaranya penguatkuasaan GST pada tahun hadapan.
Dalam masa yang sama, terdapat banyak peluang yang terbuka kepada mereka yang ingin mengusahakan, peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan pelbagai program dan bantuan yang disediakan. Rebutlah peluang yang ada sebaiknya, insyaALLAH apa yang kita rasakan negatif akan bertukar menjadi positif jika tindakan yang betul diambil.
Apa komen rakan-rakan semua mengenai bajet 2015 ini?
988 Comments
Had kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan untuk perumahan penjawat awam 1Malaysia..kenapa penjawat swasta x ada pown kelebihan sebegini…huhuhu sadis…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
PG tak berani komen tentang ini. Sebab, PG sendiri belum memiliki rumah sendiri dan mungkin permasalah ini akan menjadi isu berbangki lagi kan?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semua nak rumah sendiri, dan nak rumah di bandar. tapi tu lah, kemampuan kita nak beli satu, nak maintain tu satu. so tepuk dada tanya poket. sanggup ke tidak kan? takut tak mampu nak bayar bulanan dan cukai. nasihat dari org yg takde rumah sendiri jugak lagi. 🙂
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Hehe. Nampak gayanya kita sama. Lepas tu kan awak, bab rumah satu hal, bab elaun perumahan yang tak naik-naik tu lagi satu hal. Memang agak membebankan sebenarnya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau bergantung pada gaji setiap bulan je untuk beli rumah, mmg sampai tua la sy xde rumah. Kena usaha dari segi lain lagi. Buat bisnes ke..
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
kena cari pendapatan sampingan jawapnya awak. tak boleh juga nak harapkan gaji bulanan kan. nak kena bayar itu ini lagi. bagaimana pula bagi mereka yang punya tanggungan anak atau ibu bapa. hurm…
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sama la. Sy pun tak tahu nak komen klu bab perumahan bagai ni.. Noob sikit klu hal2 cenggini.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
harap sangat elaun perumahan naik. tapi apa yang diharapkan, nampaknya belum menjadi kenyataan. huhu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kan, rugi kan penjawat swasta ni. Jauh benar bezanya kelebihan yg dpt klu kerja kerajaan. Kasihanilah kami yg kerja swasta ni. Iskkk
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
sosbos. tapi kan awak, best jugakan kalau dapat kerja dengan swasta, dengar-dengar bonus kalau dapat berlipat kali ganda. ye ker wak.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bantuan Baucar Buku 1Malaysia RM250 juga masih diteruskan..dulu masa zaman uni harga sebijik buku hai gilo..RM50 keatas sebijik buku..dgn bantuan ni at least ringankan beban pelajar..tapi ada juga yg salah gunakan…so, kepada pelajar2 sekalian..hargai dan gunalah ke jalan yg bnar…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Haha. Nyata sungguh. Anak buah saya sendiri mendapat bantuan buku ini. Syukur alhamdulillah. Tapi ya benar, kena pandai guna sebaik mungkin.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada dibuat beberapa penambah baikan. BR1M pun sama. katanya tak boleh nak belanja2 sebarang guna wang bantuan tu. Macam mana yer dia akan pantau kita nak belanja duit tu? *mushkil*
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Da diberikan, nak pantau macam mana pulakan awak. Sedangkan bantuan pembelian buku untuk pelajar U pun memang tidak dipantau.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
time murni di u pun dapat juga baucar buku ni, dapatla beli 3 atau 4 buah buku. sekurang2nya dapat kurangkan beban sikit
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
syukur dapat lah beli 2 pasang kasut extra untuk anak2. sebab tak tahu lah diaorg ni pergi sekolah ke pergi bendang. balik kasut dah macam belacan! tapi yelah zaman kita dulu pun lagi teruk dari diaorg kot. cuma tak mampu lah nak rosakkan kasut yg ada, sbb kalu koyak @ rosak, alamat pegi sekolah pakai selipar lah tahun tu. Terlebih manja ke budak2 sekarang?
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
betul tu kak. Dulu kita kena berfikir untuk hari esok. kalau boleh, tak nak ada cacat cela pada kasut tu sampai hujung tahun. Duit susah nak dapatkan dulu-dulu. berapa je lah gaji mak ayah nak belikan kasut balik-balik macam sekarang. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bagi sy pemberian baucer buku tu kurang effective. Sy mmg dapat BB1M tu setiap tahun tapi tak tahu nak guna untuk apa. Beli buku? Student universiti selalunya dapatkan buku rujukan dari lecturer bagi setiap subject. Mostly buku2 yg nak guna tu xde dijual di kedai buku. COntoh mcm tahun ni la, sy dapat bb1m utk kali terakhir. Tak boleh beli alat tulis. Hanya buku sahaja. Buku rujukan beli dari lecturer x blh pakai baucer buku. Nak beli alat tulis or alat bantuan study sprti earphone, hard disk, pendrive pun tak boleh. As for me, student multimedia..i really need all those thing utk proses pembelajaran sy. End up sy tak tahu nk beli apa guna baucer tu, so sy beli a few books utk anak buah sy. Kegunaan BB1M tak meluas la.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah masih diteruskan…bagus lah yg ni..dulu x e lah kasut sekolah berapa ringgit je..sekarang kasut sekolah, beg sekolah, semua dah mahal…at least dgn bantuan ni boleh ringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahn anak2..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Yup. Yang ini kita harus berterima kasih pada pihak kerajaan. Kerana masih sudi membantu dan menyalurkan bantuan ini kepada anak-anak sekolah. Bolehlah meringankan sedikit bebanan keluarga kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betol tu. Walaupun ada penambahbaikan yg perlu dilakukan terhadap bantuan2 ni, tp at least kita patut syukur dgn setiap bantuan yg diberi tu.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
kalau dulu dgn duit RM50 banyak barang yg kita boleh beli, sekarang ni dgn RM50 hanya sikit je barang yang boleh dibeli. Kira baguslah tu ada bantuan RM100 kepada pelajar sekolah bolehla buat persediaan tuk perbelanjaan sekolah.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
A’ah..adik sy haritu pun buat beli pakaian sekolah. Dapat kurangkan beban sikit. Tp harga pakaian sekolah pun skrg bukan main lagi ye.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Kan…harga kasut sekolah budak sekolah rendah pun dah dekat seratus. Pastu klu dah namanya budak, memang setahun perlukan lebih dari satu kasut la. belum tengah tahun kasut dah koyak.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Bantuan khas untuk pesara kerajaan RM250…at least pesara pesara krajaan ada habuannya jugak setelah lama berkhidmat dgn kerajaan..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Syukur alhamdulillah. Selain mendapat duit pencen mereka setiap bulan kan. Boleh menambah apa yang patut. Golongan pesara ini pun kena titik beratkan juga. Bagi pesara yang masih menanggung bebanan keluarga, sebenarnya agak sukar untuk menanggung perbelanjaaan yang kian meningkatkan? 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ron95 dan diesel serta gas x dikenakan GST..mmg la..kalo x lagi mengamok rakyat..dah la naek minyk 20 sen..hurmmmm baru ja naek, tetiba naek lagi…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Naik secara tiba-tiba lagi tu kan. Apa tak rakyat berkata-kata. Dimanakah penggunaan sebenarnya “rakyar didahulukan?” hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Paling kesian dekat golongan yg miskin kais la bila harga minyak naik ni. Bebudak sekolah terpaksa dikurangkan belanja harian sebab harga barang naik. Sedangkan harga mknan kat kantin sekolah pun naik jugak. So pergi sekolah ikat perut je. Iskkkk..
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Sedih PG baca komen sis rosni ni. Dalam pada masa negara kita makin maju ke depan (hehe), tapi sebenarnya ada golongan, kelompok masyarakat yang agak rendah tahap kemiskinan mereka. hurm.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Insentif bayaran balik pinjaman ptptn tanpa henti sepanjang Jan 2015 hingga Dec 2015 dapat ptongn 10%, itu dah kira bagus…ayuh peminjam ptptn..langsaikan hutang anda..igtlah generasi akan dtg perlu juga gunakan peruntukan itu…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Syukur alhamdulillah. Ada penambahbaikan juga dari segi itu kan. Baguslah untuk para pelajar yang baharu menamatkan pengajian dan baharu kira-kira untuk membuat perancangan bagaimana untuk membayar semula PTPN mereka.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Alhamdulillah…sebelum ini pown ada juga potongan 10% jikalau bayaran ikut jadual…sekarang kalo bayar secara konsisten pown ada….
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Yang penting jangan skip membayar la kan awak? Cepat sikit habis nak membayarnya. Lega hati da selesai hutang belajar.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Lemah jiwa raga bila isu ptptn yg dibincangkan . Hahaha . Say belum pun start bayar ptptn. Baru minggu lepas grad.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Siapa setuju jika saya kata, bajet kali ini, keperluan untuk rakyat agak kurang dan harus ada penambahbaikan segera, memandangkan GST atau apa sahaja yang bakal naik dan terus menjadi satu bebanan buat rakyat semua. Kena ada perubahan untuk ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kadar cukai pendapatan turun 1%-3%..itu dah kira bagus…at least tidak membebankan rakyat yg kena bayar cukai walaupun itu adalah tggungjawab mereka untuk membayar cukai pendapatan…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Yup… kadar cukai pendapatan memang turun. tetapi cukai turun harga barang naik. Dengan kenaikan harga minyak lagi disebabkan pengurangan subsidi bahan api dari kerajaan. Peniaga pula sudah mula panas punggung nak naikkan harga barang. Tak boleh tahan harga lama dengan alasan kos bahan api meningkat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Ok. kita tunggu dan lihat sahajalah kan apa akan jadi apabila GST telah dilaksanakan nanti 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Merana lah jawabnya. Kena lah makin berjimat cermat. Cut cost mana yg boleh. No more new make up, no more new shoes! iskkk
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
looking forward utk highway Pan borneo. tapi tak tahu lah larat ke tak nak drive beratus2 kilometer tu. ape pun kita bersyukur je lah. ini semua Dia dah tentukan. Dia je tahu hikmah disebaliknya. bukan ke semua idea yang dibentangkan ni dari Dia juga? Haa.. pikir2lah. Ke kita yg kena buat something utk improve diri dan hidup kita, dari berterusan nak komplen itu ini? 🙂
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Haha. Rasanya dalam masa terdekat, nampak gaya kita sendiri kena buat sesuatu. Jika tunggu dan lihat, dan mengambil masa yang lama untuk buat semua tu, memang agak mengecewakan juga sebenarnya. kena buat sesuatulah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Pembentangan budget 2015 kali ini lebih kepada mahu mengurangkan defisit fiskal dan pada masa yang sama menigkatkan pendaptan Negara.
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Betul. Tapi ada juga sedikit keraguan sebenarnya. hehe. Untuk rakyat bagaimana? Mengurangkan defisit tetapi mungkin akan membebankan rakyat. Bagaimana tu?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Setuju sgt. Kurangkan defisit. Tapi rakyat pula makin terbeban. Yg dah kaya raya tu memang tak rasa apa. Yg miskin yg kurang bernasib baik tu yg makin merasakan seksanya hidup kat negara sendiri.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Sampai tak sudah kalau nak cakap pasal bantuan untuk rakyat ni kan sis rosni. Memang akan sampai bila-bila rakyat yang bawahan ni akan begini. Tak tahu nak kata apa, PG sendiri pun rakyat biasa. huhu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Samada suka atau tidak suka, bajet telah dibentangkan, kata putus telah diberikan dan dikeluarkan. Siapa kita untuk tidak menidakkan keputusan yang telah dibuatkan? Cuma, tolonglah cuba pandang masalah rakyat bawahan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
few issues yang masih tidak highlight pada permasalahan rakyat biasa. tapi sure dekat2 2018 nanti semua isu ni akan di sensasikan semula.. 🙂 tak tahu lah, kadang2 susah nak cakap kan?
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Dekat-dekat 2018? Jauh lagi tu tau. Agaknya, bila tukar PM, baharu masalah akan diselesaikan kot? hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Woww…! 2018 lama lagi tu yunk. Pucuk pimpinan time tu pun belum tentu siapa. Huhu
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Aah, suka atau tidak, rakyat hanya mampu merungut tapi at the end kena ikutkan sahaja tindak tanduk dan keputusan kerajaan.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Betul. itu sahajalah yang mampu kita buatkan? Nak memperkatakan benda ni, sampai bila-bila pun kita akan katakan tentangnya, tapi apa pula tindakan kerajaan?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bajet untuk jangka masa panjang, mungkin keperluan rakyat harus didahulukan. Kerana rakyat bawahan inilah yang akan menaikkan ekonomi negara juga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu, jika kuasa belanja rakyat makin mengecil adakah ekonomi negara akan jadi lebih baik? kan..
Curahan rasa EjamOthman @ ..Usahawan Muda Dan Telefon Berpisah Tiada.
Nampaknya rakyat terus berada ditahap yang sama sahaja kan sis ejam.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Well said! Rakyat kelas bawahan ini la yg mungkin akan menaikkan nama & ekonomi negara. Tak dapat disangkal lagi.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Sebenarnya banyak lagi benda yang perlu di titik beratkan untuk keperluan rakyat.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada aspek yang lebih utama mereka terlepas pandang.
pembangunan itu bagus tapi tanpa pengisian jiwa ianya tak ke mana..kan.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Sedapnya Mee Kari Kemaman Kopitiam Starmall Mentakab.
Betul. Pembangunan kena seiring dengan membangunnya jiwa bangsa sendiri. Ke mana perginya pembangunan tanpa rakyat seperti kita ini? kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Pengisian jiwa. Setuju. Ini antara aspek yg mereka terlepas pandang. Perlu diperbaiki untuk tahun2 mendatang..
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Semoga br1m yang diberikan akan membantu sedikit tidak banyak pada mereka yang betul-betul memerlukan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
masalah berbangkit yang sebelum ini pernah terjadi diharapkan ada perubahan terlebih dahulu, andai masih sama ianya tidak membantu golongan sasaran malah menyusahkan lagi mereka.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Jambu Sebiji Lobak Sebatang.
Memang betul. PG tak tahu kenapalah bajet seperti tidak melihat pembangunan sumber manusia yang sekarang ni, untuk jangka masa yang panjang.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Apa pun, kena bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
syukur alhamdulillah, kita sebagai rakyat akan terus berusaha untuk diri dan keluarga agar dapat survive dalam cabaran ekonomi masa kini.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Kehidupan Seorang Pemuzik.
Yup ejam. Apa pun, kesimpulannya tetap sama kan. Kena buat sesuatu tentangnya, dan tak boleh harap sangat dengan bantuan yang ada. Sekadar membantu, its ok.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.