Assalmualaikum dan Salam 1Dunia, pada 10/10/2014 Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan belanjawan negara untuk tahun 2015. Bajet 2015 sangat penting kerana ianya akan menentukan hala tuju ekonomi Malaysia untuk tahun mendatang. Berikut adalah antara bajet 2015 yang menarik yang telah dikongsikan oleh masyarakat twitter Malaysia.
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km) bernilai RM5 billion – PM Najib
@ZahidaZarik: Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang akan dibina dengan peruntukan RM5.3 bilion #bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015:Kerajaan sedia RM100 juta untuk Dana Industri Kandungan Digital di bawah SKMM (animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya)
@mscmalaysia: High Speed Broad Band di kwsn ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan meliputi ibu negeri & bandar-bandar terpilih #infrastruktur #Bajet2015
@rizalzulkapli: #bajet2015 @501Awani PM: Pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya – RM23 bilion
@aufa_angel_04: #bajet2015 dgn pelaksanaan GST pada 2015, hasil kutipan dianggarkan berjumlah RM23.2 billion #MelakaMajuF2
@dhanyaraam: Pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi dan pembinaan kabel dasar laut – RM2.7 bilion #bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur – Hubungan Timur (EKVE) (36km) bernilai RM1.6 bilion – PM Najib
@kosmo_online: #Bajet2015 [LANGSUNG]: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) (47 Kilometer) bernilai RM4.2 bilion. – Najib
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang bernilai RM9 bilion – PM Najib
@SinarOnline: Pinjaman mudah kepada Usahawan PKS kepada kaum Cina sebanyak RM50j & RM30j untuk penjaja & peniaga kecil #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Semua jenis buah tempatan dan diimport, roti putih, roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko tidak dikenakan GST
@barisanasional: #Bajet2015:”Ubat-ubatan untuk 30 jenis penyakit, bahan bacaan – buku latihan, rujukan, teks & surat khabar tidak dikenakan GST” -@NajibRazak
@bernamadotcom: #Bajet2015: Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun tidak dikenakan GST – PM Najib Razak
@khalednordin: #bajet2015 cukai pendapatan individu dikurangkn cukai sehingga 3 mata peratusan.”
[box type=”shadow”]@barisanasional: #Bajet2015: Petrol 95′ & Diesel tidak akan dikenakan GST[/box]
@khalednordin: RM50 juta diperuntukan untuk Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional
#bajet2015
[box type=”shadow”]@rizalzulkapli: #bajet2015 @501awani PM: Golongan bekeluarga dengan pendapatan RM4000 ke bawah tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.[/box]
@SinarOnline: BR1M akan diteruskan selaras dengan program rasionalisasi subsidi. Peralihan dari sistem subsidi pukal kepada sistem bersasar. #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama – PM Najib
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina 12 sekolah baru terdiri daripada 3 Sekolah Rendah, 3 Sekolah Menengah, 2 Sekolah Berasrama Penuh – PM Najib
@rizalzulkapli: #bajet2015 @501awani PM: Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, 1,663 km dengan kos RM27 billion.
@ismealan: Rebat 10% untuk peminjam yg membayar PTPTN selama 12 bln sehingga dis 2015.. #Bajet2015
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM1.9 bilion melalui JPA untuk tajaan pelajaran pelajar yang layak ke peringkat pengajian tinggi – PM Najib
@fantasipolitik: Dana RM30j untuk latihan & bantuan teknikal kpd belia India dr keluarga kurang kemampuan #Bajet2015 #Pekerjaan #Belia #anakKL
@mscmalaysia: RM75k allocted for Malaysia as the preffered destination for Startups. Good news for Startups. #Budget2015 #bajet2015
@JKRJohor: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM356 juta untuk buka empat lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis, satu mini UTC di Kedah
@JKRJohor: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM356 juta untuk buka empat lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis, satu mini UTC di Kedah
@BuletinTV3: #bajet2015 Bermula April 2015, perkhidmatan ‘Electric Train Service’ atau ETS Ipoh-Butterworth dilaksanakan
@khalednordin: Kerajaan beri rm200/bulan utk 2 tahun pertama, 50% pengecualian duti setem serta jaminan pinjaman #skim perumahan belia #bajet2015”
@Ismail_Mamat: “@angsaemas2: Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 #Bajet2015” #Kelat”
[box type=”shadow”]@UMNOGelangPatah: Kerajaan meningkatkan BR1M :
RM 650 ke RM 950 pendapatan RM 3,000 ke bawah
RM 450 ke RM 750 pendapatan RM 3,000 – RM 4,000
#bajet2015
[/box]
@BuletinTV3: #bajet2015 Elaun sara hidup nelayan zon A naik kepada RM300 daripada RM200 sebulan @IsmailSabri60
@barisanasional: #Bajet2015: “Kadar bantuan untuk OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200” -@NajibRazak
@yogendrans: Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250 #Bajet2015
@barisanasional: #Bajet2015: Kerajaan sedia RM30 juta untuk bina Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi
@BuletinTV3: #bajet2015 Kerajaan akan teruskan insentif untuk penanaman baharu dan penanaman semula getah dengan peruntukan sebanyak RM41 juta.
@501Awani Elaun Ahli-ahli Parlimen: Ahli Dewan Negara dinaikkan kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C #Bajet2015
Pembentangan bajet pada tahun ini merangkumi banyak sektor, pasti ada yang mendapat keuntungan daripada bajet 2015 ini dan tidak kurang juga yang tiada perubahan atau mendapat kesan secara langsung. Secara tidak langsung, keseluruhan rakyat akan perlu bersiap sedia untuk beberapa perkara antaranya penguatkuasaan GST pada tahun hadapan.
Dalam masa yang sama, terdapat banyak peluang yang terbuka kepada mereka yang ingin mengusahakan, peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan pelbagai program dan bantuan yang disediakan. Rebutlah peluang yang ada sebaiknya, insyaALLAH apa yang kita rasakan negatif akan bertukar menjadi positif jika tindakan yang betul diambil.
Apa komen rakan-rakan semua mengenai bajet 2015 ini?
988 Comments
Semoga budget ini dapat memakmurkan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia. Kos sara hidup semakin tinggi. Apapun kita kene cuba cari jalan untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Nak mengharapkan kerajaan selalu pun tak boleh kerana tiada jaminan kerajaan dapat selalu membantu.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alpha Lipid Bee Venom
Betul tu awak. Kita kena cari sesuatu untuk meringankan bebanan sendiri juga. Tak boleh nak mengharapkan bantuan kerajaan selalu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Semoga bajet 2015 memberi manfaat kepada rakyat dan Negara…segala bajet yg diperuntukkan dapat digunakan ke jalan yg betul
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Semoga membantu rakyat yang lain lah kan awak. Apa pun juga, sekurang-kurangnya kita kena bersyukur bila ada bantuan macam ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Semoga bajet 2015 dapat dilaksanakan dengan baik serta dapat dimanfaatkan bersama dengan rakyat. Yang penting GST tetap naik.
Curahan rasa adarain @ ..Wagen Haus Cafe Di Bangi
Ya. Yang penting GST tetap diteruskan. Bagaimana untuk rakyat untuk harunginya nanti, pandai-pandai rakyatla jawapnya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bersedia untuk menghadapi tahun 2015 yang amat mencabar..dan bajet 2015 sedikit sebanyak melegakan tekanan hidup
Apa pun keputusan PM, telah pun dibentangkan dan telah pun diperkatakan. Kita sebagai rakyat hanya menurut perintah sahaja kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
GST..zzzzz. Haha.Bersiap sedia lah wahai rakyat malaysia. Mungkin rakyat malaysia dh kena betol2 rancang kewangan sebaik mungkin dari sekarang. Yg mana tak perlu, tak payah beli. Beli hanya yg perlu sahaja.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Kenalah jadi rakyat yang bijak selepas ini. Bijak berbelanja dan bijak untuk membuat sebarang keputusan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
risau pulak bila GST dilaksanakan nti brg2 yg dikenakan GST jd berganda mahal..smakin miskin lah rakyat..
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kannnn…harga barang bertambah. Gaji tak bertambah2 pun. Iskkkk…makin miskin terasa. Kena usaha lebih keras cari rezeki.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Memang sangat merisaukan dengan perlaksanaan kenaikan GST tak lama lagi. Belanja isi rumah semakin bertambah dan memaksa rakyat untuk lebih berjimat serta mencari duit lebih.
Curahan rasa adarain @ ..Wagen Haus Cafe Di Bangi
mungkin itulah salah satu jalan yang terbaik berjimat cermat andai blanja isi rumah semakin meningkat. Cubalah untuk berjinak-jinak dengan menjalankan perniagaan sendiri kalau nak tambah pendapatan
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
Ya. Betul tu. Kenalah pandai bahagikan masa sekarang untuk cuba menjana pendapatan sampingan sebagai satu tambahan untuk menyara keluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
PG selalu terdengar ada yang si kaya akan terus menjadi kaya, dan si miskin akan terus menjadi miskin. hurm.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tak tahu la macam mana nak kat akan mrsfiza. Sebagai rakyat, kita kenalah bersiap sedia dengan apa sahaja kemungkinan. Sekurang-kurangnya kita bukan berada dalam negara perang.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bersiap sedialah kita untuk menempuh 2015 akan datang dengan GST. Harap harap ekonomi negara bertambah baik dan dapat juga kebaikan pada rakyat.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Sihat Itu Nikmat
betul..sama-samalah menghadapi gst dan sebagainya..apa yang penting kita yang kene merancang perbelanjaan hidup kita sendiri
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of ZTE Grand Xmax
Rancang perbelanjaan, kewangan, dgn teliti, elakkan pembaziran yang merugikan dan ingkatkan simpanan yg menjamin masa depan
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Betul. Apa pun, semoga ekonomi negara akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Itu yang diharapkan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga budget yang ada dapat meringankan beban hidup rakyat bukan terus membebankan hidup rakyat. Bila budget bertambah haruslah gaji pun kena bertambah.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tutorial Auto Read More
Setuju! Gaji sepatutnya bertambah. Kos sara hidup makin tinggi. Macam mana nak langsaikan hutang ptptn klu camni. Makan pakai pun cukup2 je.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Uwargh! Kita sama. Nak juga gaji naik. Tapi, da tak de rezeki bab gaji diumumkan dalam bajet kali ni. sobsob. Terima seadanya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betol..kelebihan bnyk di beri kepada penjawat awam, swasta kurang diberi kelebihan..mudah mudahan kerajaan memberi perhatian kepada penjawat swasta sperti kemudahan pinjaman membeli rumah dan sebagainya
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Ya. Sebenarnya PG memang perasan tentang masalah yang dihadapi oleh kakitangan swasta. Tidak tahu dimana salah dan silapnya. Mungkin ada sesuatu disitu kan. Apa pun, semoga bantuan br1m akan dapat membantu sedikit tidak banyak untuk kakitangan swasta.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sepatutnya seperti itulah yang kita nak. Tapi mungkin mereka disana ada pendapat mereka sendiri tentang kenaikan gaji tu kan. Jadi kita sebagai rakyat, kakitangan awam, kenalah bersyukur dengan apa yang ada, dan semoga bantuan yang telah diberikan digunakan sebaik mungkin. InshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bajet 2015 lebih menarik jika ada implimentasinya berjalan dengan sempurna.apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia wajib bersyukur kerana tinggal di Malaysia,..negara yang aman
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
Bersyukurlah kan. Sekurang-kurangnya negara kita masih aman dan damai sebenarnya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
GST & Minyak naik dh macam serentak.. semoga semakin baik semuanya…
Curahan rasa Mommyputri @ ..Rawat masalah paling rare sebelum kahwin!
Betul. Kalau macam ni, memang agak sukar sebenarnya nak teruskan kehidupan seharian. Bukan tidak bersyukur, atau mungkin ini salah satu cara atau langkah untuk rakyat berjimat cermat. Tak tahu lah 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
isu GST merupakan topik yang hangat dan menjadi perhatian ramai dalam bajet kali ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengenali 8 Kategori Manusia Genius
Ya. betul tu. GST menjadi isu perbualan hangat di kedai kopi dan dikawasan menghisap rokok. Memang rakyat menunggu masa sahaja untuk sambut GST tahun hadapan. Adakah ianya menyenangkan rakyat atau semakin membebankan rakyat, kita tunggu tahun hadapan
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
oh ye..rokok dikenakan GST tak ye? kalo kena GST pon msti org sanggup beli jgk kan..hehe
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Rokok mesti ada gst, eksais…tapi perokok tegar tetap jgk beli..mereka kurang awareness terhadap keburukan rokok pada kesihatan diri
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Haha. Benda sedap dan penyambung nyawa, suami kata, mahal ke tak mahal, beli sahaja. Kalau tak, kenalah berhenti merokok.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hehe. sudah semestinya kan mrsfiza. tak tahulah kenapa sanggup sangat beli rokok tu, yang harganya boleh mencapai rm10 sekotak. huhu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu antara topik yg terhangat dibicarakan terutamanya di kedai2 kopi, kedai mamak. harap2 takdelah terlalu membebankan rakyat
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..2 Slot Review Blog PERCUMA
Harap-haraplah kan awak. Sekarang ni pun barangan dapur da makin naik. Tak tahulah bila GST telah dikuatkuasakan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang pun. Sana sini orang duk perkatakan pasal GST. Tak boleh nak kata apa la. Kerajaan dah buat keputusan. Pasrah jela.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Pasrah dan redha je la kan sis rosni. Sebagai rakyat, kenalah terima apa sahaja keputusan yang telah ditetapkan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haha. Dimana-mana sebut benda yang sama kan. GST dan GST. Semakin hangat diperkatakan, semangat hangat juga GST tu akan dilaksanakan mulai tahun 2015.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sangat menarik sebenarnya bila Perdana Menteri umumkan. 🙂
Tengah menunggu dapat panggilan kerja kerajaan.
Nak sangat berehat sabtu ahad. huhu ..
Penat dah kerja swasta ni.
dapat kerja kerajaan memang seronok lah.. cuti sabtu ahad tu dah tentu.. boleh rehat2 luangkan masa dengan family atau kawan2..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
apa yang menarik kerja kerajaan dapat bonus..kerja swasta belum confirm kerana ianya tidak diumumkan dalam bajet
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengenali 8 Kategori Manusia Genius
Betul HB. Kelebihan mungkin boleh nampak disana. Dengan pengumuman macam ni kan. Tapi ada juga PG dengar swasta yang dapat bonus dari syarikat sendiri berlipat kali ganda dari gaji sebenarnya. Sebenarnya, agak cemburu juga pada kakitangan swasta. Bonus untuk kerajaan berbanding swasta, sebenarnya amat berbeza.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kan…sy skrg kerja swasta. Mmg la takde nak kena kerja weekend, tp bos ni kerah tenaga habis2an. Gaji ciput. Bagi keje pukul3, nak siap pukul5. Pastu siap kasi kerja dari company dia yg lg satu. Rasa sgt dipergunakan. Bestnya klu dpt kerja kerajaan.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
menjadi penjawat awam bukan mudah..perlu melalui pelbagai proses..exam, interview..nk lulus tu agak tipis…penjawat awam bnyk kemudahan..kerja sikit tapi benefit bnyk…penjawat swasta kerja berhempas pulas dok gaji mcm tu jgk
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Pucuk pangkalnya, kerja tetap kerja. Dapat gaji, untuk makan, teruskan hidup. Samada swasta atau kerajaan, itu je lah. Gaji tetap gaji kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ye ke sis rosni? Memang agak dipergunakan sebenarnya kan. Sepatutnya kenalah kerja mengikuti company sendiri. huhu. Awak kena start cari kerja dalam sektor kerajaan ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul juga. Sabtu, ahad cuti kan. Memang boleh luangkan masa dengan keluarga. Tapi tengok jugalah dapat kementerian apa dan apa.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Pengalaman bekerja disekotor kerajaan memang menyeronokkan. bekerja 5 hari seminggu. Tetapi tengok pada kementerian. Ada kementerian waktu bekerja kalah waktu kerja sektor swasta.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Hehe. Contoh mungkin dalam bidang kesihatan? Kalau macam PG, PBT sahaja memang agak free la hujung minggu, kecuali dapat arahan untuk turun kerja.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hi asy. Ok, mudah-mudahan permohonan awak dipermudahkan. Memang seronok sebenarnya bekerja dalam sektor kerajaan ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Assalamualaikum…pada pendapat saya..bajet 2015 mstilah bnyk melakukan prubahan dri segi pembayaran,kos harga barang,harga minyak dan laen2..ia bkn sahaja mengenai kemajuan negara tapi termasuk juga rakyat yg serba kekurangan yg tidak mmpu untk menerima harga2 tersebut..wassalam.. #peacenowar
Betul tu awak. Sepatutnya bajet ni bagi PG, kenalah pandang juga rakyat yang ada kan. Tanpa rakyat, mungkin sesebuah negara tidak akan membangun, maybe? Banyak benda lagi sepatutnya kerajaan kena ambil tahu akan masalah rakyat bawahan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Assalamualaikum…pada pendapat saya..bajet 2015 mstilah bnyk melakukan prubahan dri segi pembayaran,kos harga barang,harga minyak dan laen2..ia bkn sahaja mengenai kemajuan negara tapi termasuk juga rakyat yg serba kekurangan yg tidak mmpu untk menerima harga2 tersebut..wassalam.. #peacenowar
semoga apa yang dibentang dalam bajet 2015 ini lebih membawa kemakmuran kepada negara
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
Bajet da dibentangkan. Semoga ada sedikit bantuan atau mungkin ada sedikit penambahbaikan disitu, cubalah untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Berharap badan2 kerajaan or NGO buat seminar ttg apa itu GST supaya golongan bawahan lebih peka apa itu GST. Penting untuk pengetahuan semua org…kepada yg dah taw tu..share2 la…sharing is caring.. 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
seminar GST kepada para peniaga dan usahawan selalu di hebohkan dalam radio tempat saya..terpulang kepada mereka nak pergi atau tidak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengenali 8 Kategori Manusia Genius
Badan kerajaan dan NGO memang mainkan peranan untuk hebah isu GST kepada semua rakyat Malaysia. Tetapi kesedaran sektor swasta dalam mendekatkan staf mereka berhubung isu GST ni masih kurang. Kalau benar nak sokong inisiatif kerajaan untuk GST ini, beri ruang atau tekan sektor swasta untuk staf mereka nampak halatuju GST. Baru adil. Maksud saya, kerajaan tidak bertepuk sebelah tangan atau syok sendiri dengan pelaksanaan GST ni
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Sektor swasta la lagi aktif tahu ttg GST kerana ini melibatkan perniagaan mereka…nak x nak mereka perlu ambil tahu
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Betul. Sekarang pun rakyat masih kurang tahu apa itu GST sebenarnya. Adakah ianya membawa kebaikan atau sebaliknya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.