Azam tahun baru 2016 yang betul

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam entri sebelum ini “Selamat Tahun baru 2016” ada aku catatkan tips setting azam 2016. Mentor motivasi menasihatkan supaya kita menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2016 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2016 yang sudah kita catatkan. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi cetusan minda yang sangat power untuk kita melaksanakan semua azam  yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh-sungguh.

azam 2016

Kepada yang sudah menulis azam 2016 di buku khas semestinya kombinasi azam peribadi, azam keluarga dan azam kerjaya/bisnis. Sila baca setiap hari selama 40 hari dan bacalah bersungguh-sungguh dari rasa hati yang dalam. Kepada yang belum menulis azam 2016 belum terlambat untuk berbuat demikian dan entri “Merancang untuk 2016” boleh dijadikan panduan.

Azam 2016 mesti ditulis dengan tepat jangan terlalu umum contohnya :

  1. Saya ingin berjaya, ini azam yang umum. Kena tulis berjaya bagaimana, contohnya saya ingin membuka satu perniagaan dengan menjana jualan RM10K sebulan.
  2. Saya nak baca Al Quran setiap hari, ini umum. Yang tepat, saya ingin membaca lebih daripada 5 ayat Al Quran setiap hari selepas solat Suboh.
  3. Saya nak menjadi anak yang soleh ini umum. Tulislah saya nak menelefon ibu bapa saya setiap dua hari sekali, menziarahi mereka sebulan sekali dan memberi duit kocek RM500 sebulan.
  4. Saya nak kurus itu umum. Tulislah  saya hendak mengurangkan berat badan 3 kilo sebelum 30 Jun dan mengurangkan 3 kilo lagi sebelum 31 Disember 2016. Jumlah berat badan yang perlu saya kurangkan adalah 6 kilogram pada tahun 2016.
  5. Saya nak membaca lebih banyak buku itu azam yang umum. Tulislah saya hendak membaca sebuah buku ilmiah setiap bulan jadi jumlah saya akan baca 12 buah buku pada tahun 2106.
  6. Saya nak banyak bersedekah juga umum. Tulislah saya akan sedekah RM50 setiap kali solat Jumaat dan RM50 seminggu untuk sedekah dan infaq di Madrasah di seluruh dunia.
  7. Saya nak jadi blogger yang berjaya juga umum. Tulislah saya nak menulis entri yang berkualiti tiga kali seminggu, menulis komen di 10 blog yang berkualiti setiap hari, ikut serta anugerah blog MSMW dan  hadir tiga acara blog Malaysia.
  8. Menambah ilmu bisnis juga umum. Tuliskan saya akan hadir 6 kelas atau seminar bisnis berbayar dalam tahun 2016.
  9. Saya nak jadi jutawan juga umum. Tulislah saya nak ada simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1juta dalam tempoh dua tahun dengan buat bisnis bersama Jemaah Bisnis Denaihati.

Kesimpulan azam kita mesti ditulis dengan tepat bukan sekadar membayangkan sahaja. Dengan menulis  baru azam tersebut masuk  ke dalam jiwa kita sebenar. Kalau belum pernah menulis azam tahun baru dan membaca setiap hari selama 40 hari, sila buat dan lihat hasilnya.

survey azam 2015

Di akhir tahun 2016 kita mesti jadi seperti mereka 37% yang gembira dengan prestasi mereka untuk tahun 2015. Insyaa Allah kita boleh berubah dengan perancangan yang betul dan tepat. Perbetulkan kesilapan silam yang hanya membayangkan azam baru yang akhirnya jadi bayang-bayang ngeri yang tidak pernah tercapai.


Spread the love

223 Comments

    1. Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo
      Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  1. Kita kadangkala terkeliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu dilaksanakan
    Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  2. Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik. Jika anda amat jarang baca Quran sepanjang tahun, janganlah pula dibuat azam akan baca Quran 15 juzuk setiap hari!!!.
    Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  3. Setelah berahun-tahun buat azam tahun baru dan cuba laksanakan azam yang telah dibuat, saya perhatikan bahawa sentiasa saja ada azam tahun baru yang berjaya dilaksanakan dan ada juga azam tahun baru yang gagal sama sekali dituruti.

    1. Malah ada azam yang dibuat hanya sekadar penyedap mulut yang tidak masuk ke dalam hati. Azam tersebut tidak ada kesan perubahan langsung pada diri atau kehidupan kita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!