Asia Internet Congress peluang jadi jutawan senyap

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Selama tiga hari team Denaihati berkampung di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mengikuti Asia Internet Congress. Beberapa bulan lepas ternampak iklan Asia Internet Congress di wall Facebook dengan yuran kemasukan percuma. Peluang tambah ilmu memang tak dilepaskan terus je mendaftar untuk perancangan go next level 2014.

Setelah tiga hari berkampung di Sunway Convention Centre memang tak menyesal beli tiket VIP terpacak kat depan pentas kerana mengisiannya memang mencetus motivasi untuk perancangan 2014 dengan berbagai cara mesin buat duit secara online. Asia Internet Congress (AIC) bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali yang dianjurkan setiap tahun dan sudah terlalu banyak testimoni kejayaan.

Asia Internet Congress
Asia Internet Congress

Semasa seminar buat duit dengan blog awal tahun 2013 kita telah didedahkan dengan gandakan duit secara online dengan iklan di blog dan sistem affiliate. Sebenarnya menjual ruang iklan di blog tidak boleh menjadikan kita jutawan internet terutama apabila persaingan semakin hebat sehingga ada diantara rakan blogger yang terlebih bersaing menyebabkan bermasam muka. Tidak ada seorang pun penceramah yang naik pentas di AIC2013 berkongsi tips jadi jutawan internet dengan iklan di blog.

Asia Internet Congress
Para peserta Asia Internet Congress

Daripada perkongsian penceramah yang diketuai Fabian Lim jutawan internet dan rakan-rakan telah terbukti menjadi jutawan internet ada berbagai cara. Paling penting untuk kita menjadi jutawan internet secara senyap mesti dengan bekerjasama satu sama lain bukan berperang dalam satu komuniti yang kecik. Konsep kerjasama yang mereka tunjukan sangat menguja dan memang terbukti dengan jelas daripada teori yang selama ini aku kongsikan.

[box type=”shadow”]Orang Cina berjaya bukan kerana duit walaupun memang mereka ada  duit, mereka berjaya bukan juga kerana ilmu walaupun memang ada banyak ilmu bisnis TETAPI mereka berjaya kerana bekerjasama dalam network.[/box]

Anda nak tahu bagaimana nak jadi jutawan internet??

Kepada yang follow instagram Denaihati pasti ada sedikit perkongsian tips untuk berjaya menjadi usahawan internet. Tak pun baca sedikit rahsia yang dibongkar untuk menjadi jutawan internet di blog Eizil dan blog Abangensem. Singgahlah.

Perhatikan iklan di Facebook untuk Asia Internet Congress 2014 . Korbankan masa dan melabur sedikit duit untuk menimba ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Mana ada jalan ilmu nak free tapi nak jadi jutawan. Masalahnya kita selalu sangat mengharap bantuan orang lain terutama Kerajaan tetapi kita sendiri tak bantu diri kita sendiri tetapi bagi berbagai alasan untuk kegagalan diri sendiri .. sampai bila???

Asia Internet Congress

(Nota : Kelas junior dan Master buat blog terakhir akan diadakan bulan November dan Disember … selepas itu kami akan berehat daripada mengajar kerana ingin fokus dengan strategi menjadi jutawan internet yang kami telah pelajari semasa AIC2013 … dah ada ilmu tak diamalkan tak gunakan!!)

92 Comments

  1. bagusnya orang cina, tak pernah kedekut ilmu nak berkongsi. kalau melayu ni, bila ditanya mesti taknak bagitau, Contoh macam masa belajar dekat uitm dulu jenis semua nak belajar. awak ni tak lah pandai. Bila tanya camne nak buat ni? mesti cakap ” jap2. ” padahal dia nak siapkan dia punya dulu. sama2 nak belaja3, tapi xnak sama susah. nak dia kedepan dulu baru dia akan tolong orang yang lambat., tu lah melayu,. Bukan nak rendahkan bangsa sendiri. tapi hasad dengki dalam jiwa tu payah nak buang,
    Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..WARNAMy Profile

  2. ya sampai bila kita nak harapkan orang lain?
    kalau nak berjaya, semuanya bergantung pada diri kita
    terbaik Denaihati kerana sering pergi majlis Ilmu

  3. terlepas pandang entri ni, teruja jugak bila baca dengan blog boleh jadi jutawan, saya perhatikan kesemua jutawan internet bukan melalui iklan2 yg ditampal kat blog mereka, tapi mereka memasarkan produk mereka melalui blog, bak kata orang bijak pandai, blog menjadi medium pemasaran…. paling tidak mereka memasarkan cerita2 menarik kehidupan sendiri.

    bila ramai yg tertarik, banyaklah pelawat dan banyaklah tawaran…dari syarikat2 besar nak beiklan melalui tulisan advertorial…tu yg banyak masyuk tu…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!