Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Selama tiga hari team Denaihati berkampung di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mengikuti Asia Internet Congress. Beberapa bulan lepas ternampak iklan Asia Internet Congress di wall Facebook dengan yuran kemasukan percuma. Peluang tambah ilmu memang tak dilepaskan terus je mendaftar untuk perancangan go next level 2014.
Setelah tiga hari berkampung di Sunway Convention Centre memang tak menyesal beli tiket VIP terpacak kat depan pentas kerana mengisiannya memang mencetus motivasi untuk perancangan 2014 dengan berbagai cara mesin buat duit secara online. Asia Internet Congress (AIC) bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali yang dianjurkan setiap tahun dan sudah terlalu banyak testimoni kejayaan.
Semasa seminar buat duit dengan blog awal tahun 2013 kita telah didedahkan dengan gandakan duit secara online dengan iklan di blog dan sistem affiliate. Sebenarnya menjual ruang iklan di blog tidak boleh menjadikan kita jutawan internet terutama apabila persaingan semakin hebat sehingga ada diantara rakan blogger yang terlebih bersaing menyebabkan bermasam muka. Tidak ada seorang pun penceramah yang naik pentas di AIC2013 berkongsi tips jadi jutawan internet dengan iklan di blog.
Daripada perkongsian penceramah yang diketuai Fabian Lim jutawan internet dan rakan-rakan telah terbukti menjadi jutawan internet ada berbagai cara. Paling penting untuk kita menjadi jutawan internet secara senyap mesti dengan bekerjasama satu sama lain bukan berperang dalam satu komuniti yang kecik. Konsep kerjasama yang mereka tunjukan sangat menguja dan memang terbukti dengan jelas daripada teori yang selama ini aku kongsikan.
[box type=”shadow”]Orang Cina berjaya bukan kerana duit walaupun memang mereka ada duit, mereka berjaya bukan juga kerana ilmu walaupun memang ada banyak ilmu bisnis TETAPI mereka berjaya kerana bekerjasama dalam network.[/box]
Anda nak tahu bagaimana nak jadi jutawan internet??
Kepada yang follow instagram Denaihati pasti ada sedikit perkongsian tips untuk berjaya menjadi usahawan internet. Tak pun baca sedikit rahsia yang dibongkar untuk menjadi jutawan internet di blog Eizil dan blog Abangensem. Singgahlah.
Perhatikan iklan di Facebook untuk Asia Internet Congress 2014 . Korbankan masa dan melabur sedikit duit untuk menimba ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Mana ada jalan ilmu nak free tapi nak jadi jutawan. Masalahnya kita selalu sangat mengharap bantuan orang lain terutama Kerajaan tetapi kita sendiri tak bantu diri kita sendiri tetapi bagi berbagai alasan untuk kegagalan diri sendiri .. sampai bila???
(Nota : Kelas junior dan Master buat blog terakhir akan diadakan bulan November dan Disember … selepas itu kami akan berehat daripada mengajar kerana ingin fokus dengan strategi menjadi jutawan internet yang kami telah pelajari semasa AIC2013 … dah ada ilmu tak diamalkan tak gunakan!!)
No related posts.
92 Comments
Nak kena lebih serius dan sanggup berkorban utk capai lebih kejayaan…
terima kasih tuan DH utk motivasi ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol
Sama-sama kita bekerjasama dan menuju ke puncak kejayaan . Memang benar , sesuatu pelaburan itu amat berbaloi jika ianya adalah untuk kemajuan diri dan bidang yang kita ceburi
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #79
Pelaburan berterusan pastinya akan memberikan pengalaman yang boleh digunakan untuk memperbaiki diri secar a ilmiah
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Mee Bandung UDANG HARIMAU Restoran Bisik Bisik
mesti banyak ilmu join forum tuh , oh rugi den sebab baru tau pasal forum tuh…huhu
Curahan rasa papa mifz @ ..Papa Jom Tidur
setuju sangat. orang Cina memang bekerjasama untuk memajukan antara satu sama lain selain daripada mereka bijak menguasai ilmu kewangan. Mereka faham bagaimana duit bekerja.
Curahan rasa Sya Isya @ ..PERCUMA! CD AUDIO MP3 IDEA BISNES DARI RUMAH
Jual iklan xkan jadi kaya, hehe..aku dgr ayat nie pertama dari blog yang banyak iklan, ben ashaari..
Curahan rasa Eridy @ ..5 langkah menjaga keselamatan blog wordpress
hoho..nak buat duit ni ada banyak cara..tak senang dan tak susah. Dan semestinya tak mustahil.
Cuma kena ada caranya sahaja.
Curahan rasa titan @ ..Hadiah dari Awek Mesir.
saya sangat bersetuju dengan pendapat yang menyatakan kerjasama dalam network
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Kebaikan Bersetubuh Dari Sudut Saintifik (Siri 1)
Susah hendak mendapat ilmu secara percuma. Kalau ada seminar percuma pun hanya tip-tip yang biasa didengari.
Curahan rasa akubiomed @ ..Idam pulau Bali sebagai percutian romantik
Selalu je program affiliate buat contest macam nie. Akan ade somekind of network yang ade beberapa orang ahli untuk menjana komisyen. Memang masyuk. Seminggu senang2 je diorang boleh dapat berpuluh puluh ribu dollar.
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-43 Dari Jobdirumah
tak perasan pula ads ni, klu perasan pasti join juga. btw den masih belum berkesempatan ke kelas master wp..
Curahan rasa Zuan @ ..5 Tips Memilih Buku Yang Bagus Untuk Dibaca
Jutawan hartanah, Alhamdulillah gua dah berjaya. Next year, target gua adalah jutawan internet pula. Moga dipermudahkan.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Kelas Asas Main Saham
Teach me bro..nak kenakan bayaran pun saya ok untuk ilmu…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Proposal Menang Menang
Berbaloi meluangkan masa untuk menyertai seminar macam ni… Diharap para peserta berjaya menjadi jutawan internet seperti Irfan Khairi..
Curahan rasa Anuar @ ..Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM untuk Subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Matematik Tambahan
Comments are closed.