Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Selama tiga hari team Denaihati berkampung di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mengikuti Asia Internet Congress. Beberapa bulan lepas ternampak iklan Asia Internet Congress di wall Facebook dengan yuran kemasukan percuma. Peluang tambah ilmu memang tak dilepaskan terus je mendaftar untuk perancangan go next level 2014.
Setelah tiga hari berkampung di Sunway Convention Centre memang tak menyesal beli tiket VIP terpacak kat depan pentas kerana mengisiannya memang mencetus motivasi untuk perancangan 2014 dengan berbagai cara mesin buat duit secara online. Asia Internet Congress (AIC) bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali yang dianjurkan setiap tahun dan sudah terlalu banyak testimoni kejayaan.
Semasa seminar buat duit dengan blog awal tahun 2013 kita telah didedahkan dengan gandakan duit secara online dengan iklan di blog dan sistem affiliate. Sebenarnya menjual ruang iklan di blog tidak boleh menjadikan kita jutawan internet terutama apabila persaingan semakin hebat sehingga ada diantara rakan blogger yang terlebih bersaing menyebabkan bermasam muka. Tidak ada seorang pun penceramah yang naik pentas di AIC2013 berkongsi tips jadi jutawan internet dengan iklan di blog.
Daripada perkongsian penceramah yang diketuai Fabian Lim jutawan internet dan rakan-rakan telah terbukti menjadi jutawan internet ada berbagai cara. Paling penting untuk kita menjadi jutawan internet secara senyap mesti dengan bekerjasama satu sama lain bukan berperang dalam satu komuniti yang kecik. Konsep kerjasama yang mereka tunjukan sangat menguja dan memang terbukti dengan jelas daripada teori yang selama ini aku kongsikan.
[box type=”shadow”]Orang Cina berjaya bukan kerana duit walaupun memang mereka ada duit, mereka berjaya bukan juga kerana ilmu walaupun memang ada banyak ilmu bisnis TETAPI mereka berjaya kerana bekerjasama dalam network.[/box]
Anda nak tahu bagaimana nak jadi jutawan internet??
Kepada yang follow instagram Denaihati pasti ada sedikit perkongsian tips untuk berjaya menjadi usahawan internet. Tak pun baca sedikit rahsia yang dibongkar untuk menjadi jutawan internet di blog Eizil dan blog Abangensem. Singgahlah.
Perhatikan iklan di Facebook untuk Asia Internet Congress 2014 . Korbankan masa dan melabur sedikit duit untuk menimba ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Mana ada jalan ilmu nak free tapi nak jadi jutawan. Masalahnya kita selalu sangat mengharap bantuan orang lain terutama Kerajaan tetapi kita sendiri tak bantu diri kita sendiri tetapi bagi berbagai alasan untuk kegagalan diri sendiri .. sampai bila???
(Nota : Kelas junior dan Master buat blog terakhir akan diadakan bulan November dan Disember … selepas itu kami akan berehat daripada mengajar kerana ingin fokus dengan strategi menjadi jutawan internet yang kami telah pelajari semasa AIC2013 … dah ada ilmu tak diamalkan tak gunakan!!)
No related posts.
92 Comments
Menjadi penasaran akan Ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang akan dikongsikan setelah team Denaihati mengikuti Asia Internet Conggres ini
Curahan rasa Ferry @ ..Kemuliaan Keutamaan Bulan Muharram
Kami tunggu share hasil ikut konggresnya!
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Tips Menghadapi Penerapan Google Hummingbird (Bagian 4)
Ruginya tak dapat join… Last minute baru tau :'(
Semoga kita sama-sama berjaya menjadi Jutawan Muslim suatu hari nanti, insyaAllah 😀
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Terbaik & Berkesan Merawat Masalah Keputihan
Good luck bro utk 2014 nanti…
Curahan rasa hafiz @ ..Tips membuat roti lembut
kenapalah tak nampak iklan tu..adeh..rugi rasanya..hoho..apa yang dikatakan bro tu memang betul…:D
konsep recurring income yang dicari tu secara basicnya dh saya nampak..cuma usaha nak ke arah itu masih lagi terbantut….mungkin banyak lagi yang perlu dibuat..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Apa Harapan Bajet 2014?
memang byk cara nak cari duit pakai internet atau online ni,,, Tq tuan kerana berkongsi sedikit info
Curahan rasa MrJocko @ ..Merempit Dengan Yamaha Ego S Enjin 125cc
walaupun xde yang kongsi tips nak jadi jutawan tu..tapi mesti banyak ilmu lain kan..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kehebatan Bomba Penyelamat KL
aku tak pegi sbb… ergghh…. sebab apa ya.. hoho…
Curahan rasa encikarman @ ..Budu dalam paket, tiub
bes dapat attend benda tapi apa kan daya, masa tak izinkan, huhu
Curahan rasa Farzli @ ..Seorang lagi bakal vlogger Malaysia?
nak berjaya tak boleh bagi alasan … masa tak de lah … jauh lah … dan macam2 lagi alasan lagi sebab orang berjaya tak pernah bagi alasan tetapi akan usaha dan terus usaha
Untuk berjaya dalam apa juga bidang ilmu adalah perlu. Semoga sentiasa sukses.
Curahan rasa JunAina @ ..Buah Yang Menyihatkan Mata
Iskh sapa x teringin nk jadi jutawan kn
Curahan rasa weschairs @ ..Nissan Zeod – kereta elektrik terpantas?
semoga perancangan ke arah jutawan internet dipermudahkan
Curahan rasa Mus @ ..Perkhidmatan Pembersihan Sensor Dari Nikon Service Team Di Kota Kinabalu
alhamdulillah dan tahniah atas ilmu yang diperolehi
terimakasih juga atas perkongsian ini
moga terus sukses
aminnn
Memang kena banyak berkorban untuk berjaya..kena mencabar diri walau terasa diluar kemampuan..
Curahan rasa Ustazahain @ ..Amalan Ibu Bapa Untuk Anak-anak Tersayang
Serius x tau tentang benda ni..kalau tau mungkin boleh join.apa2 pun kelas wp master sy akan join nov nanti..x sabar plak rasa..hoho
Curahan rasa hafizrahim @ ..SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013
Comments are closed.