Arsenal vs Everton and EPL 2011/12 Results Week #15

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak yang kita sebagai seorang manusia boleh belajar daripada EPL. EPL adalah perlawanan liga bola sepak England yang mengambil masa yang panjang diselit dengan Carling Cup, FA Cup dan Champions League. Kekuatan mental dan daya tahan sesebuah pasukan sangat penting untuk sentiasa ada pada prestasi terbaik sepanjang masa. Di awal musim team Arsenal kelihatan hampir musnah apabila pemain super star berhijrah ke kelab lain kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

Dipertengahan musim Manchester United yang pada awalnya kelihatan begitu gagah tetapi kelihatan begitu rapuh dan terkeluar dari saingan Champions League dan team Chelsea masih terumbang ambing. Manchester City kelihatan begitu gagah tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan berlaku pada bulan-bulan yang akan datang. Prestasi sesuatu pasukan akan menjadi lebih merosot apabila ada antara pemain utama yang cedera. Begiitulah uniknya EPL setiap musim. Manusia juga begitu kepada yang kuat mental dan daya tahan itulah yang akan sukses dalam hidup dan kerjaya.

Arsenal berjaya meneruskan perjuangan Champions League tapi sebelum itu perlu melalui 2 perlawanan EPL yang penting untuk berada dikelompok 4 pasukan terbaik EPL. Week #15 Arsenal akan menerima kujungan Everton. Arsenal vs Everton adalah perlawanan yang menarik terutama setelah Arteta berhijrah dari Everton ke Arsenal. Kehadiran Arteta di Arsenal sangat dirasai bagi mengantikan Febregas.

Barisan pemain Arsenal vs Everton : Szczesny, Djourou, Koscielny, Mertesacker, Vermaelen, Arteta, Song, Ramsey, Walcott, Van Persie, Gervinho.

Keputusan Arsenal vs Everton : 1 – 0

Live Streaming Arsenal vs Everton @ Goal.com

Anda juga boleh mengikut live Arsenal vs Everton pada jam 11pm waktu Malaysia, 10/12/2011 melalui live streaming Twitter dengan hashtag #Arsenal yang akan di update setiap saat oleh Arsenal Fan seluruh dunia atau Astro ESPN HD Channel 831.

Happy Birthday Arsenal #125

Video Jaringan Hebat Van Persie

Keputusan EPL 2011/12 Week #15

Keputusan Bolton vs Aston Villa : 1 – 2

Keputusan Norwich vs Newcastle : 4 – 2

Keputusan Swansea vs Fulham : 2 – 0

Keputusan Manchester United vs Wolves : 4 – 1

Keputusan Liverpool vs QPR : 1 – 0

Keputusan WBA vs Wigan : 1 – 2

Keputusan Sunderland vs Blackburn : 2 – 1

Keputusan Stoke vs TOT : 2 – 1

Keptusanan Chelsea vs Manchester City : 2 – 1


Spread the love

49 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!