Jadi yang pertama dapat iPhone 4S Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, confirm gadget impian ramai Rakan Blogger iPhone 4S Malaysia akan dilancarkan di Malaysia oleh Celcom di La Bodega, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur Jam 12.00 am pada 16/12/2011. Kepada peminat iPhone 4S cepat daftar di Celcom.com.my/iphone untuk menjadi antara yang bertuah hadir bersama dihari pelancaran rasmi iPhone 4S Celcom atau kepada yang nak pre-order pun guna link yang sama. Pendaftaran di buka dari 9 – 13/12/2011 dan yang bertuah akan mula berbaris pada jam 9.00pm, 15/12/2011. Banyak hadiah menarik disediakan untuk mereka yang terpilih.

Ramai yang kata tak berbaloi beli iPhone 4S hanya kerana SIRI. Bagi aku yang dah menggunakan iPhone 4S 32GB hadiah daripada seorang teman prestasi iPhone 4S sangat berbeza dengan iPhone 4 bukan hanya sekadar SIRI. iPhone 4S sepatut dinamakan iPhone 5 tetapi mungkin Apple ingin dedikasi khas untuk mantan pengasas Apple, Steve Jobs maka gadget terbaru ini dinamakan sebagai iPhone for Steve (iPhone 4S)…. mungkin.

Kalau ada Rakan Blogger yang berniat nak tukar kepada smartphone iPhone tukarlah kepada iPhone 4S memang berbaloi-baloi. Kepantasan terbaik dengan sistem dual-core A5, kualiti gambar dan video terbaik dengan kamera 8 megapixel, iOS 5 yang mempunya berbagai aplikasi baru serta iCloud dan SIRI menjadikan iPhone 4S ternyata jauh berbeza dengan iPhone 4. Harga iPhone 4S pun tak jauh beza dengan harga iPhone 4 ketika mula dilancarkan di Malaysia.

Gambar iPhone 4S

Aku memang dah lama gunakan iPhone 3GS, iPhone 4 dan kini iPhone 4S dengan jaringan Celcom memang terbaiklah sebab masuk pendalaman pun ada coverage terutama kat kampung halaman aku di Sabak Bernam dan Segamat. Kepada yang bercadang nak beli iPhone 4S boleh juga guna kemudahan bayaran fleksi Celcom 0% yuran dengan menggunaka kad kredit Maybank, CIMB, CitiBank, RHB dan HSBC. Boleh juga menggunakan kemudahan AEON Credit Financing dengan yuran 0%.

Best kalau Celcom dan Innity sudi jadi sponsor iPhone 4S untuk contest Gadget Impian.


Spread the love

126 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!