Apa itu Takhbib? Ulama menyatakan hukumnya haram

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Apa yang dimaksudkan dengan takhbib?

Perkataan takhbib daripada segi bahasa dan istilah bermaksud seorang lelaki merosakkan hamba atau isteri kepada orang lain, manakala maksud al-khabb pula ialah kerosakan, kekejian dan penipuan.

Baca: 13 Petua Power Ubah Nasib Diri & Keluarga

Islam sangat melarang tindakan seseorang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ خَبَّبَ زَوْجَةَ امْرِئٍ أَوْ مَمْلُوكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang atau terhadap hamba yang orang itu miliki maka dia bukan daripada kalangan kami. (Hadis riwayat Abu Daud (5170)

Sabdaan yang lain, diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Siddiq RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خِبٌّ وَلاَ مَنَّانٌ وَلاَ بَخِيلٌ

Maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang melakukan takhbib (tipu daya), mannan (pengungkit sedekah atau pemberian), dan bakhil (orang yang kedekut). (Hadis riwayat al-Tirmidzi (1963)

Imam Abu al-Ala al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/83-84) dalam mensyarahkan hadis ini menyatakan ‘tidak masuk syurga’ bererti dilambatkan masuk syurga. Khibbun atau khabbun bererti penipu yang merosakkan hubungan sesama manusia dengan penipuannya.

Para ulama berpendapat perbuatan takhbib ini adalah haram. Mereka berpandangan seseorang yang merosakkan hubungan antara pasangan suami isteri, dengan memperdaya atau menyebabkan isteri itu menuntut perceraian maka lelaki tersebut telah melakukan dosa yang besar.

Selain itu, Ini termasuk juga perbuatan menunjukkan perceraian itu sebagai baik supaya dia boleh berkahwin dengan wanita itu atau membolehkan orang lain berkahwin dengannya.

Sebahagian fuqaha menyatakan dengan jelas bahawa hendaklah lelaki itu dihukum dengan hukuman yang menyempit dan mengancamnya (mungkin seperti penjara, dipulaukan atau boikot, dibuang negeri dan sebagainya), bahkan sebahagian ulama Malikiyyah berkata dengan hukuman mengharamkan nikah secara ta’bid (selamanya) antara wanita yang diperdaya dan lelaki yang memperdayanya.

Dalam mazhab al-Syafie, wanita yang bercerai daripada suaminya tidaklah diharamkan daripada berkahwin dengan lelaki yang melakukan takhbib. Oleh itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan mereka sah tetapi mereka masih menanggung dosa takhbib.

Wajiblah ke atas keduanya bertaubat dan menyesal atas perbuatan mereka. Sebaiknya jika masih dalam iddah, usahakan memulihkan semula hubungan antara pasangan yang baru bercerai. Isu khianat sebegini sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana mungkin sahaja suatu hari nanti perkara yang sama berlaku kepada suami penanya.

Justeru, apabila berlaku kemelut dan krisis rumah tangga hendaklah berbincang dengan baik dan juga bertanya kepada orang yang soleh daripada kalangan keluarga yang begitu arif dengan pengalaman kekeluargaan.

Baca: Kenapa Isteri Selalu Marah-Marah, Ini Perkongian Dari Ustaz Ebit Lew

Begitu juga, sebagai alternatif terakhir pergilah ke kaunselor yang bertauliah di pejabat jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk merungkai kekhilafan yang berlaku dan mencari titik perdamaian untuk keharmonian rumah tangga.

Sentiasa mohon doa pada Allah supaya dikurniakan isteri dan zuriat yang baik-baik dan soleh serta solehah. Amin.

Amalkan doa ini InsyaAllah,

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Sumber: Mufti Wilayah


Spread the love

7 Comments

  1. Dunia dah akhir zaman. Tak boleh nak cakap orang saja. Perlu sentiasa ingat mengingati. nauzubillah

  2. adakah termasuk takhbib apabila pihak ketiga , contoh rakan sekerja, memfitnah si polan dengan si polan berskandal sehingga salah satu pasangan naik angin dan melafazkan perceraian. pihak ketiga bukan suka pun pada rakan sekerja tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!