15 Keburukan Zina Untuk Dijadikan Pengajaran

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Islam sudah meletakkan garis jelas berhubung perbuatan halal haram daripada segenap aspek termasuk melakukan persetubuhan. Lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang tidak halal baginya iaitu yang belum dinikahinya adalah satu perbuatan zina dan berdosa besar.

Baca : Solat, Tapi Masih Melakukan Maksiat

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kaba’ir menjelaskan tentang 15 keburukan zina kepada pelakunya dan seharusnya kita mengambil iktibar dalam perkara ini.

1. Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

2. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniyyah.

3. Dicabut iman daripada hatinya ketika berzina seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh.

4. Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina pada hari kiamat, tidak mahu melihatnya dan tidak menyucikannya daripada dosa dan baginya azab yang pedih.

5. Dosa paling besar selepas syirik kepada Allah SWT dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak.

6. Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam negara bagi penzina yang sempit bahagian dasarnya dan luar bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit kerana panas yang melampau.

7. Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyeksa penghuni neraka.

8. Iblis berbangga dengan tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka.

9. Mendapat tiga keburukan di dunia, dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran.

10. Memperoleh tiga keburukan akhirat iaitu kemurkaan Allah, perhitungan amal buruk dan azab neraka.

11. Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman peminum arak.

Baca : Berazam tinggalkan kemungkaran mendapat pahala

12. Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang di dalamnya ada ular dan kala jengking sebesar baghal yang memiliki 70 duri yang berbisa menyengat penzina selama 1,000 tahun hingga terlerai dagingnya.

13. Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.

14. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.

15. Merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan.

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat…” 

(Surah al-Isra’, ayat 32)

Allahurabbi. Sungguh Allah mengeji seseorang yang melakukan penzinaan ni. Nauzubillahiminzalik. Saya kongsikan kaedah ringkas cara-cara menjauhi perbuatan zina:

1. Memilik ilmu agama
2. Menjaga pandangan
3. Menjauhi pergaulan bebas
4. Menutup peluang yang membawa kepada zina
5. Mendidik keluarga dan masyarakat
6. Berkahwin
7. Berdoa kepada Allah

Semoga Allah jaga kita semua. Wallahualam.

Dah baca? Jangan lupa tekan share yee 🙂

Baca : 3 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar


Spread the love

4 Comments

  1. berat sungguh hukuman si penzina ini. bukan perkara ringan ringan kan. semoga dijauhi daripada perkara sebegini

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!