Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tak ada rezeki blog Denaihati yang terpilih untuk pencalonan awal APO2016 tetapi tidak terpilih antara lima blog yang masuk final. Tidak kecewa kerana terpilih untuk pencalonan awal juga penjenamaan dan back link yang sangat baik utk mengukuhkan blog Denaihati.
Malam anugerah APO 2016 pada 30.04.2016 bertempat Auditorium Perdana Angkasapuri RTM aku mendapat dua jemputan melalui Master Chef Papa Jo dan calon aktor pilihan dan calon lelaki tampan, Adi Putra. Pertama kali menjejaki kaki di RTM dan pertama kali berjalan di Purple Carpet dalam acara yang sangat meriah.
Ramai juga blogger dan tentunya seleberiti yang memeriahkan majlis pertama APO 2016 anjuran MStar, Suria.fm dan Dnars Kosmetik. Ramai juga artis yang tak datang mungkin mereka rasa tidak penting sedangkan mereka tidak sedar inilah cara undian anugerah masa depan. Ada ke peminat yang rajin nak beli surat khabar dan potong borang pengundian di masa depan??
Secara keseluruhan masjiis APO2016 berjalan sangat lancar dengan persembahan yang menarik tanpa acara remeh temeh yang membosankan penonton. Adi Putra juga buat persembahan menyanyikan lagu tema Cinta Si Wedding Planner walaupun kurang sihat.
Tahniah kepada semua pemenang termasuk Siakap Keli yang menang untuk katogeri Blog Pilihan Online. Tapi sedih juga bila pemenang hanya hantar wakil sahaja. Tahniah kepada Akim @ The Majistret yang terpilih untuk menang Anugerah Pilihan Online terunggul.
Kami pulang awal kerana perlu menghantar Adi Putra balik ke Prince Medical Center untuk sambungan rawatan.
90 Comments
Nak menang memang sukar tetapi jika diusahakan dari sekarang, mungkin blog denaihati boleh berjaya. Saya sebagai pengikut setia Denaihati pasti menyokong sepenuhnya.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Ada hati semua jadi… Walaupun kebarangkalian nak menang tu memang susah, tapi kita juga disyorkan supaya tidak berputus asa..
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Semau yang berjaya hebat-hebat semua, harap tahun depanlebih meriah lagi. Pasti blog Denaihati.com boleh berjaya tahun depan 2017. Insha Allah….
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Ya.. Saya pun harap macam tu juga… Saya percaya ramai blogger turut berharap Blog Denaihati dapat menang anugerah dalam Anugerah Pilihan Online yang akan datang…
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Tahniah buat semua pemenang, nasib tidak menyebelahi Denaihati.com tetapi boleh cuba lagi di lain masa. Tahniah buat Siakap keli (SK) yg berjaya anugerah blog pilihan online.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Kelebihan Siakap keli ialah mereka selalu buat info-info yang boleh jadi Viral di facebook…
Setiap kali viral, populariti Siakap Keli semakin meningkat… Pasal tu senang nak menang angerah….
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Taniah untuk pemenang
Makin rancak lah pengiklan yang akan beriklan pada finalis -finalis anugerah ini
Curahan rasa onlajer @ ..Riang ria bosscoffee di Danga City Mall
Ya biasanya macam tu lah… Blog yang terkenal biasanya mempunyai mempunyai ramai pengikut. Bila dah ada ramai pengikut senang nak meraih undian….
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Untungla abg amir duduk sebelah pujaan hatiku Adi Putra.. haha
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Identiti Gadis Gemok Yang Kutuk Produk Melayu Dibongkar
Oppss… Media Sensasi peminat tegar Haji Adi Putra rupanya… Lepas ni kena berbaik dengan Haji Amir… Sebab sekarang ni bukan main rapat dengan Adi Putra… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
tahniah kepada yang menang.
tahniah juga kepada yang tidak menang.
semoga anugerah ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan poket blogger-blogger malaysia.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Apa itu Latihan Separa Perubatan?
Ya.. Harapnya macam tulah.. semoga semakin banyak rezeki blogger-blogger di Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Dah macam-macam anugerah sekrang ni … paling best ada kategori untuk blogger .. itu yang menarik. Masyarakat dan media dah nampak peranan blogger ni … jadi blogger kena pandai2lah bawa diri dan jenama blog masing-masing untuk lebih dikenali.
Syabas pada Siakap Keli yang menang kategori blog pilihan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Kaya Raya Menerusi Bisnes Air Balang
Tumpang seronok bila ada penghargaan diberikan kepada blogger dalam majlis anugerah-anugerah berprestij….
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online – Siti Nurhaliza
Lelaki Tampan Pilihan Dnars – Saharul Ridzwan
Wanita Anggun Pilihan Dnars – Mia Ahmad
Curahan rasa Anuar @ ..Antara Buku-buku BESTSELLER PBAKL boleh dibeli secara Online!
Hah… Dah dapat dah pun..
Aktor Terbaik Pilihan Online – Saharul Ridzwan
Aktres Terbaik Pilihan Online – Mia Ahmad
Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online – Hazama
Curahan rasa Anuar @ ..Antara Buku-buku BESTSELLER PBAKL boleh dibeli secara Online!
Kemudian siapa lagi yang menang untuk beberapa anugerah yang lain? Kena cari dekat google ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Antara Buku-buku BESTSELLER PBAKL boleh dibeli secara Online!
Siapa yang menang Rantai Mutiara berharga RM195,000 tajaan Rafflesia tu? Hari tu tak sempat nak tengok siaran live di Kaca TV..
Curahan rasa Anuar @ ..Antara Buku-buku BESTSELLER PBAKL boleh dibeli secara Online!
suka juga tengok APO, padanlah glamer nama mira filzah lately ni ya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya
bestnye dalam join majlis camtu. tapi takpe.semoga denaihati ada rezeki di lain masa…aamiin
tengok juga sekejap APO hari tu ..masa diaorang umumkan kumpulan Akim and Majistret menang…baru tahu ada majlis sebegini.. Ni first time ke ada anugerah online macam ni? Maaf, saya jarang tengok TV..hehe
Curahan rasa jida @ ..Testimoni Vivix Untuk Pesakit Bell’s Palsy
Tahniah! Satu anugerah yang gempak memberikan satu kelainan. jarang-jarang sekali saya lihat.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Rumah Untuk Dijual
Memang jarang sangat ada anugerah begini di Malaysia, satu pembaharuan nie
Curahan rasa yangbaik @ ..PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2
Comments are closed.