Anugerah Pilihan Online 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tak ada rezeki blog Denaihati yang terpilih untuk pencalonan awal APO2016 tetapi tidak terpilih antara lima blog yang masuk final. Tidak kecewa kerana terpilih untuk pencalonan awal juga penjenamaan dan back link yang sangat baik utk mengukuhkan blog Denaihati.


 Malam anugerah APO 2016 pada 30.04.2016 bertempat Auditorium Perdana Angkasapuri RTM aku mendapat dua jemputan melalui Master Chef Papa Jo dan calon aktor pilihan dan calon lelaki tampan, Adi Putra. Pertama kali menjejaki kaki di RTM dan pertama kali berjalan di Purple Carpet dalam acara yang sangat meriah.


 Ramai juga blogger dan tentunya seleberiti yang memeriahkan majlis pertama APO 2016 anjuran MStar, Suria.fm dan Dnars Kosmetik. Ramai juga artis yang tak datang mungkin mereka rasa tidak penting sedangkan mereka tidak sedar inilah cara undian anugerah masa depan. Ada ke peminat yang rajin nak beli surat khabar dan potong borang pengundian di masa depan?? 

 Secara keseluruhan masjiis APO2016 berjalan sangat lancar dengan persembahan yang menarik tanpa acara remeh temeh yang membosankan penonton. Adi Putra juga buat persembahan menyanyikan lagu tema Cinta Si Wedding Planner walaupun kurang sihat.

Tahniah kepada semua pemenang termasuk Siakap Keli yang menang untuk katogeri Blog Pilihan Online. Tapi sedih juga bila pemenang hanya hantar wakil sahaja. Tahniah kepada Akim @ The Majistret yang terpilih untuk menang Anugerah Pilihan Online terunggul.

Kami pulang awal kerana perlu menghantar Adi Putra balik ke Prince Medical Center untuk  sambungan rawatan.


Spread the love

90 Comments

  1. Dah macam-macam anugerah sekrang ni … paling best ada kategori untuk blogger .. itu yang menarik. Masyarakat dan media dah nampak peranan blogger ni … jadi blogger kena pandai2lah bawa diri dan jenama blog masing-masing untuk lebih dikenali.

    Syabas pada Siakap Keli yang menang kategori blog pilihan.
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Kaya Raya Menerusi Bisnes Air BalangMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!