Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang banyak tips yang diperolehi daripada ahli panel “Seminar Buat Duit dengan Blog“. Ramai ahli panel yang telah kami hubungi di kalangan Top Blogger Malaysia dan akhirnya barisan panel yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk SBDdB13 adalah Tn Hj Zainal Ariffin Omar (Mantan Presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella (The Singing Blogger), Ustaz Efendi Hamid (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur), Nisa Kay (Host Video AmanzTV), Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my), Mohd Suhaimy (Founder WangCyber.com), Mohd Faizal (Cikgu), Rayyan Haries (Travel Blogger) dan Halim (GM eQurban). Panel-panel lain tidak terpilih oleh ALLAH atas berbagai sebab.
Berbagai pengalaman dan ilmu dikongsikan oleh semua panel dengan gaya santai tapi sangat berkesan dan memberi inspirasi kepada peserta. Peserta yang tak ada blog terus bersemangat nak buat blog. Blogger yang dah sejuk terus semangat nak aktif menulis blog. Blogger yang memang aktif semakin semangat untuk mengikut tips buat duit yang dikongsikan oleh ahli panel.
Dalam banyak-banyak tips aku tertarik dengan tips perkongsian oleh Sifu eBook saudara Suhaimy founder WangCyber.com yang aku adalah salah sorang ahli sejuk. Menurut beliau daripada 10 blog paling top di Alexa Ranking Malaysia sembilan adalah blog yang mempunyai niche tertentu dan hanya satu sahaja blog personal. Nak tahu apa blog yang satu tu .. heee … tak lain tak bukan adalah best the best blog 2012 dan the most creative blog 2013 iaitu Denaihati.com.
Sememangnya ramai yang pelik bagaimana blog personal seperti Denaihati.com boleh masuk top 10 Alexa Ranking Malaysia. Tak percaya baca review dari blog PR5 Mybloggertricks.com : ” Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. But if we were to suggest anything to the blogger, it’d be improvement in the visuals to make it more attractive. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”
Ok lupakan kisah blog Denaihati.com. Jom kita tengok senarai top 10 blog mengikut Alexa Ranking pada 21/5/2013 :
- Beautifulnara.com (PR4)
- MyNewsHub.com (PR3)
- PenPatah.blogspot.com (PR1)
- Paultan.org (PR4)
- RotiKaya.com (PR3)
- Denaihati.com (PR4)
- Amanz.my (PR6)
- Blogserius.blogspot.com (PR4)
- Papagomo.com
- OhBulan.com (PR3)
Pasti Rakan Blogger kenal semua Blog di atas melainkan Penpatah.blogspot.com yang baru muncul beberapa bulan lepas. Majoriti blog diatas merupakan blog yang mempunyai niche tertentu dan sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk mempromosi produk mereka mengikut kesesuain pembaca blog tersebut.
Berdasarkan senarai top 10 blog Malaysia mengikut Alexa ranking saudara Suhaimy telah membuat kesimpulan untuk Rakan Blogger membuat duit dengan blog makanya Blogger mesti membina blog mengikut niche tertentu yang mempunyai keunikan tersendiri. Alexa ranking telah membuktikan hanya blog dengan niche sahaja lebih berdaya saing untuk menghasilkan duit yang lumayan.
Pendapat yang sama juga dikongsikan oleh ahli Panel toke cendol Banting Saudara Titan yang telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2003. Beliau mempunyai banyak blog yang dirahsiakan yang dibina mengikut niche affiliate dan hasilnya duit masuk setiap hari walaupun kekadang hanya beberapa sen. Biar sedikit tapi bila dikumpul-kumpul pasti jadi banyak. Aku memang suka dengan konsep bisnis biar kecil tapi menguntungkan daripada bisnis besar tapi rugi.
Itulah sebabnya aku juga buat blog yang ada niche iaitu Denai.my yang fokus kepada minat aku yang suka mengembara. Lagi pun aku jangkakan industri pelancungan akan terus subur berkembang dengan pulangan berbillion ringgit kepada negara jadi kalau aku dapat 0.001% pun dah cukup.
Jadi kepada Rakan Blogger yang nak buat duit dengan blog jangan pening-pening buat je blog dengan niche yang unik, kreatif dan ada kelainan. Kepada yang ada blog personal jangan risau kekalkan kerana kebanyakan Blogger yang berjaya mereka bukan hanya ada satu blog malah aku pernah berjumpa Top Blogger Indonesia yang ada beratus blog.
Nak dapat hasil yang lumayan kenalah kerja lebih tapi smart tak gitu!!!
Berjumpa kita lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/6/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
130 Comments
Alexa Rank merupakan salah satu parameter yang sangat diperhitungkan untuk traffic blog. Sudah selayaknya blog yang digunakan untuk bisnis memperhatikan parameter ini
semua yg tersenarai mmg blog yg unik..
Curahan rasa akhil @ ..Live Streaming Liga Super JDT vs Kelantan 22 Mei 2013
Tahniah DH, bila lah BW boleh jadi Top 10 Alexa ranking ni..hehe..
Curahan rasa Aya @ ..Video Bos Buli Pekerja di Singapura Jadi Viral
Blog baru bisa mencercah angka alexa sampai banyak begitu hanya dalam tempo waktu beberapa bulan saja
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Cara Menjaga Kesehatan
PR blog pun lebih tinggi dengan ada niche tersendiri.
Curahan rasa Joe @ ..Panduan Mudah Jana RM100 Sehari Di Murahnya.my
mungkin sha pun masih belum punyai kemampuan utk menstabilkan niche parenting di blog sha … too many personal things kat blog sha.. huhuhu
satu perkongsian yang menarik dari tuan DH. terima kasih
Curahan rasa wandisini @ ..[Video] Seronokkah Seminar Buat Duit Dengan Denaihati?
terimakasih atas arahannya yang baik
Good article. Thanks for sharing. 🙂
Hebat betul PenPatah.blogspot.com baru berberapa bulan rangking alexa 20k, aku pun baru tahu wujudnya blog ini
Curahan rasa onlajer @ ..Sambal Goreng
Baru beberapa bulan masuk top 10 alexa tapi kewujudan mungkin dah lama agaknya.
fuh..memang sesuai la blog-blog tu semua masuk top 10…seperti dijangka..PenPatah pun tersenarai juga…hebat!
Curahan rasa dzuandiey @ ..Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat
ramai dah otai lebih 5 thaun.. memang worth to hear them talk
Curahan rasa zuan @ ..Aku Spoiler! Kisah di The Loaf
bagi yang tak dapat pi sana.. baca perkongsian sahabat dalam blog saja lah… terima kasih atas perkongsian…
Curahan rasa staibaqhang @ ..Air Itam Dam
setuju bro…blog yang mempunyai niche mempunyai sasaran dan pengikut setia…
memang betul..itulah perkara paling susah bila nak tentukan niche blog..main hentam jer..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat
Tahniah bro…Alexa ranking antara yang dipandang oleh advertiser walaupun ramai bloggers cakap alexa ni tak penting…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Apa Itu Affiliate?
Blogger yg cakap alexa tak penting mungkin Blogger sambilan yg tak ada visi nak dapat kadar iklan yg mahal utk blog mereka seperti blog yg tersenarai di top 10 alexa tu.
Comments are closed.