Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang banyak tips yang diperolehi daripada ahli panel “Seminar Buat Duit dengan Blog“. Ramai ahli panel yang telah kami hubungi di kalangan Top Blogger Malaysia dan akhirnya barisan panel yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk SBDdB13 adalah Tn Hj Zainal Ariffin Omar (Mantan Presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella (The Singing Blogger), Ustaz Efendi Hamid (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur), Nisa Kay (Host Video AmanzTV), Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my), Mohd Suhaimy (Founder WangCyber.com), Mohd Faizal (Cikgu), Rayyan Haries (Travel Blogger) dan Halim (GM eQurban). Panel-panel lain tidak terpilih oleh ALLAH atas berbagai sebab.
Berbagai pengalaman dan ilmu dikongsikan oleh semua panel dengan gaya santai tapi sangat berkesan dan memberi inspirasi kepada peserta. Peserta yang tak ada blog terus bersemangat nak buat blog. Blogger yang dah sejuk terus semangat nak aktif menulis blog. Blogger yang memang aktif semakin semangat untuk mengikut tips buat duit yang dikongsikan oleh ahli panel.
Dalam banyak-banyak tips aku tertarik dengan tips perkongsian oleh Sifu eBook saudara Suhaimy founder WangCyber.com yang aku adalah salah sorang ahli sejuk. Menurut beliau daripada 10 blog paling top di Alexa Ranking Malaysia sembilan adalah blog yang mempunyai niche tertentu dan hanya satu sahaja blog personal. Nak tahu apa blog yang satu tu .. heee … tak lain tak bukan adalah best the best blog 2012 dan the most creative blog 2013 iaitu Denaihati.com.
Sememangnya ramai yang pelik bagaimana blog personal seperti Denaihati.com boleh masuk top 10 Alexa Ranking Malaysia. Tak percaya baca review dari blog PR5 Mybloggertricks.com : ” Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. But if we were to suggest anything to the blogger, it’d be improvement in the visuals to make it more attractive. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”
Ok lupakan kisah blog Denaihati.com. Jom kita tengok senarai top 10 blog mengikut Alexa Ranking pada 21/5/2013 :
- Beautifulnara.com (PR4)
- MyNewsHub.com (PR3)
- PenPatah.blogspot.com (PR1)
- Paultan.org (PR4)
- RotiKaya.com (PR3)
- Denaihati.com (PR4)
- Amanz.my (PR6)
- Blogserius.blogspot.com (PR4)
- Papagomo.com
- OhBulan.com (PR3)
Pasti Rakan Blogger kenal semua Blog di atas melainkan Penpatah.blogspot.com yang baru muncul beberapa bulan lepas. Majoriti blog diatas merupakan blog yang mempunyai niche tertentu dan sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk mempromosi produk mereka mengikut kesesuain pembaca blog tersebut.
Berdasarkan senarai top 10 blog Malaysia mengikut Alexa ranking saudara Suhaimy telah membuat kesimpulan untuk Rakan Blogger membuat duit dengan blog makanya Blogger mesti membina blog mengikut niche tertentu yang mempunyai keunikan tersendiri. Alexa ranking telah membuktikan hanya blog dengan niche sahaja lebih berdaya saing untuk menghasilkan duit yang lumayan.
Pendapat yang sama juga dikongsikan oleh ahli Panel toke cendol Banting Saudara Titan yang telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2003. Beliau mempunyai banyak blog yang dirahsiakan yang dibina mengikut niche affiliate dan hasilnya duit masuk setiap hari walaupun kekadang hanya beberapa sen. Biar sedikit tapi bila dikumpul-kumpul pasti jadi banyak. Aku memang suka dengan konsep bisnis biar kecil tapi menguntungkan daripada bisnis besar tapi rugi.
Itulah sebabnya aku juga buat blog yang ada niche iaitu Denai.my yang fokus kepada minat aku yang suka mengembara. Lagi pun aku jangkakan industri pelancungan akan terus subur berkembang dengan pulangan berbillion ringgit kepada negara jadi kalau aku dapat 0.001% pun dah cukup.
Jadi kepada Rakan Blogger yang nak buat duit dengan blog jangan pening-pening buat je blog dengan niche yang unik, kreatif dan ada kelainan. Kepada yang ada blog personal jangan risau kekalkan kerana kebanyakan Blogger yang berjaya mereka bukan hanya ada satu blog malah aku pernah berjumpa Top Blogger Indonesia yang ada beratus blog.
Nak dapat hasil yang lumayan kenalah kerja lebih tapi smart tak gitu!!!
Berjumpa kita lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/6/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
130 Comments
Hampir semua niche sudah ada blognya, mau buat niche apa lagi ?
Curahan rasa Darren @ ..Jual Ruko & Bisnis yang Sedang Berjalan di Kota Sukabumi
Anda boleh buat niche yang lebih terperinci seperti, apa yang menarik di Daerah atau Kota Sukabumi. Selidik menerusi Facebook Adv berapa orang penduduk Sukabumi yang ada FB, maka secara automatik dah boleh tahu berapa yang ada internet. Dari situ, boleh pormosi blog mengenai Sukabumi antara penduduk Sukabumi sendiri ….
Yang jelas, untuk buat blog yang ada niche, kena berfikiran SEMPIT, iaitu narrowing ur mind mengenai sesuatu, lebih menjurus lebih bagus, mudah nak dapat target audience.. dan masa yang sama senang nak jual.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Promosi Blog Dari Profil Facebook
Terimakasih, info,,ceria dunia blogging,,
,suka dengar cerita sihat ,,,,buat duit dengan blog,,walau saya
sekadar kumpul koleksi dunia blogging suka-suka ke arah hidup sihat dan
kut-kut mampu tambah pahala alam maya,,,elak dengki,,,sekian,,
Curahan rasa hjhchezakria @ ..6 jenis ubat dan red yeast rice rawat masalah lebih kolestrol
hem..ternyata saya harus banyak belajar lg…
Curahan rasa cara diet aman @ ..Wanita Perut Buncit
Saya agak susah membuat blog dengan niche tertentu dan unik, karena saya tak punya satu pengetahuan/keahlian yang ada kelainan pun untuk dijadikan sebagai niche blog
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Penerimaan Pegawai Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Tahun 2013
Tak perlu pengetahuan luas untuk buat blog mengenai blog yang ada niche. Lihat sahaja apa yang sering anda lakukan hari-hari yang anda cekap. Katakan anda gemar basuh kereta, maka boleh cerita atau buat blog mengenai Tips Penjagaan Kereta. Dan entri-entri boleh diperluaskan kepada tips menjaga tayar kereta, tips hitamkan tayar, tips seat kulit, panduan bagi mencantikkan kereta dan sebagainya. Tips2 tersebut boleh cerita satu persatu, jadi entri akan jadi banyak, cerita dengan detail supaya blog jadi blog yang ada niche dengan entri berkualiti.
🙂
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
blog penpatah tu 1st time dengar….. nak terjah jap lg…
sebelum ni ada 2 blog berniche apa yg sy minat tp sayang tak terurus… 🙁
Curahan rasa Zie Fauzi @ ..Merangkak?? Tak Pandai Lagi la..
Panel tempoh hari semua power-power.
Terasa kedilnya diri ini bila menuntut ilmu dengan mereka. Tak salah pun, ilmu yang berguna elok dikongsikan.
Kalau diperap menjadi pekasam, Tak pe la juga, sedap dimakan dengan nasi panas.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdB13
Makan je yang tau ni .. patut badan makin kembang … ishh … nyampah ai tak datang …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
KESIMPULAN..berblog pon kena smart gk..tiada yg mustahil sebenarnya..;-)
Curahan rasa JMR @ ..Ilmu tak terkalah di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 anjuran DenaiHati Network
Dengan ada Niche blog…. secara tidak langsung akan mencorakkan karektor dan imej kandungan itu sendiri…
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Nafsu Makan Seorang Programmer Tegar
Betul, dan dengan secara automatik … anda akan menjadi pakar mengenainya .. 🙂
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
setiap blog mempunyai niche tersendiri,,niche hiburan nampaknya lebih mendapat tempat.. apa pun buat apa yang anda minati…
Curahan rasa takai @ ..Negara yang anda perlu berhati-hati ketika membawa dompet duit
kebanyakkan third party sponser lebih memilih blog berNICHE utk diberikan keutamaan pada kempen CPE dan CPM yang dianggap antara kempen termhal dari sesebuah compny tu..sbab dia boleh baca dah apa yg sesuai utk iklankan dlm blog tersebut..
Curahan rasa areliff @ ..TERBARU! EINA AZMAN MENGELUARKAN KENYATAAN MAK AFIQ MUIZ KURANG SIUMAN
agak lama juga tak menulis komen di sini, memang blog denaihati sebuah blog yang amat dikagumi. melampau batas dari blog-blog lain yang memandang niche semata-mata untuk membuat duit. jika dipelbagaikan pasti lebih menguntungkan.
wah, sejak bila guna kata ganti diri “aku” ye? hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Penulis Blog Terbaik
Blog Denaihati ada kuasa engagement yang tinggi, lihat jumlah pengikut di Twitter dan dalam rakandenaihati …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
cik tom ada beberapa blog lain yg fokus niche tertentu utk affiliate…ada yg dah berjaya jana income & ada yg belum..
Curahan rasa cik tom @ ..Resepi Kuih Cara Lemak Manis semudah A.. B.. C
tak jumpa ciktom pun di SBDdB13 🙁
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Name Card Blogger #SBDdB13
Cik tom memang hebat … tak terkalah … yeahhh
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
hmmm niche apa blog aku ye…
Curahan rasa hafiz @ ..Perkembangan heroku Azeeq
tengah fikir nak berniche kan ape.. mungkin nanti dah berjaya kurus bole buat niche kesihatan…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Seminar Buat Duit Dengan Blog
Datin Tyka boleh saja buat blog dengan niche mengenai pakaian Topi dan Mask …. boleh buat blog dengan entri2 Datin Tyka pakai benda tu, kenapa dan sebab pakai benda tu, fabrik digunakan, jenis topi, beli kat mana, harga berapa … untung2 nanti leh jadi duta dua produk tu.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tips Affiliate – Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?
betul jugak tu. masyaAllah terima kasih kerana memberi idea
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday
hmm travel niche sukar nak penetrate sbb ramai sgt static page yg wujud zaman dulu.. tapi tak mustahil, good luck!!
Untuk travel, boleh cenderungkan ke arah satu fokus tertentu, seperti pengembara KTM – Blog mengenai pengembaraan menerusi KTM – Boleh minta sponsor daripada KTM untuk tujuan ini, apatah lagi ada program 3 Hari Homestay.
Boleh juga buat kembara homestay, kerjasama dengan Tourism Malaysia yang mempromosikan Homestay, buat blog mengenai Homestay yang dah pergi dan cerita apa yang best, bajet, tempat menarik dan sebagainya.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Ahmad Faizal Itu Earncent Itu Ohcikgu Itu Titan – Pakar Affiliate Dari Banting
Comments are closed.