Assalamulaikum dan Salam Aidiladha,
alhamdulillah harini sudah masuk hari ke-3 kita menyambut hari raya AidilAdha. Masih berbaki 1 hari lagi untuk kita boleh menyelesaikan sembelihan ternakan untuk tujuan menunaikan ibadat korban. Saban tahun, ianya ditunggu-tunggu untuk bersama-sama dengan mereka yang susah untuk menikmati ternakan yang telah disembelih.
Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah untuk mengumpulkan idea-idea dan cerita daripada orang-orang kampung yang bersama-sama dalam aktiviti sepanjang musim perayaan ini. Pelbagai cerita akan dikongsikan dan semua ini adalah sebagai pencetus untuk kita bawa pulang ke kota dan jadikan ianya sebagai bahan yang boleh kita sebarkan.
Kehidupan di kampung dengan suasana yang berbeza
Sudah menjadi kelaziman, gaya hidup di kampung walaupun telah berkembang maju dengan teknologi, tetap berbeza dengan hiruk pikuk kehidupan di belantara konkrit. Bagaimana mereka menguruskan jemputan, menguruskan kerja-kerja bergotong-royong dan banyak lagi.
Banyak sebenarnya perkara dan nilai murni yang kita boleh jadikan contoh dan teladan. Bagaimana masih ramai yang tidak terlalu fokus hanya kepada gajet dan teknologi. Bersembang seperti yang sepatutnya, bertukar cerita agar teladan dapat disampaikan dan yang paling penting, perhubungan silaturahim juga dapat diperkemaskan.
Penjanaan idea yang tiada had
Ramai sebenarnya orang-orang tua yang gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka sepanjang umur hidup di dunia ini. Andai kita berpeluang untuk duduk dengan mereka, kurangkan bercerita banyakkan bertanya. Tanya agar mereka yang bercerita, tanya agar memberikan idea apa yang perlu mereka ceritakan. Tanya agar mereka rasa kita memang benar-benar ingin belajar daripada mereka.
Walaupun mungkin ada perkara yang telah kita ketahui, namun benarkan mereka menyampaikan perkara tersebut. Pelajari sudut pandang mereka yang berbeza. Sudut pandang yang berpengalaman dan mempunyai makna serta nilai yang tinggi andai kita selami.
Semua ini akan memberikan pulangan berlipat kali ganda. Tanya masalah-masalah mereka, insyaALLAH daripada situ, kita akan dapat memperkemaskan perjalanan aktiviti kita sama ada sedang bekerja mahupun menjalankan perniagaan. Andai anda pulang ke kampung, tetapi masih di bandar, perkara yang sama tetap boleh diaplikasikan.
Tanya orang-orang tua pendapat mereka. Bina satu perbualan yang sihat dengan soal jawab yang berlaku. Benarkan mereka bercerita, sama ada secara langsung mahupun melalui perbuatan dan aktiviti yang dilakukan bersama.
Usah kecilkan sudut pandang kita hanya ingin menilai berdasarkan ilmu dan pengalaman kita, benarkan ianya diterokai dengan perkara baru, minda kita akan lebih terbuka untuk menilai sesuatu situasi dan akhirnya idea-idea bernas akan terhasil untuk di bawa bekalan pulang ke lokasi asal di mana kita tinggal.
102 Comments
suasana kampung memang mengamit kenangan…
tenang dan damai…
banyak idea akan timbul..
bagus sungguh nie
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Rahsia Perkahwinan Bahagia Orang Dulu-Dulu
kampung adalah tempat yang menarik untuk diduduki…jauh drp hiruk-pikuk di kawasan bandar…
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad September 2017
Anak-anak muda hari ini menganggap tok dan nenek yang banyak cakap sebagai membebel. Kalau mereka dapat ‘bersabar’ sedikit dan mendengar dengan teliti kata-kata tok nenek ini, mereka akan dapat banyak cerita.
Saya sendiri baru tahu, berketurunan pengawal elit (peribadi) Raja Pattani pada zaman Kesultanan Pattani dulu kerana rajin menadah telinga mendengar ‘bebelan’ tok nenek lah. Jika tidak mendengar, tidak tahu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Berat Tapi Tetap Diminati Ramai
Orang kampung lebih kaya dari orang bandar, mereka korbankan lembu seekor, orang bandar satu bahagian sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
Setuju. Mereka kaya dr segenap segi…masa, wang, malah tenaga juga. Kita?
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan | Exam online Separa Perubatan U29
saya selesa dan suka duduk di kampung, jauh hiruk pikuk dan kesebokan bermacam-macam.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..Set Kecantikan Shaklee-Kulit Cantik Berseri Dari Dalam!
Saya ada cita cita nak pencen di kampung, kos sara hidup tak tinggi macam bandar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
Selain balik kampung, keluar bercuti di tempat orang pun baik untuk lihat peluang
Kalau duduk tempat sama
macam katak bawah tempurung
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!
Kena lihat dari mata burung, baru luas pemandangan tak macam katak melihat dunianya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Tips Didik Anak Bersolat
Selain balik kampung, keluar bercuti di tempat orang pun baik untuklihat peluang
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!
Orang dah berusia ni memang suka bercerita
sebab kudarat dah tak kuat
mulut pula jadi rajin agaknya
Hehe
Sambil kongsi pengalaman
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesan
baru baru ni balik kampung dh banyak sangat yang berubah..dlu ada la juga budak-budak main kat luar buat aktiviti luar..tapi sekarang ramai dah duk dalam rumah je..main game kt phone atau tengok astro…fuh
Curahan rasa reezluv @ ..Masalah Kereta Saga BLM Mati Tiba-Tiba
Sejak Dr Zahid Hamidi jadi TPM, Bagan Datoh ni banyak dapat peruntukan buat pejabat baru, naik taraf kepada Daerah Bagan Datoh.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jual 20 Ribu Helai Baju Kurung Sebulan
Mereka sanggup bersusah payah di kampung daripada merantau ke kota seperti Kuala Lumpur.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
Saya suka mendengar kisah-kisah orang tua. Mereka pasti kongsikan pengalaman mereka ketika muda.
Kadang-kadang ceritavitu bertapa susahnya hidup mereka di zaman muda untuk mencari sesuap nasi.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi
saya pun teringin nak balik kampung…
cari idea untuk berjaya dan berkarya.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Memang banyak perbezaannya suasana di metropolitan dan kampung halaman. Aktiviti berbicara dengan warga tua dapat membuka minda menjana idea yang jitu. Berbual bukan untuk bertanya semata, lebih dari itu setiap butir kata yang terpantul keluar merupakan inti kehidupan yang dibuat konklusi. Selebihnya kita jadikan ia pengajaran berharga.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Dekat surau kampung saya Alhamdulillah kali ni ada 9 ekor lembu untuk dikorbankan..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Bagi dekat orang kampung, 9 ekor lembu ni sekejap sahaja mereka uruskan… apa yang penting Kerjasama..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Sebab mereka dah biasa buat kerja2 ni.. dah biasa pegang parang, pisau dan kapak..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Bagi kita yang tak biasa ni agak kekok jugaklah dibuatnya.. boleh tolong lapah daging dan potong2 daging.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Memang seronok duduk dekat kampung.. terutamanya masa cuti raya Aidiladha macam ni..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Terdapat banyak peluang untuk menyertai aktiviti gotong-royong dan birsilaturrahim bersama penduduk kampung..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman mendengar Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Comments are closed.