Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi. Rasanya semalam menyambut Maal Hijrah 1432 tetapi kita sudah sampai di penghujung tahun hijrah 1432. Begitu cepat masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1432 akan ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan. Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1432.
Akhir hijrah 1432 dan mula hijrah 1433 jangan dibiarkan begitu sahaja ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1433.
1. DOA AKHIR TAHUN HIJRAH bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama keluarga sebelum masuk waktu Maghrib 29 Zulhijjah 1432.
2. DOA AWAL TAHUN HIJRAH bagus dibaca selepas solat Maghrib.
3. Solat malam dengan membaca dzikir antaranya baca ayat kursi sebanyak 360x.
4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1433.
5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1433.
Rakan Blogger mungkin ada amalan-amalan baik lain sempena menyambut kedatangan tahun hijrah yang boleh dikongsikan untuk kita amalkan bersama.
Hijrah 1432 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui tahun yang penih cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup selagi itu kesusahan itu bukan masalah hanya sekadar ujian yang masih boleh diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi perpatah balik mencari bekalan baru.
Yang lepas biarkan lepas terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Aku nak syorkan amalan baru di tahun baru hijrah 1433 iaitu membaca surah Yassin setiap hari selepas suboh. Azam amalkan selama 40 hari berturut-turut dan jika berjaya pasti akan menjadi amalan seusia hidup. Insyallah di masa yang lain akan aku ceritakan fadilat membaca Yassin setiap hari selepas subuh dan pengalaman mereka yang telah mengamalkannya.
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
161 Comments
Antara kelebihan membaca doa ini adalah Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun. terpelihara daripada hasutan syaitan. InsyaAllah
Curahan rasa fmtt @ ..Rahsia Usahawan Berjaya
Comments are closed.