Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Berita baik untuk rakyat Malaysia di mana syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd melancarkan promosi istimewa dengan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata AirAsia telah merekodkan jumlah pelancong domestik yang memberangsangkan selepas ia menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada bulan Julai, terutamanya pada waktu puncak hujung minggu lepas sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
“Promosi ini juga tepat pada masanya untuk pelajar universiti, ibu, bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan bagi semester yang akan datang,” katanya.
“Kami meminta semua penumpang untuk mematuhi semua langkah keselamatan seperti selalu memakai memakai pelitup muka, kerap membasuh tangsan dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pesawat mereka berlepas,” kata Riad.
Sementara itu, tempahan tiket boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 9 Ogos untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos hingga 6 Disember 2020.
AirAsia juga memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi penumpang yang terbang hingga 31 Disember 2020, yang membolehkan penumpang mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa caj pertukaran penerbangan.
Sumber: BERNAMA
3 Comments
Sekarang ini kita hanya dapat melancong dalam negara, jadi promosi ini amat membantu. Hendak naik bas, jalan sesak. Jadi naik flight dengan harga promosi ini amat membantu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduang Lengkap Dan Rahsia Sulit Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah
Air Asia bijak menarik perhatian pelanggan untuk kembali menggunakan servis mereka, walau pun dalam keadaan pandemik yang tak mengizinkan, bisnes harus diteruskan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Langkah Buat Dropship USD 7 Ribu Seminggu
info ini cukup menarik buat saya kerana memang ada plan untuk pergi satu tempat yang jauh..
jalan-jalan berllbur dalam negeri
Curahan rasa mrhanafi @ ..Teganya bunuh isteri guna tudung
Comments are closed.