Ahli Politik persenda kegagalan Lee Chong Wei

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia dan 1Dunia menyaksikan perjuangan Lee Chong Wei hero badminton Malaysia berjuang sehingga titisan peluh terakhir untuk menjulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia. Nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei dan Malaysia kerana Olimpik London 2012 tidak dapat menjadi saksi emas olimpik pertama yang ditunggu sejak 55 tahun lepas.

Lee Chong Wei dan Lin Dan bermain sangat baik dan kemenangan ditentukan oleh pemain yang paling sedikit melakukan kesilapan. Aku berpuasahati dengan prestasi Lee Chong Wei dengan semangat juang yang ditunjukkan walaupun gagal membawa emas untuk Malaysia.

Kalau kita kecewa yakinlah Dato Lee Chong Wei lebih kecewa daripada kita.

Setelah membaca entri  “Tahniah Lee Chong Wei” aku memang tidak berpuasahati dengan komen ahli politik ini.

Bila sukan dipolitikan

Apa salahnya memberi ganjaran duit kepada atlet Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara seperti Lee Chong Wei dan lain-lain?

Pemain bola sepak profesional, pemain tennis profesional, pemain golf dan berbagai sukan di luar negara dibayar beratus juta dollar kerana kehebatan mereka jadi apalah salahnya atlet Malaysia juga dihargai seperti mereka?

Janji orang politik memang mudah tapi yang nak lakukan atlet bukan orang politik. Jangan janji bulan bintang nanti tak terkapai makan diri. Kalau suka sangat kat Lin Dan baik pindah sahaja lah ke China.

Maaf lah emosi sikit.


Spread the love

174 Comments

  1. kita sebagai rakyat Malaysia harus menunjukkan sokongan padu kepada Lee Chong Wei dan para atlet kita yang bertanding separuh nyawa di olimpik London.Biarpun kita gagal mencapai sasaran kita tetapi itu tidak bermakna kita akan gagal selamanya.yakinlah satu waktu nanti pasti kejayaan menjadi milik kita.Kita tidak perlu memandang tinggi dan menyanjung atlet luar kerana mereka juga manusia biasa seperti kita.cuma kita perlu melihat bagai mana mereka berjaya dan mencontohi sikap kejayaan mereka tanpa terlalu mengagungkan mereka.kita harus ingat kalah menang adalah adat di dalam mana-mana pertandingan.kejayaan mereka adalah kegagalan kita dan kejayaan kita adalah kegagalan mereka juga.tahniah kepada LCW kerana dapat menyaingi Lin Dan cuma nasib tidak menyebelahi beliau.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!