Ahli Politik persenda kegagalan Lee Chong Wei

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia dan 1Dunia menyaksikan perjuangan Lee Chong Wei hero badminton Malaysia berjuang sehingga titisan peluh terakhir untuk menjulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia. Nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei dan Malaysia kerana Olimpik London 2012 tidak dapat menjadi saksi emas olimpik pertama yang ditunggu sejak 55 tahun lepas.

Lee Chong Wei dan Lin Dan bermain sangat baik dan kemenangan ditentukan oleh pemain yang paling sedikit melakukan kesilapan. Aku berpuasahati dengan prestasi Lee Chong Wei dengan semangat juang yang ditunjukkan walaupun gagal membawa emas untuk Malaysia.

Kalau kita kecewa yakinlah Dato Lee Chong Wei lebih kecewa daripada kita.

Setelah membaca entri  “Tahniah Lee Chong Wei” aku memang tidak berpuasahati dengan komen ahli politik ini.

Bila sukan dipolitikan

Apa salahnya memberi ganjaran duit kepada atlet Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara seperti Lee Chong Wei dan lain-lain?

Pemain bola sepak profesional, pemain tennis profesional, pemain golf dan berbagai sukan di luar negara dibayar beratus juta dollar kerana kehebatan mereka jadi apalah salahnya atlet Malaysia juga dihargai seperti mereka?

Janji orang politik memang mudah tapi yang nak lakukan atlet bukan orang politik. Jangan janji bulan bintang nanti tak terkapai makan diri. Kalau suka sangat kat Lin Dan baik pindah sahaja lah ke China.

Maaf lah emosi sikit.


Spread the love

174 Comments

  1. Apa hal nak beri ganjaran kat Lin Dan… apa punya cerdik otak org tu.. dah dijanji nak beri kat Datuk LCW je jgn le pusing cite. Yg parti hang dok janji nak bg itu ini …MANa!!!! MAnA!!!! Ayaq paip dok kotoq Lagi mcm karat ada la… Buek malu yo…la ni dok ambil pusing psal badminton lak… Ada reti main ka ?????

  2. Takpalah, dia kalah pun bukannya masuk2 terus kalah straight. Takda kena mengena politik dengan sukan. Rasa takda bezapun kalau depa menang, tak tahulah kalau depa nak train ramai lagi. Wallahualam.
    Curahan rasa Zulfaka Ali @ ..Rekabentuk FlyerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!