Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan pembaca DenaiHati.Com semua. Syukur Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya dijemput untuk menjadi penulis undangan. Bukanlah satu tugasan yang mudah kerana apa yang saya tulis mencerminkan apa yang ingin di zahirkan oleh pemilik blog ini. Selari dengan TAGLINE blog ini iaitu “Hidup untuk memberi”, hari ini sekali lagi saya cuba merialisasikan gaya penulisan saya terhadap tagline tersebut yang agak mencabar kewibawaan seorang penulis.
Adakah kita mengongkong diri untuk terus maju dalam bidang penulisan blog? Saya merupakan seorang blogger yang boleh dikategorikan blogger yang agak baru. Baru saja mencecah tiga tahun. Dalam pada itu… perubahan terhadap kegahirahan menulis blog rata-rata dikalangan rakan-rakan kita dapat diperhatikan ada turun naiknya. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah faktornya?
Penulisan yang terkongkong
Ada sesetengah blogger dapat kita perhatikan, perkara yang membantutkan mereka untuk menulis adalah kerana terdapatnya sempadan dalam penulisan mereka. Sekiranya anda menulis blog berkaitan komputer, sukan atau mempunyai NICHE yang tertentu…. itu adalah BETUL!!! Anda memang tertakluk kepada skop penulisan yang anda sendiri tetapkan supaya ianya tidak menjadi rojak. Sebaliknya, jangan hadkan penulisan anda kepada NICHE sekiranya anda menulis blog peribadi. Bahagikan catatan anda kepada beberapa kategori supaya anda memiliki cabang untuk menulis.
TAGLINE
Bagi blog peribadi, seperti yang saya ulaskan dalam perenggan di atas, saya tidak sarankan anda menulis dengan niche yang spesifik. Kerap kita perhatikan sekarang ini, kekurangan idea menulis blog peribadi adalah lahir disebabkan anda meletakkan TAGLINE yang sangat spesifik. Perkara ini menjadikan anda menulis berdasarkan konsep TAGLINE tersebut. Bila dah habis kupasan TAGLINE… anda menjadi jemu. Kemudian bercadang untuk menutup blog tersebut dan membina yang baru. Adakah wajar sedimikian? Cuba kelainan dimana ubah TAGLINE kepada sesuatu yang agak umum tapi bermakna untuk diri anda.
Lintasan Fikiran
Kadang-kadang bila anda dah terlampau banyak menulis, idea akan datang mencurah bukan pada masa anda berada di depan komputer, tetapi mungkin masa anda di dalam tandas, dalam pengangkutan awam… atau mungkin di dalam lif. Perkara sebegini kerap terjadi untuk penulis yang menulis catatan berkonsepkan PENULISAN MINDA. PENULISAN MINDA adalah jenis penulisan yang memerlukan idea kreatif untuk menulis. Ianya bukan hentam keromok, tapi penuh susunan rapi. Sekiranya anda dalam kategori ini, sila pastikan anda memiliki buku catatan untuk mencatat apa sahaja yang anda terlintas. Mungkin ianya kurang digunapakai pada waktu sekarang, mana tahu pada masa akan datang???
Memaksa diri menulis
Perkara yang kerap terjadi apabila seseorang blogger kekeringan idea. Tapi masih berdegil untuk menerbitkan catatan harian. Saya fokuskan kepada Blog Peribadi. Perlukah anda menceritakan hal ehwal diri pada umum setiap hari? Dimanakah privasi anda? Tak semua perkara kita dapat luahkan. Sekiranya anda tidak punya idea, apa kata anda cuba untuk mengubah tema blog, mengubah TAGLINE anda…. dengan cara ini, meskipun tidak dikemaskini, blog anda nampak seperti baru dan tampak kelainan di situ.
Hari ini saya malas
Kesilapan yang besar dalam menulis blog apabila anda mengeluarkan artikel seperti ini. Artikel ini sebenarnya bukan setakat membunuh minat anda untuk menulis, malah ianya mempengaruhi minda pembaca anda. Pembaca anda bukan sahaja menjadi meluat untuk bertandang ke blog anda, malah mood pembaca anda juga akan menurun untuk menulis. Saya kerap mengelak untuk membaca blog yang mempunyai artikel seperti ini. Ianya seolah virus yang boleh merosakkan minda dan melemahkan semangat untuk menjadi penulis.
Berblog kerana duit
Tidak salah menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Tapi jangan lah sampai duit itu mempengaruhi faktor penulisan. Kalau dulu kita seorang yang berhemah ketika menulis, sekarang ni agak berlainan. Perkara sebegitu telah kita ketepikan gara-gara mengejar keuntungan berblog (bukan semua). Cuba kita perhatikan kembali corak penulisan kita di awal pembabitan dalam dunia blog dengan sekarang. Apakah motif kita dahulu? Cuba kita fikirkan kembali. Adakah kerana duit? Saya tak rasa semua akan berkata duit adalah matlamat utama mereka. Sebaliknya mereka menulis untuk lepaskan tekanan. Betul bukan? Tapi lama-kelamaan???
Kekerapan kemaskini
Tidak dinafikan, ini terjadi untuk mereka yang menulis blog peribadi. Dalam satu hari sampai 10 artikel diterbitkan. Anda seolah memaksa pembaca anda membaca dan berkomen. Adakah wajar sedemikian? Mungkin hari ini anda mampu untuk menulis sebanyak sepuluh kemaskini sekaligus disebabkan idea anda sangat mencurah… bagaimana pula dengan 2 atau 3 hari akan datang? Apa kata… dari anda lambakkan kesemuanya dalam satu hari, anda buatkan catatan tersebut secara berjadual. Jarakkan jangkamasa terbitan kemaskini blog. Mungkin selang sehari atau dua. Dengan cara ini, blog anda akan sentiasa dikemaskini secara teratur dan tersusun.
Rasanya cukup setakat ini dahulu saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua. Mungkin ada di antara anda yang nak tambah barangkali. Apa kata… catatkan pandangan anda pada ruangan komen yang sentiasa terbuka. Berkomen lah dengan berhemah.
Insyaallah pada catatan akan datang, saya akan berkongsi pula “Bagaimana membina identiti anda di dunia blog dengan hanya berkomen” atau mungkin anda mahukan “Tips: Bagaimana mencari idea menulis blog peribadi tanpa henti” ??? Erk… sila nyatakan keghairahan anda terhadap tajuk tersebut, insyaallah saya akan cube tunaikan apa yang termampu untuk perkongsian bersama.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.
67 Comments
haha tu masalah aku juga. kadang2 rajin update. tapi malas nak setting bila update terbaru. langsung jadi dua tiga post dalam satu hari tapi nanti tak ada post sudah. rasanya kene ikut cara dulu paling maksima 1 hari 1 post 🙂
Bukan senang hendak melahirkan entri dan dapat memberi minat untuk membacanya. Apa bila menulis ada tanggungjawab supaya penulisan itu dapat memberi impak
Curahan rasa akubiomed @ ..Ops Ulat buku di Rawang
Artikel yang sangat berguna untuk dijadikan panduan, setakat ni tak pernah alami masalah terkongkong, sebab tagline blog pun berkenaan rencah kehidupan, terlalu banyak yang boleh dikongsikan.
Curahan rasa Eizil @ ..Ping ke twitter secara berkesan
setuju dengan tips di atas…blog peribadi tak perlu dihadkan..tulis je apa2 pun..tapi, kalau boleh..pastikan menarik, atau berinformasi, ataupun berguna
terpulang pada individu bagaimana mereka mahu mencorakkan blog mereka
tetapi sangat sokong bila mana tiada idea maka rehatkan minda kejap dan jangan paksa diri kerana ia boleh mempengaruhi hasil tulisan kita ke arah kurang berkesan atau menarik
Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!
marilah kita semua menulis dengan hati supaya apa yang kita tulis dapat menjadi kongsi yang berguna.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Bila dikelompokkan, motivasi ngeblog terbagi menjadi dua: nonbisnis dan bisnis (mencari uang).
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Beberapa blogger dunia menyebutkan bahwa motivasi awal mereka bukan untuk mencari uang, namun sekadar berbagi pengalaman dan opini. Setelah itu, motivasi mereka berubah menjadi mencari uang.
Tapi rasanya ada juga yang mulanya bermotivasi wang tetapi lama kelamaan fokusnya berubah kepada berbagi informasi yah?
Itu sudah pasti tu Bang Iwan.. kita menulis kerna mau berkongsi informasi dengan pembaca kan..
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
hurmmm terbaek tips ni…bagi aku..aku menulis bukan kerna nama~ (eh lagu pulak) aku berblogging bila ada mood nk menulis dan ada idea…kalo takdak suma tuh..maka terbiarlah blog personal ku tanpa di update
Curahan rasa aimannajmy @ ..Le Tour De Langkawi 2011 Kat Depan Rumah Aku part 1
Saya juga terkadang seperti itu …
Yer la.. kena juga ikut mood.. kalau mood tak baik, nanti terpengaruh pulak hasil penulisan kita kan
terima kasih denaihati kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan dan panduan yang amat berguna.
saya rasa saya termasuk dalam kategori ‘lintasan fikiran’. kerana banyak idea saya keluar ketika saya berada di luar kawasan lingkungan nota, komputer dan ipad saya seperti dalam jamban dan ketika memandu kereta. hehehe..
benar seperti yang dinyatakan, orang seperti saya memerlukan catatan seperti nota dan sebagainya untuk menjadi teman.
sekali lagi, tahniah dan terima kasih di atas perkongsian ini!
Curahan rasa lutfi lokman @ ..na5wacom berada di malaysia!
tips yang bernas ni, best baca
Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
Curahan rasa suffer8zine @ ..Pakwe Durjana Bakar Makwe
Saya lagi baru.. baru setengah tahun berblog. Rasanya selesa dengan saranan yang ada dalam entri ini..berblog tanpa tekanan, namun masih perlu disiplin yang sesuai…
Curahan rasa Abgreds @ ..Rahsia kahwin Kahwin rahsia
disiplin memang sangat diperlukan dalam berbagai aspek kehidupan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Tak pe.. kita kayuh perlahan2 dulu.. bila dah berupaya, kita kayuh laju2 pulak
salam kenal mas, kunjungan perdana
Sebagai blogger, seseorang tu perlu ada sifat nak mencuba perkara baru..mungkin dahulu masa buat blog tak tetapkan matlamat, tapi bila dah lama berblog, boleh mencuba untuk menyusun atau organize blog tu supaya lebih teratur dengan kandungan yang mantap dan berinfo..
Curahan rasa rashid @ ..Top 20 Tukang Komen Tersenarai Di mnirashidcom
mungkin hal ini yang perlu diperhatikan untuk menghasilkan tulisan yang lebih baik
Saya pun macam tu bro… terjah jer kerja. lepas tu sekarang ni tengah berfikir adakah cara saya ni betul ker tak?
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
terus terang kalau untuk menulis artikel yang baik saya belum punya banyak ide , jadi aku menulis seadanya saja
Curahan rasa Beauty Blog @ ..Dry Skin Care
bermula dari seadanya, lama kelamaan akan menjadi penulis yang berkuality
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Yer la.. lama2 kelamaan mesti penulisan tu jadi mantap, senang jer nak menulis nanti kan
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
aku menulis seadanya saja biasa 10 hari satu tulisan kadang pula 1 bulan satu tulisan he he
Curahan rasa Beauty Blog @ ..Dry Skin Care
yang penting bisa update,…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
sesekali ada juga rasa terkongkong… tetapi itu semua tidak menjadi masalah kerana sebenarnya banyak lagi isu atau topik untuk dibicarakan dan diwar-warkan bukan semata-mata kisah peribadi. Kalau nak buat kisah peribadi… nampak macam nak carik publisiti pulak.
Curahan rasa yangbaik @ ..Untuk seketika bukannya lama
pemikiran dan idea setiap individu adalah berbeza walaupun ada masanya topik yang dibicarakan dalam blog masing2 mungkin sama tetapi, mempunyai jalan cerita yang sedikit berbeza. Hm… secara tidak langsung mungkin juga bermaksud dunia kita … sama?… entahlah…
Curahan rasa yangbaik @ ..Untuk seketika bukannya lama
idea yang banyak untuk menulis… tidak semestinya mempunyai kualiti yang baik. tidak semua orang mampu menulis dan membaca banyak perkara dalam satu masa… tetapi blogger dah ramai… banyak pilihan jugak
Curahan rasa yangbaik @ ..Untuk seketika bukannya lama
untuk menhasilkan ide yang banyak tentunya kita harus stimulus dengan banyak membaca juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Semua ada kaitan dengan cara penceritaan kita tu sendiri kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
Tapi kalau kisah travelling macam mana pulak? sekurang2nya boleh juga bagi petunjuk kepada orang yang bakal mengunjungi tempat tu kan..
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
kongsi pemikiran yang sangat bermanfaat… terima kasih.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
saya biasanya paling bisa menulis satu buah artikel dalam sehari.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
Terkadang banyak juga Bang Iwan update dalam sehari kan
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
Aku paling banyak 4 update sehari,… tapi umumnya sekali sehari.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Megabytes- Gigabytes- Terabytes… What Are They
Sekali lagi yah Bang Iwan menjadi pengomen pertama.. tahniah untuk tu Bang Iwan.
Seminggu terakhir, aku jarang menjadi yang pertama.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Megabytes- Gigabytes- Terabytes… What Are They
Comments are closed.