Memang sedih apabila melihat beribu kenderaan yang rosak akibat terkena banjir, ada yang nampak bumbung dan ada yang hanyut dibawa arus deras.
Bencana banjir yang tidak terduga ini benar-benar menimpa ramai yang tidak bersedia.
Akhirnya banyak barang kesayangan rosak teruk sehingga memakan kos yang tinggi untuk perbaiki.
Kepada yang ada insuran yang panik boleh claim insuran tetapi kena pastikan caranya betul sebab syarikat insuran pasti akan mencari helah untuk menolak.
1. Ambil gambar sebagai bukti. Catatkan lokasi, tarikh dan masa kereta kalian kena banjir. Gambar tersebut mesti tunjukkan no plat kereta sebagai bukti.
2. Buat laporan polis kerana pihak insuran akan minta salinan laporan polis untuk buat claim. Laporan mesti dibuat dalam masa 48 jam selepas kena banjir.
3. Jangan start kereta terus buat towing ke kilang atau bengkel. Enjin akan rosak jika kalian start dan pihak insuran akan kata keras akan kerana kelalaian kalian.
4. Buat towing ke kilang atau bengkel penal untuk cepatkan claim.
Kalian boleh tonton video yang saya kongsikan dan bagus kongsikan pada semua kawan dan keluarga yang mengalami nasib yang sama.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
Contoh Harga Insurans Bencana Alam Untuk Kereta
Ada beberapa syarikat insurance di Malaysia yang menawarkan insuran bencana alam banjir, tanah runtuh dan lain-lain seperti insurans Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Axa Affin, AM by Ambank, RHB Insurance.
One Comment
banyak kedai offer untuk baiki kereta banjir, tapi itula berhati hati, ade sestengah bengkel dh buat package price kereta banjir tp dalm masa sama komponen masih ade yg boleh pakai. apa pun takziah pada mangsa banjir, moga tabah lalui dugaan. i feel u, sbb dh pernah kena dulu 2012 satu rumah tenggelam.
Curahan rasa Sk Magic Malaysia @ ..SK MAGIC MANAGING DIRECTOR MESSAGE
Comments are closed.