Cara betul claim Insuran kereta yang kena banjir

Spread the love

Memang sedih apabila melihat beribu kenderaan yang rosak akibat terkena banjir, ada yang nampak bumbung dan ada yang hanyut dibawa arus deras.

Bencana banjir yang tidak terduga ini benar-benar menimpa ramai yang tidak bersedia.

Akhirnya banyak barang kesayangan rosak teruk sehingga memakan kos yang tinggi untuk perbaiki.

Kepada yang ada insuran yang panik boleh claim insuran tetapi kena pastikan caranya betul sebab syarikat insuran pasti akan mencari helah untuk menolak.

1. Ambil gambar sebagai bukti. Catatkan lokasi, tarikh dan masa kereta kalian kena banjir. Gambar tersebut mesti tunjukkan no plat kereta sebagai bukti.

2. Buat laporan polis kerana pihak insuran akan minta salinan laporan polis untuk buat claim. Laporan mesti dibuat dalam masa 48 jam selepas kena banjir.

3. Jangan start kereta terus buat towing ke kilang atau bengkel. Enjin akan rosak jika kalian start dan pihak insuran akan kata keras akan kerana kelalaian kalian.

4. Buat towing ke kilang atau bengkel penal untuk cepatkan claim.

Kalian boleh tonton video yang saya kongsikan dan bagus kongsikan pada semua kawan dan keluarga yang mengalami nasib yang sama.

www.tiktok.com/@amirdenaihati

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.

Contoh Harga Insurans Bencana Alam Untuk Kereta

Ada beberapa syarikat insurance di Malaysia yang menawarkan insuran bencana alam banjir, tanah runtuh dan lain-lain seperti insurans Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Axa Affin, AM by Ambank, RHB Insurance.


Spread the love

One Comment

  1. banyak kedai offer untuk baiki kereta banjir, tapi itula berhati hati, ade sestengah bengkel dh buat package price kereta banjir tp dalm masa sama komponen masih ade yg boleh pakai. apa pun takziah pada mangsa banjir, moga tabah lalui dugaan. i feel u, sbb dh pernah kena dulu 2012 satu rumah tenggelam.
    Curahan rasa Sk Magic Malaysia @ ..SK MAGIC MANAGING DIRECTOR MESSAGEMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!