3 Tips Elak Boros Ketika Berbelanja

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya masih ingat ketika kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lepas, di mana perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang mula bersesak dengan barang yang dibeli secara atas talian oleh rakyat kita.

Maklumlah, waktu itu kita semua tidak dibenarkan berada di luar rumah bagi tujuan membeli belah, jadi pembelian barang secara atas talian merupakan pilihan utama semua orang pada waktu itu.

Ia sehinggakan kebanyakan barang tertangguh dan sampai agak lewat daripada tarikh jangkaan kerana lambakan yang banyak.

Baca : Kenapa masih tak cukup duit setiap bulan? Ini antara 5 sebabnya

Sekarang, perkhidmatan pos sudah stabil dan boleh beroperasi dengan biasa. Namun, ia akan mula menjadi tumpuan apabila adanya jualan murah yang dilakukan.

Buat mereka yang ada keperluan untuk membeli sesuatu barang, tak ada masalah untuk membeli sama ada secara atas talian mahupun secara terus.

Namun, buat anda yang tiada keperluan untuk membeli sesuatu barangan, cuba elakkan daripada berbelanja. Kadang-kadang, kita bukannya mempunyai keperluan untuk membeli barang tersebut pun, namun ia tetap juga dibeli disebabkan kita melihat harganya yang murah atau mempunyai diskaun yang tidak masuk akal dan sebagainya.

Jadi, bagaimana untuk menahan nafsu daripada berbelanja secara boros atau membeli barangan yang bukan keperluan? Ini adalah tips yang dikongsikan.

1 – Setkan Minda

Perkara yang paling utama yang perlu dilakukan adalah menetapkan minda anda sendiri.

Beritahu pada diri anda bahawa itu bukan keperluan atau tetapkan apa jua semangat yang boleh membantu.

Ada orang menetapkan minda dengan berkata – “aku boleh menabung kalau tidak membeli barang ini.”

Dan macam-macam lagi jenis bisikan yang diletakkan dalam diri. Yang paling penting ialah pastikan ia boleh membantu menahan nafsu anda daripada berbelanja mengikut nafsu

2 – Peruntukkan Wang Untuk Setiap Perkara

Saya tertarik untuk berkongsi salah satu tips yang rata-ratanya diamalkan oleh mahasiswa hari ini, iaitu mereka akan membahagikan wang PTPTN yang diperoleh kepada bahagian-bahagian keperluan sepanjang satu semester.

Antara bahagiannya adalah untuk keperluan belajar, duit makan, tabung kecemasan dan sedikit wang perbelanjaan hiburan diri. Jadi, wang mereka akan cukup selama satu semester jika berdisiplin dengan apa yang dibahagikan.

Baca : 7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan

Benda ini nampak remeh, tetapi jika kita telah membahagikan wang kepada komitmen yang ada, maka kita dapat lihat berapa nilai yang tinggal untuk keperluan perbelanjaan.

Jadi, sedikit sebanyak ia boleh membantu seseorang daripada bersikap boros.

3 – Bawa Wang Sekadarnya Sahaja

Apabila keluar dengan kawan, tidak perlu membawa wang yang banyak. Pastikan ia cukup untuk aktiviti yang dilakukan.

Sekurang-kurangnya, usaha kecil ini dapat membantu anda daripada berbelanja perkara yang tidak penting.

Kesimpulan

Semua ini sekadar tips sampingan semata-mata kerana yang paling utama adalah datangnya dari dalam diri anda.

Jika anda sendiri pandai mengawal nafsu dengan mengikut matlamat yang ditetapkan, maka itu sudah memadai.

Wallahualam.

Baca : Kisah hutang sejuta Ringgit

Kredit : Fizah Lee


Spread the love

2 Comments

  1. Bagi saya, shopping online lagi mudah jadi tidak terkawal, berbanding membeli belah secara fizikal. Jiak duit dikeluarkan daripada dompet, nampak susutnya, jika sekadar klik sahaja tak perasan baki dah menyusut.

  2. Antara salah satu sebab suka beli barang tidak perlu atau boros adalah sikap suka windows shopping. Saje nak tengok-tengok, akhirnya beli. Padahal barang yang dibeli itu tidak berapa hendak guna pun.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!